Apa Itu Buyback Dalam Saham

Bismillahirrahmanirrahim

News/Announcement merupakan perkara biasa didalam pelaburan saham. Setiap syarikat yang ingin membuat pengumuman berkaitan dengan aktiviti syarikat bolehlah membuat pengumuman tersebut dan disiarkan kepada orang ramai melalui Bursa Malaysia. Jadi anda pasti pernah terbaca berkenaan Buyback namun masih tertanya tanya apakah maksud buyback itu sendiri. Saya akan terangkan maksud share buyback ataupun share repurchase dalam bahasa yang cukup mudah difahami.

Apa itu Buyback

Buyback bermaksud satu aktiviti kewangan syarikat yang mana pihak syarikat membeli semula saham milik mereka sendiri dari pasaran. Pihak syarikat juga tidak boleh sewenang-wenangnya melakukan buyback dalam pasaran saham dan perlulah mendapatkan kelulusan dari Bursa Malaysia. Terdapat peraturan yang ketat telah ditetapkan oleh Bursa Malaysia bagi aktiviti Buyback ini bagi mengawal manipulasi harga dalam pasaran saham.

Cara Buyback Dilaksanakan

Terdapat dua pendekatan yang digunakan oleh syarikat. Cara buyback tersebut adalah seperti berikut :

  1. Membeli semula saham pada harga market seperti investor lain
  2. Tender Offer : Menawarkan pembelian semula saham daripada pelabur dengan harga premium.

Mengapa Syarikat Melaksanakan Share Buyback

Terdapat banyak sebab syarikat mengambil keputusan untuk melakukan Share Buyback. Antara sebabnya adalah seperti berikut :

  1. Menggantikan bayaran dividen dengan share buyback pada harga premium. Kebiasaannya apabila syarikat melakukan buy back, secara tak langsung ia akan menaikkan harga semasa saham tersebut melalui que buy yang besar. Que buy yang besar inilah membuatkan harga kaunter akan menaik, seiring dengan hukum Supply and Demand yang mempengaruhi secara langsung harga sesuatu kaunter.
  2. Untuk mengelakkan para pelabur dikenakan tax dividen. Oleh itu, syarikat akan melakukan buy back untuk menaikkan harga pegangan saham pelabur dan pelabur hanya akan mendapat keuntungan tersebut apabila mengambil keputusan untuk menjual semula saham mereka.
  3. Untuk menaikkan harga saham apabila terlalu rendah. Ia secara tidak langsung bertujuan untuk menarik perhatian para pelabur yang mana saham ini akan memulakan perjalanan uptrend.
  4. Untuk menstabilkan harga pasaran daripada dimanipulasi oleh para spekulator. Jika harga saham terlalu rendah, para spekulator akan mengambil kesempatan untuk jack price dan membuatkan ramai pelabur terciduk. Kesan volatility yang tak menentu ini akan membuatkan para pelabur takut untuk membeli saham mereka. Oleh itu, mereka akan membeli semula saham mereka bagi melindungi saham syarikat mereka daripada digoreng.

Fakta-Fakta Menarik Yang Perlu Anda Tahu Tentang Buyback

  1. Biasanya harga saham akan naik lepas buyback
  2. Akan kurangkan jumlah share outstanding
  3. Akan menaikkan rate Earning Per Share
  4. ROE dan ROA akan meningkat
  5. Pembelian saham dari para direktor syarikat juga boleh dikira sebagai buyback
  6. Jika terlalu ramai retail investor, maka syarikat akan melaksanakan buyback.

Kesimpulan

Secara amnya, saya telah menerangkan tentang apa itu buyback dalam saham, kesan kesan buy back serta fakta-fakta yang berkait dengan buy back. Buy back juga merupakan satu signal bagi para pelabur untuk chipped in untuk mendapatkan capital gain dalam masa yang singkat.

Rujukan

  1. Investopedia
  2. Majalahlabur

Baca : Maksud Outperform Dalam Saham

About Iqbal Aman

Assalamualaikum, saya Iqbal. Menjadi pelabur itu sukar. Jika ragu, sila pergi

View all posts by Iqbal Aman →