Kajian Kaunter Ahmad Zaki Resource Berhad

Bismillahirrahmanirrahim

Dalam teknik ARTT Pedagangjawa, komponen utama analisis adalah teknikal analisis dan komponen sokongan adalah fundamental analisis. Jom kita lihat apa yang ada dalam kaunter AZRB. Yay or nay? Saya attachkan gambar penuh teknikal analisis untuk kaunter AZRB

Teknikal Analisis

Wave Analisis

Carta AZRB menunjukkan terdapat pergerakan trending yang sedang berlaku. Oleh itu, penggunaan wave analisis adalah yang paling tepat. Kita mulakan dengan Y Wave. Apabila perbandingan antara Y1 dan juga Y2 seperti digambar, kita dapat lihat Y1 < Y2. Ia memberi petanda bahawa Uptrend sedang menguat dan kebarangkalian untuk price project for the next wave adalah tinggi.

Pertambahan strength dari Y1 ke Y2 yang semakin menguat menunjukkan Uptrend move dalam keadaan yang favourable. Sekarang, kita lihat pula kepada X Wave. Kita dapat lihat kekuatan X Wave semakin melemah (X1>X2). Apabila kekuatan X wave semakin melemah, ia menunjukkan interest seller juga semakin mengecil. Pada X1, anda dapat lihat ia berjaya retrace sehingga 0.236, namun pada X2, price cuma retrace sehingga 0.382.

Jadi, kita dapat simpulkan bahawa X Wave semakin melemah. Kemudian, setelah kita gabungkan antara X Wave dan juga Y Wave, barulah kita dapat conclusion bahawa kaunter AZRB berpotensi tinggi untuk meroket. Y Wave menguat, X Wave melemah, satu keadaan yang sangat baik untuk price project.

SnR Analisis

Line hijau merupakan SnR Weekly manakala Line Biru merupakan SnR Daily. Kedua-dua SnR ini berjaya dibreak oleh harga, dan kini harga sedang retrace kedalam kawasan SnR yang dicipta dari pembentukan gap ataupun tasuki candlestick formation.

Terdapat bouncing price yang berlaku dikawasan SnR yang ditanda kotak dan ia mempunyai kebarangkalian yang tinggi untuk price pergi lebih jauh. Malah indikator Bollinger Band yang dijadikan sebagai komponen sokongan juga dilihat pernah dipecahkan oleh harga dan kini sedang bermain-main di mid BB.

Candlestick Analisis

Terdapat beberapa candlestick formation yang menyokong kepada bullish movement. Yang pertama adalah sebelum ini price telah berjaya membuat gap yang membentuk Tasuki Formation. Gap didalam formation tersebut boleh bertindak sebagai kawasan SnR.

Jika dilihat lagi, price berjaya test kawasan gap tersebut dan akhirnya membentuk piercing candle yang mana ianya satu bentuk candlestick reversal yang selari dengan price movement.

Fundamental Analisis

Secara amnya, AZRB telah menunjukkan peningkatan prestasi dari Q sebelum kepada Q yang terbaru. Kita lihat pada revenue, profit margin serta profit after tax, semuanya menunjukkan kenaikan yang baik sehingga berada dalam tahap yang positif berbanding Q yang lepas mencatatkan kerugian.

Oleh sebab itu, data ini mungkin akan menarik lebih banyak investor untuk melabur di dalam kaunter AZRB. Lebih ramai que buy, maka price boleh memecut lebih tinggi dengan lebih cepat.

Kesimpulan

Dari semua analisis yang telah dijalankan, kita dapat simpulkan bahawa AZRB adalah kaunter yang sangat baik untuk dibeli.

  1. Wave Analisis : UPTREND
  2. SnR Analisis : UPTREND
  3. Candlestick : UPTREND
  4. Quarter Report : GOOD

EP, CL, TP tidak akan diberikan kerana dikhuatiri akan menyalahi etika iaitu memberi nasihat pelaburan kepada orang ramai. Kajian diatas cuma menunjukkan DATA YANG SEDIA ADA sahaja.

Disclaimer : Ini merupakan pandangan peribadi, bukan pandangan seorang pakar kewangan professional. Rujuk kepada remisier/perancang kewangan anda sebelum mengambil keputusan.

About Iqbal Aman

Assalamualaikum, saya Iqbal. Menjadi pelabur itu sukar. Jika ragu, sila pergi

View all posts by Iqbal Aman →