Cara Guna Indikator RSI Yang Berkesan

Bismillahirrahmanirrahim

Relative Strength Index (RSI) merupakan antara indikator yang popular dalam kalangan trader. Indikator ini jatuh dibawah kategori indikator momentum yang mana ianya mengukur tahap kekuatan buyer atau Seller dalam sesuatu keadaan. Terdapat banyak cara menggunakan indikator RSI sewaktu melakukan teknikal analisis. Artikel kali ini akan menerangkan serba sedikit mengenai cara penggunaan RSI.

Apa Itu RSI?

RSI merupakan indikator yang mengukur kekuatan dan kelemahan pada harga lepas dalam sesuatu instrument berdasarkan closing price pada timeframe tertentu. Bacaan RSI pada setiap timeframe akan berbeza-beza dan tidak akan sama.

Karakteristik RSI

Terdapat satu garisan didalam indikator RSI yang mana ianya akan bergerak keatas dan kebawah menuju sama ada kawasan Overbought atau Oversold. Zon Overbought adalah dikawasan nilai 70-100 manakala zon Oversold dikawasan nilai 30-0. Apabila price mula mencecah zon overbought, ia bermaksud price berkemungkinan tidak mampu untuk mencipta high lagi dan price akan mula retrace ataupun melakukan reversal trend. Begitu juga untuk zon Oversold. Ia bermaksud price tidak mampu untuk mencipta low lagi dan price akan start untuk reverse ataupun retrace.

Secara amnya, apabila price menghampiri kawasan Zon Overbought (OB) trader akan mula untuk mencari peluang Sell manakala jika price sudah memasuki kawasan zon Oversold (OS) trader akan mula untuk mencari peluang Buy.

A trader's guide to the relative strength index indicator

Cara Gunakan RSI Dalam Trading Forex

Terdapat trader menggunakan RSI bersama-sama dengan candlestick pattern berbentuk reversal ataupun dikenali sebagai candlestick reversal pattern (CRS). Antara CRS yang selalu digunakan adalah Pinbar, Hammer, Inverted Hammer dan Morning Star. Apabila CRS berlaku sewaktu berada dikawasan OB ataupun OS, ia secara tidak langsung dapat filter signal-signal yang tidak valid.

Kedua, ada trader yang menjadikan RSI untuk melukis SnR. Apabila terdapat turning point yang berlaku dikawasan OB, trader akan mula tandakan turning point tersebut selari dengan chart price sebagai resistance line. Jika dikawasan OS, trader akan tandakan turning point tersebut sebagai support line. Oleh itu, ia memudahkan trader untuk melukis SnR tanpa perlu pening dan berfikir dimanakah turning point yang perlu dipilih dalam chart price.

Ketiga, trader menggunakan RSI sebagai divergence. Apabila terdapat dua turning point yang berlaku dikawasan OB, namun turning point tersebut tidak sekata, bermaksud 1st turning point lebih tinggi dari 2nd turning point, itulah yang dimaksudkan sebagai divergence. Ia juga memberi maksud bahawa momentum didalam pasaran telah menghilang walaupun price berjaya melakukan higher high dan berkemungkinan reversal trend akan berlaku. Untuk Sell pula, anda cuma perlu terbalikkan sahaja.

Ulasan Penggunaan RSI Dalam Forex Trading

Menggunakan RSI sahaja sebagai tool analisis tidak mencukupi. RSI perlu untuk sokongan daripada indikator yang lain bagi memperkuatkan lagi signal yang dihasilkan oleh RSI itu sendiri seperti menggunakan RSI bersama dengan candle pattern, ataupun AO Oscillator.

Sekian terima kasih.

Baca : Apa itu Scalping Dalam Forex

About Iqbal Aman

Assalamualaikum, saya Iqbal. Menjadi pelabur itu sukar. Jika ragu, sila pergi

View all posts by Iqbal Aman →