Pengertian Stop loss dalam Trading Instrumen

Bismillahirrahmanirrahim

Trading forex ataupun saham merupakan antara pasaran yang amat berisiko kerana terdedah dengan berbagai spekulasi dan faktor fundamental menyebabkan ketidaktentuan pergerakan harga pasaran. Oleh itu, konsep stop loss telah diperkenalkan oleh para trader-trader professional. Apakah itu stop loss dalam trading dan bagaimanakah cara untuk menentukan stop loss ini dalam trading plan anda.

Pengertian Stop Loss

Stop Loss merupakan satu had kerugian maksimum yang ditentukan oleh para trader. Maksud had maksimum itu sendiri bersifat subjektif kerana tidak semua trader mempunyai risk tolerance yang sama. Sebagai contoh, trader A sanggup untuk meletakkan risiko sehingga 10% dari modal untuk satu entry manakala trader B hanya meletakkan risiko sehingga 5% dalam satu trade.

Oleh itu, di dalam software MT4, satu order yang dikenali sebagai Stop Loss order telahpun diletakkan didalam fungsi software tersebut. Ini bermaksud level stop loss boleh dilakukan secara preset dan sekiranya harga menyentuh kawasan stop loss, maka sistem akan secara automatik menutup entri tersebut dalam keadaan rugi.

Berbeza dengan mereka yang melakukan stop loss secara manual yang dikenali sebagai cut loss. Mereka akan close entry mereka dalam keadaan loss secara manual tanpa bantuan daripada software. Kebanyakan daripada trader yang melakukan stop loss dalam trading secara manual adalah trader yang meletakkan confirmation bahawa keadaan market pada ketika itu memang tidak menyebelahi entry mereka berdasarkan analisa teknikal mahupun fundamental.

Secara amnya, kebaikan melakukan stop loss dalam trading secara manual adalah trader benar-benar confirm bahawa market sudah tidak selari dengan entry mereka namun keburukannya adalah mereka terpaksa monitor pergerakan price sepanjang masa. Sekiranya nasib tidak baik, mereka terlepas untuk cut loss entry mereka dan menyebabkan kerugian yang dialami lebih besar.

Bagi pengguna Stop Loss Order automatik pula, mereka tidak perlu untuk monitor pergerakan price sepanjang masa kerana sistem telah di set untuk entry exit trade pada harga sekian-sekian. Namun, penggunaan Stop loss secara automatik ini terdedah dengan risiko spike yang mana price naik atau turun secara drastik kemudian melawan arah semula meninggalkan shadow. Trader tersebut terpaksa menanggung kerugian dan terlepas untuk merasa profit apabila price mula mengikuti arah entri.

Rujuk gambar dibawah bagaimana untuk meletakkan Stop Loss Order menggunakan Software MT4

How to place Stop Loss & Take Profit orders on MT4 platform? | FAQ | FAQ –  Hercules.Finance

Pada column stop loss, anda boleh nyatakan tingkat price yang ingin diletakkan untuk level Stop Loss. Sekiranya anda Buy, maka level stop loss anda mesti dibawah daripada harga semasa manakala jika anda sell, level stop loss anda akan berada diatas harga semasa. Jika ianya tidak menepati syarat tersebut, maka sistem akan mengeluarkan error yang mana anda salah meletakkan input/parameter.

Cara Menentukan Stop Loss Dalam Trading

Terdapat banyak cara untuk menentukan stop loss dalam trading anda. Antara yang popular adalah seperti berikut:

  1. Pada swing hi atau swing low sesuatu pattern chart
  2. Pada hujung shadow candlestick formation pattern.

Kemudian daripada dua cara diatas, kebanyakan trader mula mengembangkan cara yang lebih detail untuk meletakkan level stop loss mereka. Sebagai contoh, mereka menetapkan harga tertinggi atau terendah semalam sebagai level stop loss mereka.

Di dalam teknik Forex Zero swap, saya telah mengajarkan untuk meletakkan level Stoploss yang paling ideal yang mana jika price hit SL, berkemungkinan tinggi bahawa market memang tidak menyebelahi entry tersebut,.

Kesimpulannya, stop loss merupakan salah satu mekanisme yang cukup penting dalam trading anda. Anda perlu faham dan hadam bahawa trading merupakan satu aktiviti berisiko dan anda harus tahu untuk mengawal risiko tersebut sebelum ianya menjadi lebih besar.

About Iqbal Aman

Assalamualaikum, saya Iqbal. Menjadi pelabur itu sukar. Jika ragu, sila pergi

View all posts by Iqbal Aman →