Apa Itu Growth Stock Sampai Ramai Pelabur Aim Nak Borong Semua

Bismillahirrahmanirrahim

Ramai orang yang tahu apa itu saham tapi ramai juga yang tak tahu apa itu growth stock. Mereka tertanya-tanya dan mencari jawapan di dalam google namun tidak meyakinkan ataupun tidak memahami apa maksudnya. Jadi, artikel ini akan menjawab persoalan yang bermain dalam fikiran para pelabur.

Luster antara Contoh Growth Stock
Luster merupakan salah satu saham yang bersifat growth stock

Definisi Growth Stock

Growth Stock adalah saham yang mempunyai kadar kenaikan lebih tinggi berbanding dengan “industrial average”. Dalam erti kata lain, ianya adalah saham yang boleh naik melebihi daripada indeks industri itu sendiri. Sebagai contoh, luster mendapat consensus Outperform dari pada analyst yang bermaksud kadar kenaikan harga Luster adalah lebih tinggi berbanding indeks industrinya iaitu Basic Material (Chemical).

Kenapa harga growth stock ini cepat naik berbanding dengan saham-saham syarikat yang sama dalam industri mereka? Hal ini terjadi disebabkan sebahagian besar dari keuntungan yang mereka perolehi akan dilaburkan semula untuk mengembangkan perniagaan mereka. Sebab itulah kebanyakan syarikat yang bersifat growth stock tidak membayar dividen kepada para pelabur mereka.

Walaupun mereka tidak membayar dividen, para pelabur masih berminat untuk melabur kerana sasaran pelabur untuk growth stock adalah capital gain. Kebiasaannya growth stock mampu memberikan projection price yang tinggi malah memberikan pulangan yang berlipat kali ganda dalam tempoh masa yang singkat (mungkin dibawah setahun).

Bayangkan, jika anda membeli saham A (growth stock) pada harga RM 0.10, dan selepas enam bulan ia telah menjadi RM 0.20 per unit, maka anda telahpun mengalami keuntungan sebanyak 100%. Jika dibandingkan dengan value stock, anda hanya menerima dividen sekitar 5% setiap tahun.

Kriteria Penting Growth Stock

Selain mengetahui maksud apa itu growth stock, anda juga harus mengetahui beberapa key point yang ada dalam saham jenis ini. Ia mungkin melambangkan kekuatan ataupun kelemahan saham ini.

  1. Growth stock kebiasaannya akan outperform indeks industry.
  2. Growth stock selalunya mempunyai peningkatan sales dan keuntungan yang berterusan hasil dari perkembangan perniagaan
  3. P/E ratio selalunya lebih dari 20 disebabkan harga saham yang meningkat dengan cepat
  4. Selalunya tidak membayar dividen
  5. Jika gagal, harga saham mungkin jatuh mendadak.
  6. Selalunya mempunyai fundamental yang tidak berapa strong kerana kebanyakan growth stock datang dari syarikat baru.

Screening Growth Stock Menggunakan Tradingview

Cara terbaik untuk setup screener mencari growth stock adalah seperti berikut. Tutorial video anda boleh lihat dipengakhir artikel ini. Dibawah merupakan parameter yang digunakan untuk filter growth stock.

  1. Price to Earning Ratio > 20
  2. Dividend Yield = 0.00

Hasilnya, anda akan mendapat senarai growth stock di dalam excel anda. Selepas itu, anda akan setting graph anda dengan fundamental indicator untuk melihat kadar pertumbuhan earning mereka. Anda Boleh lihat result sama ada quarter to quater sama ada syarikat tersebut sedang menjana keuntungan yang semakin meningkat atau tidak.

Terdapat 99 kaunter yang memenuhi criteria growth stock

Contoh Growth Stock (Luster)

Luster merupakan salah satu contoh growth stock. Anda telah mengetahui apa itu growth stock, maka mari kita lihat satu persatu ciri-ciri yang ada pada Luster.

  1. Luster berjaya outperform indeks industry
  2. Mempunyai nilai P/E lebih dari 20 (86.96)
  3. Tidak membayar dividen kepada para pelabur
  4. Sales naik dan turun.

Secara keseluruhannya, Luster menepati ciri-ciri yang diperlukan untuk diklasifikasikan sebagai growth stock. Oleh itu, para pelabur mungkin boleh melabur apabila Luster mula menunjukkan konsistensi dalam menjana keuntungan setiap suku tahunan.

Kesimpulan

Secara amnya, saya telahpun menerangkan kepada anda tentang apa itu growth stock, kriteria, cara screening serta contoh kaunter yang boleh dikelaskan sebagai growth stock. Saya harap perkongsian kali ini dapat membantu anda untuk memahami lebih dalam tentang growth stock. Video penerangan akan disertakan pada masa akan datang.

Rujukan

  1. Investopedia
  2. Ilham dari ALLAH SWT.

Baca juga : Teknik Dividen Saham

About Iqbal Aman

Assalamualaikum, saya Iqbal. Menjadi pelabur itu sukar. Jika ragu, sila pergi

View all posts by Iqbal Aman →