Investor Wajib Tahu Pasal FA Dalam Saham

Bismillahirrahmanirrahim

Analisis merupakan sebuah method untuk menentukan keputusan investor ataupun trader sama ada untuk Buy, Sell atau Hold sesebuah kaunter. Terdapat tiga jenis analisis yang biasa digunakan iaitu TA,FA dan juga CA. Namun, sebagai investor yang paling penting adalah FA dalam saham. Tahukah anda apa itu FA? Mari aku terangkan apa itu FA.

Apa itu FA Dalam Saham

FA merujuk kepada fundamental analisis. Ianya merupakan satu analisis yang fokus kepada kekuatan atau kelemahan sesebuah syarikat berdasarkan bagaimana mereka beroperasi. Banyak cara yang boleh digunakan untuk mementukan sesebuah syarikat itu bagus atau tidak iaitu :

  1. Cash Flow yang cantik
  2. Catatan keuntungan yang menarik
  3. Hutang yang sihat
  4. Harga saham yang tidak overprice
  5. Pengurusan perniagaan yang baik

Senjata Utama FA Dalam Saham

Untuk melakukan fundamental analisis, senjata utama mereka adalah laporan kewangan. Laporan kewangan biasanya dikeluarkan dalam dua garis masa iaitu.

  1. Quarter :Setiap 3 bulan
  2. Annual : Setiap setahun

Akses kepada laporan kewangan ini adalah percuma dan boleh dimiliki secara percuma di internet. Ianya salah satu peraturan yang ditetapkan oleh Bursa yang mana pihak syarikat harus menerbitkan laporan kewangan mereka kepada para pelabur bagi melindungi para pelabur ditipu.

Kebiasaannya, laporan kewangan sebuah syarikat agak tebal. Namun, kewujudan website website 3rd party yang wujud memudahkan para pelabur untuk mendapatkan ringkasan kewangan syarikat dalam bentuk graf dan summary. Ianya mudah dan amat mesra pengguna. Antara website yang menawarkan kemudahan tersebut secara percuma adalah :

  1. Bursamarketplace
  2. Tradingview
  3. Malaysiastockbiz

Jika kau tengok, dalam laporan kewangan terdapat berbagai-bagai faktor yang kau boleh jumpa. Hanya seorang akauntan yang bertauliah je mampu untuk define semua. Bagi memudahkan kau, aku listkan beberapa faktor yang boleh kau tengok

  1. Price to Equity Ratio : Benda ni cerita saham ni murah atau mahal
  2. ROE : Benda ni cerita efisien atau tak efisien syarikat guna aset untuk buat duit
  3. Debt to Equity Ratio : Benda ni cerita hutang syarikat sihat atau tidak
  4. Net Margin : Benda ni cerita berapa banyak keuntungan bersih dalam bentuk percentage
  5. Div Yield : Benda ni cerita berapa banyak dividen saham bayar setiap kali dia umumkan

Kelemahan FA Dalam Saham

Walaupun begitu, kau kena tahu FA ada kelemahannya tersendiri. Pertama, dia tak bersifat immediate effect. Walaupun lepas QR report release dan result semua cantik, price mungkin akan jatuh ataupun naik. Tiada pergerakan yang drastik kerana pada setiap quarter, semua syarikat mengeluarkan report kewangan masing-masing dan pelabur rambang mata untuk memilih satu persatu.

Kedua, FA bersifat intangible dan penuh dengan pelbagai tafsiran. Sebagai contoh, pelabur A melihat syarikat Z masih membuat keuntungan walaupun kurang, jadi pelabur A berminat untuk membeli saham syarikat Z. Berbeza dengan pelabur B, kemerosotan keuntungan merupakan satu perkara yang negatif baginya, jadi dia berhasrat untuk menarik keluar pelaburannya.

Ketiga, terdapat syarikat yang memberikan maklumat yang mengelirukan dalam laporan kewangan mereka. Tindakan yang tidak bertauliah ini menyebabkan anda mungkin terperdaya bahawa syarikat mereka merupakan syarikat yang baik, namun sebenarnya syarikat mereka sedang mengalami kerugian dan masalah dalaman yang tinggi.

Kesimpulan

Kita recap balik, aku dah terangkan pada kau pasal maksud FA, senjata yang diorang gunakan untuk buat fundamental analisis serta kelemahan dalam fundamental analisis. Oleh itu, kau kena develop sendiri komponen manakah yang kau nak pilih untuk justify syarikat tersebut baik ataupun tidak.

Rujukan : Pengalaman sendiri dan juga bacaan di Internet

Baca : Pengertian Current Ratio Menurut Para Ahli

About Iqbal Aman

Assalamualaikum, saya Iqbal. Menjadi pelabur itu sukar. Jika ragu, sila pergi

View all posts by Iqbal Aman →