Arghh Konpius Apa Dia Karakteristik Growth Stock

Bismillahirrahmanirrahim

Growth stock merupakan sejenis stock yang agak digilai oleh ramai investor kerana income potential yang besar dari segi capital gain. Tapi, adakah anda tahu apa dia karakteristik growth stock? Dengan mengetahui ciri cirinya maka mudah la anda untuk membina watchlist trading anda.

Growth stock sangat sesuai untuk short term and long term duration trading / investing. Stock jenis ini mudah untuk outpace rakan rakan industri mereka. Jika anda beli kaunter berkaitan dengan consumer, anda boleh buka index consumer dan lihat adakah kaunter tersebut berjaya close lebih tinggi daripada harga index.

Karakteristik Growth Stock

Ciri-ciri ini saya gariskan untuk memudahkan untuk anda melakukan screening. Selepas screening, anda harus meneliti satu persatu kaunter sehingga dapat menepati kriteria yang diingini.

  1. Tidak membayar dividen, jadi anda boleh set pada screener anda 0.00 dividen yield
  2. Outperform index

Dengan karakteristik ini, maka anda akan mendapat satu senarai kaunter yang berpotensi sebagai growth stock. Dibawah ini adalah paparan kaunter yang mungkin adalah growth stock.

Terdapat lebih kurang 500 syarikat yang berpotensi sebagai growth stock

Selepas mendapatkan senarai kaunter tersebut, maka anda haruslah filter kaunter-kaunter tersebut berdasarkan karakteristik growth stock yang seterusnya.

  1. Leadership syarikat tersebut
  2. QR Report syarikat tersebut
  3. Potensi Market
  4. Target Market yang besar

Pertama, anda lihat pada leadership syarikat tersebut. Anda boleh dapatkan senarai lembaga pengarah dengan mudah kerana konsep transparency yang diamalkan oleh Bursa Malaysia. Dari situ anda lihat adakah lembaga pengarah syarikat tersebut adalah orang orang yang berkredibiliti. Jika ada lembaga pengarah yang terpalit dengan berbagai skandal dan salah laku, lebih baik anda hindarkan diri dari melabur dalam kaunter tersebut.

Kedua lihat QR Report syarikat tersebut. Apa yang penting adalah syarikat tersebut mencatatkan keuntungan berturut-turut dalam setiap quarters. Ini akan memberi gambaran yang baik kepada para pelabur seterusnya meningkatkan lagi liquidity dan harga kaunter tersebut.

Ketiga lihat pada potensi market. Karakteristik ketiga ini agak sukar kerana anda harus banyak membaca dan peka pada dunia globalisasi. Cara termudah adalah anda lihat kepada belanjawan negara dan baca dasar-dasar yang digariskan. Dari situ anda boleh mendapat idea bagaimanakah potensi market yang akan datang. Sebagai contoh, negara ingin mewujudkan IR 4.0, maka industry yang terlibat dengan IR 4.0 akan mempunyai potensi pasaran untuk meningkat.

Keempat target market haruslah besar. Sesebuah syarikat kebiasaannnya mempunyai beberapa source of income selain main business mereka. Oleh itu, jika syarikat tersebut mempunyai banyak cabang perniagaan mereka, itu menunjukkan bahawa mereka mampu untuk generate keuntungan yang lebih tinggi.

Namun anda harus berhati-hati. Cabang-cabang bisnes yang baik bagi sesebuah syarikat adalah yang mempunyai sangkut paut dengan cabang bisnes utama. Sebagai contoh, syarikat Z fokus kepada bisnes penternakan ayam, kini berhasrat untuk meluaskan bisnes mereka kepada penternakan kambing.

Kesimpulan

Secara amnya, saya telah terangkan semua karakteristik yang diperlukan bagi sesebuah growth Stock. Saya recap balik, growth stock adalah saham yang tidak membayar dividen, sering outperform index berkaitan, mempunyai leadership yang bagus, keuntungan yang konsisten, berada dalam potensi market yang besar serta target market yang luas.

Semoga ALLAH SWT melimpahkan kefahaman kepada anda Amiin.

Rujukan : Investopedia, Ilham dari ALLAH SWT

Baca juga : Golden Cross Saham

About Iqbal Aman

Assalamualaikum, saya Iqbal. Menjadi pelabur itu sukar. Jika ragu, sila pergi

View all posts by Iqbal Aman →