Panduan Menjadi Seorang Marketing Representative

Bismillahirrahmanirrahim

Alhamdulillah, aku dah berjaya menghabiskan semua modul dalam kursus online EFPMR (Electronic, Familirization Program Marketing Representative). Aku sangat berpuas hati kerana input yang diberikan cukup fresh bagi aku. Malah, content yang disusun memang sesuai untuk menjadi panduan kepada Marketing Representative.

Program EFPMR

Apa tu program EFPMR? Ia merupakan satu kursus yang wajib dilalui bagi sesiapa yang ingin menjadi ejen kepada broker. Jadi, aku berminat untuk dapatkan side income selain daripada trading saham. Dibawah ni aku line up beberapa detail penting yang boleh kita ambil tahu.

  1. Bayaran kursus ini adalah sebanyak RM 500+ beserta SST
  2. Sesiapa sahaja boleh ambil kursus
  3. Terdiri daripada 9 Modul dan wajib baca semua module secara online
  4. Akses kepada portal elearning diorang adalah selama sebulan. Selepas itu tiada lagi. Jadi aku sangat sarankan anda semua tulis nota. Banyak sangat ilmu berguna dalam tu.
  5. Modul diorang interaktif, memang best, ada audio, ada presentation power point, quiz pun dalam bentuk animation. Memang tak bosan.
  6. Selepas sebulan, assessment akan dilaksanakan pada tarikh yang anda book. Biasanya lepas sebulan tu akan terus assessment.
  7. Assessment dijalankan secara online, namun anda tidak boleh ambil assessment tersebut jika tak lengkapkan bacaan modul even dah bayar.

Seriously, tak berat mana subjek dia dan nota pun tak heavy. Kalau aku rajin, dalam 3 atau 4 hari je dah boleh habiskan semua nota tu. Tapi sebabkan aku ini kadang malas kadang rajin, ambil masa 3 minggu nak habiskan. Jadi pada 7 Mei ini, penilaian aku akan berjalan.

Aku akan mendapat dua sijil lepas ambil kursus EFPMR ini. Sijil pertama adalah sijil lengkapkan kursus dan kedua adalah sijil lulus penilaian. Attendance cert ini anda boleh sahaja download melalui link yang diberikan. Tapi untuk cert assessment, anda kena ambil sendiri, namun disebabkan penularan COVID 19, pihak SIDC akan hantar melalui pos.

Familiarisation Programme for Marketing Representatives (FPMR) - SIDC -  Delivering Professional Excellence
SIDC bertanggungjawab untuk melahirkan seorang MR yang bertauliah dan professional

Siapa Marketing Representative (MR)

MR adalah orang yang bertindak mempromosikan sesebuah produk pelaburan yang ditawarkan oleh pihak broker, melakukan semua aktiviti-aktiviti promosi, memberikan sokongan khidmat pelanggan dan berkhidmat dibawah sesebuah syarikat broker berdasarkan panduan yang ditetapkan. Senang cerita, MR ini seperti ejen insurans atau ejen takaful. Tapi bezanya MR membawa produk pelaburan.

MR tidak bergaji biasanya. Dia hanya dibayar berdasarkan komisen yang diberikan oleh pihak broker. Secara lazimnya, pihak broker akan membayar sebanyak 20% daripada jumlah komisen yang ditawarkan. Dibawah saya tunjukkan sedikit contoh pecahan komisen broker.

Sebagai contoh, Malacca Sekuriti menawarkan caj broker sebanyak RM 8 minimum untuk setiap transaksi (buy dan sell).

  1. Remisier : 50% (RM 4)
  2. MR : 20% (RM 1.60)

Yang selebihnya adalah keuntungan principal atau broker. Tak banyak keuntungan yang boleh dijana pada awal permulaan sebab komisen yang terlalu rendah. Anda bayangkan, proses untuk buka akaun CDS sendiri mengambil masa yang agak lama sekitar 2 minggu paling cepat. Mungkin pada bulan tersebut, anda mempunyai 5 klien yang berdaftar dengan anda dan hanya mempunyaia dua transaksi pada bulan tersebut, jadi anda hanya mendapat komisen sekitar RM 16 sahaja.

