Bismillahirrahmanirrahim
Bollinger band merupakan salah satu indikator popular yang diberikan secara percuma dan telah ada di dalam MT4. Indikator ini berfungsi untuk mengesan trend semasa dan mengukur kadar volatiliti sesuatu pergerakan instrumen. Oleh itu, tentu sekali anda ingin ketahui cara bagaimana untuk menggunakan bollinger band ini dengan betul.
Elemen Di dalam Bollinger Band
Bollinger Band terdiri daripada 3 garisan iaitu:
- Upper Bollinger Band (Upper BB)
- Lower Bollinger Band (Lower BB)
- Middle Bollinger Band (Middle BB)
Upper Bollinger Band dan Lower Bollinger Band digunakan untuk mengukur kadar Volatility sesuatu pasaran. Apabila price atau candlestick berjaya close diluar daripada kawasan Upper BB ataupun Lower BB, maka price mempunyai kebarangkalian yang tinggi untuk melantun masuk ke dalam kawasan BB.
Manakala cara penggunaan middle bollinger band adalah ianya menentukan trend semasa price pada ketika itu. Sekiranya price berada diatas Middle Bollinger Band, maka price dalam keadaan Uptrend manakala sekiranya price berada di bawah Middle Bollinger Band, maka price dalam keadaan downtrend.
Cara Menggunakan Bollinger Band Untuk Trading
Pertama sekali, anda perlu untuk mengesan trend semasa price sama ada adakah ianya uptrend atau downtrend berdasarkan kedudukan candle daripada Mid BB. Sekiranya dibawah Mid BB ianya downtrend dan anda hanya perlu mencari peluang Sell manakala jika berada diatas Mid BB ianya adalah Uptrend dan anda perlu mencari peluang Buy sahaja.
Selepas menentukan trend, anda perlu tentukan price berjaya close diluar Upper BB untuk Uptrend manakala Lower BB untuk Downtrend. Keadaan ini menunjukkan bahawa trend adalah benar benar terjadi berdasarkan volatility yang ditunjukkan oleh pair tersebut dengan memecahkan garisan Bollinger Band.
Setelah itu, anda hanya perlu menunggu price melakukan retracement sehingga ke dalam kawasan BB dan melakukan test dikawasan Mid BB. Apabila mid BB telah di test oleh candlestick sehingga menhasilkan shadow yang panjang, anda boleh melakukan entry berdasarkan trend semasa.
Exit TP dan SL Menggunakan Bollinger Band
Untuk SL, anda boleh gunakan Lower BB sebagai line SL (jika uptrend) manakala Upper BB sebagai line SL (jika downtrend) manakala untuk TP adalah lebih baik dengan menggunakan format Risk and Reward ataupun price berjaya melawan arah dan close dibawah Lower atau Upper BB secara berlawanan.
Kesimpulan
Cara menggunakan bollinger band memerlukan trader untuk menambahkan lagi analisa candlestick formation untuk mendapatkan signal entry yang lebih cantik memandangkan bollinger band hanya mengukur volatility semasa dan trend semasa pasaran sahaja. Oleh itu dengan menguasai Candlestick formation, ia akan memberikan signal entry yang lebih accurate.
Jika anda seorang yang tidak suka kepada indikator dan ingin trade secara naked chart, anda boleh cuba untuk mempelajari teknik Forex Zero SWAP yang saya susun yang mana ianya 100% tidak menggunakan indikator.