Apa itu Scalping Dalam Forex Trading

Bismillahirrahmanirrahim

Di dalam dunia trading, terdapat empat jenis trader yang dipecahkan mengikut frekuensi trading dan timeframe trading. Ianya adalah Scaper, Intra, Swinger dan Position Trader. Namun apakah yang dilakukan oleh trader scalper? Bagaimankah mereka scalping dalam forex dan apakah ciri-ciri seorang scalper?

Definisi Scalping Dalam Forex

Scalping dalam forex trading merupakan satu aktiviti jual beli yang dilakukan pada masa yang singkat. Masa yang singkat bermaksud mungkin dalam 10 min kebawah dan kebanyakan para scalper menggunakan timeframe M5 sebagai rujukan trend manakala M1 sebagai entri. Jumlah TP yang sentiasa diambil adalah sekitar 10 pips kebawah dan jumlah entry yang dilakukan juga adalah banyak dan mungkin mencecah beratus ratus entri dalam sebulan.

Scalping dalam forex juga menjanjikan lebih banyak peluang entri dan dengan mempunyai peluang entri yang banyak, maka para scalper mempunyai potensi yang besar untuk grow akaun dengan kadar profit yang luar biasa dan lumayan. Oleh itu, ia amat disukai dan digemari oleh para trader yang inginkan gain yang besar dalam masa yang singkat.

Risiko Scalping Dalam Forex

Namun begitu, tidak semuanya indah di dalam forex trading. Terdapat banyak risiko yang bakal dihadapi oleh seorang trader yang melakukan scalping dalam forex. Risiko terbesar adalah noise market. Semakin kecil timeframe, semakin tinggi noise market. Noise market menghasilkan false signal dan membuatkan banyak trader berada dalam posisi lose. Oleh itu, scalping adalah amat tidak digalakkan bagi para trader yang baru bermula.

Selain itu, scalping juga amat bergantung kepada kadar spread yang rendah. Oleh itu, seorang scalper mempunyai pilihan broker yang terhad dalam menyediakan kadar spread yang rendah. Ada trader yang melakukan scalping pada ECN akaun namun harus diingatkan bahawa ECN akaun mengenakan kadar cas komisen setiap entry dan trader terpaksa mendapatkan pip profit yang melebihi kadar cas komisen.

Untuk scalping juga, trader terdedah dengan keadaan freeze server. Ianya berlaku apabila server broker mempunyai masalah dan menyebabkan price tidak dapat diupdate dalam masa yang pantas. Oleh itu, jika terjadi lagging, seorang scalper tidak sempat untuk menutup order yang dalam keadaan profit dan akhirnya berakhir dengan loss.

Ulasan Scalping Dalam Forex Trading

Secara amnya, scalping memang memberikan kadar gain profit yang amat tinggi, namun ianya disertakan sekali dengan risiko-risiko yang diceritakan sebelum ini. Scalper hanya sesuai kepada seasoned trader yang mana ia sudah mempunyai kawalan psikologi market yang cukup matang, manakala seorang newbies trader masih memerlukan masa untuk mendapatkan psikologi market yang baik melalui pengalaman. Psikologi tidak dapat diperolehi dalam masa setahun atau melalui bacaan sahaja, ianya adalah pengalaman yang perlu dilalui oleh para trader.

Jika anda sukakan artikel ini, like fanpage saya untuk dapatkan lebih banyak info dan maklumat berguna.

Baca : Teknik Divergence Dalam Forex

About Iqbal Aman

Assalamualaikum, saya Iqbal. Menjadi pelabur itu sukar. Jika ragu, sila pergi

View all posts by Iqbal Aman →