Bismillahirrahmanirrahim
Sebagai seorang trader ataupun investor, kau wajib tahu apa itu index bursa saham. Ia boleh diibaratkan sebagai ibu kepada pergerakan pasaran saham dalam spesifik segmen. Jadi, artikel hari ini akan bantu kau untuk memahami apa itu index dalam pasaran bursa saham.
Apa itu Index Bursa Saham
Index merupakan satu kaedah untuk mengukur kekuatan pasaran sesuatu kumpulan aset/sekuriti dengan menggunakan metriks standard. Dengan mengukur kekuatan kumpulan aset ini, secara tak langsung ia akan memberikan gambaran kasar terhaadp gambaran pasaran saham pada ketika itu.
Secara amnya, untuk membangunkan sesebuah indeks, beberapa sekuriti atau aset akan dipilih. Kebiasaannya sekuriti tersebut adalah sekuriti yang paling perform sekali dalam pasaran bursa. Orang kita panggil saham saham ini sebagai leader. Gabungan leader-leader stock ini akan membentuk sebuah index yang akan memberikan maklumat adalah segmen pasaran tersebut sedang perform ataupun tidak.
Senarai Index Bursa Saham
Di dalam pasaran bursa, terdapat banyak index yang boleh dijadikan sebagai rujukan. Senarai index bursa saham adalah seperti dibawah :
- FBMKLCI (Ibu kepada semua index saham di Malaysia)
- Construction (Leader : Gamuda/IJM/SUNWAY/Kerjaya Prospek/Ekovest)
- Consumer Product/Service (Leader : Nestle / PPB / Mr DIY / PETRONAS /Genting)
- Energy (Leader : Dialog / Serba Dinamik / Yinson / Bumi Armada /Sapura Energy)
- Financial Service (Leader : Maybank / Public Bank / CIMB / RHB /Hong Leong)
- Healthcare (Leader : IHH / Top Glove / Hartalega / Supermax / Kossan)
- Industrial Product / Service (Leader : Petronas Chem / Press Metal / Hap Seng /Sunway / Scientex)
- Plantation (Leader : Sime Darby / IOI / KL Kepong / Genting Plantation / Batu Kawan)
- Property (Leader : IOI / Sime Darby / SP Setia / UOA /IGB)
- REIT (Leader : KLCC / IGB / Sunway / Pavillion / Axis)
- Technology (Leader : Inari / Malaysian Pacific / My EG / Vitrox / Greatech)
- Telecommunication (Leader : Maxis / Axiata / Digi / Telekom / Time)
- Transportation (Leader : MISC / Westport / MMC / Malaysia Airport / Lingkaran Trans)
- Utilities (Leader : Tenaga Nasional / Petronas / YTL / YTL Power / MALAKOFF)
Formula kiraan yang digunakan untuk membangunkan indeks by industri ni adalah seperti berikut :
(Current Aggregate Market CAP / Base Aggregate Market CAP ) / 100. Kau akan nampak la pergerakan price dalam setiap index tersebut. Semua index tersebut dibangunkan berdasarkan formula ini kemudian dipuratakan dengan 5 top leader setiap industri.
Setiap index mempunyai basket of security yang berbeza-beza. Jadi fahami dahulu index yang kau tengok tu diperbuat daripada senarai sekuriti yang mana.
Peranan Index di dalam Bursa Saham
Peranan Index dalam bursa saham adalah cukup mudah. Ia bertindak sebagai “ARAH” untuk anda melabur. Jika kau nak beli kaunter yang berkaitan dengan teknologi, kau boleh tengok dulu index technology. Adakah secara amnya graf menunjukkan pergerakan uptrend?
Jika tidak, mungkin kau boleh hold trigger sebelum membeli kaunter yang melibatkan kaunter berasaskan teknologi. Namun, ada banyak cara untuk kita twist penggunaan indeks, tapi yang aku nak tekankan adalah pendekatan asas yang biasa digunakan oleh para pelabur.
Dibawah ini aku tunjukkan antara cara-cara yang digunakan untuk membaca index
- Sebagai leader. Jika index uptrend, maka boleh beli kaunter kaunter yang berkaitan dengan index. Biasanya lepas leader bergerak, laggard akan ikut.
- Sebagai benchmark untuk outperform. Biasanya digunakan oleh geng-geng trader penny stock. Kebiasaannya kaunter kaunter penny ni sentiasa boleh outperform index sebabkan kaunter tersebut ada banyak ruang untuk berkembang berbanding blue chip yang mana pasaran dan ruang untuk berkembang telah tepu.
Kesimpulan
Aku recap balik, sekarang ni aku andaikan kau dah faham dah apa maksud index dalam bursa saham, senarai index yang ada serta kenapa orang akan tengok dulu index sebelum pull the trigger. Diharap perkongsian yang sedikit ini mampu untuk membantu kau dalam perjalanan sebagai seorang pelabur atau trader.
Rujukan
- Bursamalaysia
- Investingdotcom
Baca Lagi : Apa itu Derivatif