Bismillahirrahmanirrahim
MACD atau nama panjangnya adalah Moving Average Convergence Divergence merupakan salah satu indikator yang popular dalam kalangan para trader. Indikator teknikal ini dilihat mampu untuk mengesan pergerakan trend sama ada uptrend mahupun downtrend. Oleh itu, penting untuk trader untuk mengetahui cara bagaimana menggunakaan indikator MACD dalam forex trading.
Download Indikator MACD Forex
Tidak perlu untuk download indikator ini kerana ianya dibekalkan secara percuma bersama-sama dengan platform MT4 yang telah anda download. Anda boleh pilih indikator MACD di bahagian Insert-Indikator-Custom-MACD
Cara Guna Indikator MACD Forex
Di dalam indikator MACD anda akan lihat 3 parameter yang harus diambil kira iaitu:
- Setting kiraan faster moving average
- Setting kiraan slower moving average
- Setting kiraan bar yang untuk moving average yang terhasil daripada perbezaan antara faster dan slower moving average
Setting Indikator MACD Forex adalah seperti berikut:
- Faster Moving Average : 12
- Slower Moving Average : 26
- Setting Kiraan Bar : 9
Terdapat salah faham diantara trader yang menggunakan indikator MACD forex ini apabila menganggap setting yang diberikan merupakan setting moving average. Namun MACD hanya mengambil kiraan purata daripada setting MA tersebut kemudian menandakan perbezaan antara dua kiraan purata setting MA tersebut dalam bentuk Histogram.
Jadi, bagaimanakah cara untuk membaca dan menggunakan indikator MACD ini di dalam trading? Terdapat beberapa faktor yang perlu diambil kira sebelum melakukan entry menggunakan MACD.
Signal Entry Uptrend
- Tunggu sehingga fast MA bersilang ke atas Slow MA
- Pastikan bar histogram mula terbentuk diatas nilai 0
- Boleh lakukan entry Buy
- Letakkan SL di kawasan Swing Low dan TP berdasarkan RR 1:2
Signal Entry Downtrend
- Tunggu sehingga fast MA bersilang ke bawah Slow MA
- Pastikan bar histogram mula terbentuk dibawah nilai 0
- Boleh lakukan entry Sell
- Letakkan SL di kawasan Swing High dan TP berdasarkan RR 1:2
Apabila price mula bergerak, perubahan bar histogram yang semkin membesar menunjukkan kekuatan momentum trend semasa dan boleh mempengaruhi keputusan trader untuk hold position yang sedia ada. Namun perlu diingat walaupun anda telah mengetahui cara menggunakan indikator MACD ini, ia tetap mempunyai satu kelemahan yang besar iaitu MACD adalah indikator lagging iaitu indikator yang terbentuk selepas harga bergerak.
Kesimpulannya, MACD merupakan indikator yang baik untuk menentukan arah trend namun memerlukan sokongan indikator lain untuk mendapatkan tahap entry yang lebih baik untuk mengecilkan lagi risk yang sanggup dihadapi. Antara elemen elemen lain yang boleh digunakan untuk mendapatkan entry adalah dengan menggunakan indikator seperti Candlestick Formation, Heiken Ashi, ataupun fractal.
Indikator-indikator yang disebut itu amat sesuai untuk dipasangkan bersama dengan MACD kerana ianya lebih sesuai untuk mencari entry namun tidak sesuai untuk mencari arah trend.