Mungkin ada bonus bonus lain yang ditawarkan oleh pihak prinsipal tapi ia tertakluk pada budi bicara. Disebabkan ini, ramai yang mengatakan bahawa MR atau Remisier is a sunset industri. Agak sukar untuk jadikan ia kerjaya tetap jika tiada backing income yang lain. Macam aku, aku akan bersara dari perkhidmatan ATM dan akan menerima imbalan graduiti.

Alhamdulillah, hutang kereta dan rumah aku bakal dilangsaikan dengan graduiti tersebut siap ada lebihan yang boleh tampung survivality hidup dalam 3 tahun. Jadi, dalam tempoh tersebut, aku boleh berasa sediklit selesa jika tiada client yang dapat aku tarik dalam bulan tersebut.

Syarat Menjadi MR

Dibawah aku senaraikan syarat menjadi MR tetapi mungkin ada perubahan.

  1. Mempunyai sijil Diploma keatas yang diiktiraf
  2. Telah mengikuti kursus FPMR / EFPMR dan lulus penilaian
  3. 21 tahun keatas dan tiada rekod jenayah.

Jika lengkap semuanya, maka anda pun boleh menjadi seorang MR. Seorang MR akan diletakkan dibawah seorang remisier yang mempunyai lesen CMSL (Capital Market Services License). Dan yang lebih menarik, seorang MR boleh attach dengan beberapa broker atau prinsipal dalam masa yang sama.

Sebagai contoh broker bank A ada produk pelaburan yang fokus pada Simpanan hari tua seperti Private Retirement Scheme (PRS) dan mempunyai target market dikalangan pekerja 30 an keatas dan broker Bank B pula ada produk pelaburan yang target pada golongan yang baru bekerja. Jadi, anda ada lebih banyak produk dan lebih banyak sasaran pelanggan untuk anda tawarkan kepada mereka.

Bila anda dah ready untuk jadi MR, boleh lah contact dengan mana-mana remisier yang anda boleh cari. Sekarang ini mudah sahaja nak cari remisier, sebab diorang aktif berkongsi di laman FB. Cuba berurusan dengan mereka dan mereka akan guide anda menjadi MR. Secara tak langsung anda akan bekerja bersama-sama dibawah remisier tersebut. Seorang remisier kalau aku tak silap cuma boleh ada 3 orang MR sahaja dalam satu masa.

Aktiviti Yang Boleh Dijalan Oleh Seorang MR

  1. Mempromosikan produk prinsipal yang telah mereka daftar
  2. Menguruskan butiran peribadi klien untuk dihantar kepada pihak prinsipal / broker
  3. Membantu prinsipal membuka akaun CDS untuk klien. Namun, due diligence adalah dibawah kuasa broker. Ia bermaksud prinsipal yang bertanggungjawab untuk menentukan keabsahan maklumat klien.
  4. Mengedarkan laporan analisis kepada para klien
  5. Dia harus menerangkan kepada klien dia tak boleh memberikan sebarang nasihat pelaburan seperti kaunter apa yang boleh dibeli jual ataupun keputusan trading sama ada Buy Sell atau Hold

Aktiviti Yang Dilarang Kepada MR

  1. Memberikan nasihat pelaburan seperti buy call kepada klien
  2. Melakukan trading seperti mana yang diarahkan oleh klien. Zaman dahulu, semua trading call adalah berdasarkan panggilan telefon. Jadi, MR tak boleh nak buat kerja tersebut. Ada lagi satu position yang dipanggil Trading Representative yang layak buat kerja tersebut.

Perkara yang Perlu Tahu Selepas Menjadi MR

Bila aku dah layak menjadi MR nanti, aku akan menjalani kursus latihan selama 5 hari setiap tahun. Kursus tersebut ibarat macam refresher untuk memastikan MR sentiasa professional dan compatible untuk melakukan kerja kerja mempromosikan produk pelaburan.

Sumber : EFPMR

Baca lagi : Apa itu Common Stock dan Preferred Stock

About Iqbal Aman

Assalamualaikum, saya Iqbal. Menjadi pelabur itu sukar. Jika ragu, sila pergi

View all posts by Iqbal Aman →