Boleh Jelaskn Apa itu Common Stock dan Preferred Stock?

Bismillahirrahmanirrahim

Saham merupakan salah satu produk pelaburan yang ditawarkan di dalam Bursa Malaysia selain Derivatif dan Bond. Namun tahukah anda saham juga mempunyai jenisnya iaitu preferred stock dan common stock. Hari ini saya akan ulas apa itu common stock dan preferred stock supaya ia boleh membantu anda untuk lebih memahami produk saham itu sendiri.

Definisi Common Stock dan Preferred Stock.

Perkara pertama yang harus dijawab tentang apa itu common stock dan preferred stock adalah maksudnya sendiri. Common stock ataupun saham biasa merupakan saham yang mewakili milikan seseorang terhadap sesuatu syarikat yang mana ianya disenaraikan kepada orang awam melalui Bursa Malaysia. Preferred Stock pula bermaksud saham yang mewakili milikan seseorang terhadap syarikat yang mana ianya ditawarkan secara persendirian kepada orang-orang tertentu yang kebiasaannya merupakan Pengarah kepada syarikat tersebut

Karakteristik Preferred Stock

Perbezaan utama antara common stock dan preferred stock adalah hak untuk mengundi. Preferred stock tidak mempunyai hak untuk mengundi yang mana hak mengundi ini bakal menentukan siapakah Board of Director yang bakal menerajui syarikat tersebut. Malah, preferred stock seringkali disamakan dengan Bon kerana pemegang preferred share biasanya menerima fix dividen pada satu jangka masa yang ditetapkan.

Cara kiraan dividen juga adalah berbeza dengan common stock. Pembayaran dividen common stock adalah berdasarkan supply and demand manakala preferred stock berdasarkan kepada kiraan par value. Malah bayaran dividen untuk preferred stock adalah terjamin dari segi kiraan dan masa berbeza dengan common stock yang mana bergantung kepada prestasi syarikat.

Ketika pencairan aset dilakukan, pemegang preferred stock mempunyai hak untuk melakukan tuntutan terhadap aset yang dicairkan. Ketika syarikat sedang mengalami keuntungan, pemegang preferred stock mempunyai keutaman untuk dibayar dividen terlebih dahulu dan kebiasaannya dividen mereka lebih tinggi daripada saham biasa.

What's the difference between preferred and common stock? - Quora

Karakteristik Common Stock

Common stock merupakan saham yang ditawarkan kepada orang awam di Bursa dan sesiapa sahaja boleh membeli saham tersebut. Dengan membeli saham tersebut secara tidak langsung pemilik saham menerima hak voting right serta dividen yang bakal dibayar oleh syarikat pada masa akan datang.

Kebiasaannya hak mengundi mereka datang dengan berapa banyak jumlah unit yang mereka pegang. Sebagai contoh, Ahmad mempunyai 100 lot saham manakala Abu mempunyai 50 lot saham. Maka, jumlah voting Ahmad lebih besar berbanding Abu di dalam menentukan halatuju syarikat ketika AGM.

Pemilik saham biasa juga berhak menentukan siapakah Board of Director serta policy semasa syarikat sewaktu AGM dilaksanakan. Bagi pemegang preferred stock, mereka tidak ada suara ketika AGM dilaksanakan.

Bagi common stock, perk yang terbesar adalah capital gain saham itu sendiri. Memandangkan harga saham adalah berdasarkan supply and demand, maka perubahan harga yang ketara bakal memberi kesan kepada pemilik common stock pada jangka masa yang lama jika syarikat mampu perform dengan baik.

Kesimpulan

Secara amnya, saya telahpun menjelaskan apa itu common stock dan preferred stock kepada anda. Walaupun ia tidak memberi kesan secara langsung dalam aktiviti dagangan atau pelaburan anda, ia adalah satu maklumat yang baik untuk anda ketahui tentang jenis jenis saham ini. Diharap artikel ini telahpun menjawab persoalan yang anda lontarkan.

Rujukan

  1. Investopedia.

Baca Juga : karakteristik growth stock

About Iqbal Aman

Assalamualaikum, saya Iqbal. Menjadi pelabur itu sukar. Jika ragu, sila pergi

View all posts by Iqbal Aman →