Muktamad Teknik Golden Cross Saham Tak Profitable

Bismillahirrahmanirrahim

Teknik golden cross saham ni antara teknik yang popular digunakan oleh para pelabur dalam melakukan teknikal analisis. Kenapa ia menjadi pilihan? Ianya disebabkan mekanisme trading golden cross ini cukup mudah, tidak memeningkan dan boleh memberikan “fast grasp” kepada pelabur sama ada untuk buy atau tidak kaunter yang diingini

Golden Cross Definition

Apa itu Teknik Golden Cross Saham

Ianya merupakan sebuah analisa teknikal yang terdiri daripada dua jenis Moving Average yang berlainan setting parameter. Biasanya mempunyai setting duration, atau period yang berbeza. Sebagai contoh, setting yang popular yang sering digunakan adalah seperti berikut :

  1. MA 100 dan MA 50 (Swinger)
  2. MA 200 dan MA 100 (Position)

MA yang mempunyai short period dipanggil sebagai Fast MA manakala MA yang mempunyai long period dipanggil sebagai Slow MA. Slow MA digunakan sebagai trend direction manakala fast MA digunakan sebagai entry signal. Sebagai contoh, MA 100 digunakan sebagai trend direction (Slow MA) dan MA 50 digunakan sebagai entry (Fast MA).

Kebiasaannya, fast MA akan lebih mudah bereaksi dengan perubahan harga berbanding dengan slow MA. Oleh itu, fast MA akan mula melakukan “crossing” dengan slow MA dan menghasilkan signal untuk melakukan entry. Apabila MA telah mula bersilang antara satu sama lain, barulah pelabur akan mula untuk entri di dalam kaunter tersebut.

Terdapat dua jenis MA crossing yang perlu kau tahu.

  1. Golden Cross Saham : Apabila Fast MA yang dberada dibawah Slow MA bersilang keatas (Signal Buy)
  2. Death Cross Saham : Apabila Fast MA berada diatas Slow MA bersilang kebawah (Signal Sell)
Sinyal Golden Cross dan Death Cross - Pikiran Trader

Masalah Teknik Golden Cross Saham

Secara peribadi, aku dah test teknik golden cross saham ni. Macam-macam cara aku cuba sampai MA tu dah lebih dari dua kadang2 bubuh sampai 4 MA. masih tak mampu nak profit in long run. Meh aku list kan apa masalah golden cross ni.

  1. Tak sesuai untuk sideway phase dan kebiasaannya kaunter akan sideway 70% dan 30’% trending. Ketika sideway, trader berkemungkinan terperangkap dengan expanded sideway yang mana nampak macam trending tapi sebenarnya tidak. Sebab itu kau sentiasa terkena bulltrap.
  2. Tak sesuai untuk lower timeframe. Kepada yang nak buat BTST ke FIFO ke, ia tak sesuai. Lower Timeframe ni volatile, dia boleh gap up atau gap down sampaikan kau akan nampak MA bersilang berkali-kali sampai kau pening.
  3. Risk yang besar. Bagi standard user golden cross ni, diorang punya SL adalah pada Swing Low. Bila letak kat swing low, automatik risk besar dan RR akan tak cantik sebab korang akan start target 1:2 malah ada yang target 1:1 je. In the long run, ko akan rugi dengan kiraan RR begini.

Jadi apa solusi nya?

  1. Golden cross hanya sesuai untuk para pelabur sahaja, tidak pada trader. Para pelabur diorang buy and hold pada kaunter yang mempunyai strong fundamental. Jika price jatuh walaupun golden cross terjadi, diorang akan buat average down untuk next signal golden cross.
  2. Fokus kepada high timeframe iaitu H4 keatas.

Kesimpulan

Dalam artikel ni aku dah terangkan kat kau apa itu golden cross saham, mekanik serta masalah yang dihadapi ketika trade. Jadi, aku letak final word yang mana teknik golden cross saham ini hanya sesuai untuk para pelabur sahaja. Kau boleh cuba cari teknik lain jika kau nak jadi seorang trader.

Sumber : Pengalaman sendiri / Bacaan Internet

Baca Juga : Apa itu Index Bursa Saham

About Iqbal Aman

Assalamualaikum, saya Iqbal. Menjadi pelabur itu sukar. Jika ragu, sila pergi

View all posts by Iqbal Aman →