Bismillahirrahmanirrahim
Teknik divergence merupakan salah satu teknik untuk mengesan perbezaan pergerakan diantara pergerakan harga dan juga pergerakan indikator. Apabila pergerakan harga dan indikator berbeza antara satu sama lain, maka akan wujudlah divergence ataupun lebih disenangi sebagai reversal ataupun turning point pada masa tersebut.
Indikator Yang Sesuai Untuk Mencari Divergence.
Terdapat banyak indikator yang boleh digunakan untuk mencari divergence. Oleh itu anda akan dapat melihat berbagai-bagai nama Teknik Divergence dalam forex berdasarkan penggunaan indikator tersebut namun konsep asasnya tetap sama iaitu mencari perbezaan antara pergerakan harga dan momentum indikator. Antara indikator yang popular dipilih para trader untuk spot divergence adalah seperti berikut.
- RSI
- Stochastic Oscillator
- MACD
- Awesome Oscillator
Tahukah anda kebanyakan indikator yang popular digunakan oleh divergence trading kebanayakannya adalah indikator daripada kategori Oscillator. Indikator yang berasaskan oscillator adalah indikator yang mengukur momentum harga pasaran dan ianya mudah untuk dianalisa kerana terdapat high dan low pada setiap oscillator. Sebagai contoh, RSI menggunakan level 70/30 manakala Stochastic menggunakan level 80/20.
Bentuk Divergence Forex
Secara amnya, apabila berlaku divergence, bermaksud reversal akan berlaku. Rules of thumb yang perlu diketahui untuk mengesan trade divergence adalah seperti berikut :
- Apabila price sedang uptrend dan melakukan higher Hi tetapi Indikator menunjukkan Higher Lo, maka Divergence akan berlaku
- Apabila price sedang downtrend dan melakukan Lower Lo, tetapi Indikator menunjukkan Lower Hi, maka Divergence akan berlaku.
Apa yang perlu dilakukan sewaktu divergence terjadi, Sekiranya price sedang downtrend dan divergence terjadi, maka anda boleh mula untuk Buy/Long pair tersebut dan begitu juga sebaliknya untuk Sell/Short.
Teknik Divergence Forex Menggunakan Stochastic Oscillator
Jadi, untuk meningkatkan kefahaman para pembaca, saya akan menggunakan indikator stochastic oscillator untuk melakukan divergence trader. Langkah-langkah adalah seperti berikut.
- Pilih mana-mana pair yang digemari. Sebagai contoh EUR/JPY
- Pilih TF H4 (Lebih tinggi timeframe lebih valid)
- Pilih indikator Stochastic Oscillator dan gunakan sahaja parameter default
- Ketika price sedang Uptrend, hanya tumpukan kepada bahagian Overbought Stoch sahaja
- Ketika price sedang Downtrend hanya tumpukan kepada bahagian Oversold sahaja.
- Tumpukan persilangan dua garisan MA di kawasan Overbought atau Oversold.
- Apabila terdapat dua persilangan yang terjadi di kawasan Overbought dan persilangan pertama lebih tinggi dari persilangan kedua, Divergence telah berlaku dan sebaliknya untuk Oversold.
- Tandakan persilangan yang berlaku diantara dua persilangan dan letakkan horizontal line dikawasan price.
- Apabila price berjaya break horizontal line, masuk entry secara manual dan letakkan SL diatas Higher High atau Lower Low. TP adalah berdasarkan RR 1:2 minimum
Secara kesimpulannya, teknik divergence dalam forex adalah satu teknik yang mudah untuk difahami. Selain itu, ia dapat memberikan idea kepada trader dimana market mula untuk melakukan reversal sama ada retracement mahupun projection reversal.
Terima kasih.
Baca : Teknik Heiken Ashi