Apa Itu Bon Serta Penjelasannya

Bismillahirrahmanirrahim

Bon merupakan salah satu instrumen pelaburan yang ada dalam pasaran modal. Ia antara produk yang paling lama ada di dalam pasaran. Tapi tahukah anda apa itu bon? Siapa yang mengeluarkan bon? Apa mekanisme di dalam Bon? Artikel ini akan menjawab semua persoalan tersebut.

Apa Itu Bon?

Bon merupakan satu surat hutang, yang menjelaskan bilakah tarikh matang serta faedah yang perlu dibayar. Selain itu, bon juga sering dipanggil sebagai instrumen faedah tetap kerana sifatnya yang mana pihak pengeluar bon harus membayar faedah tetap kepada pelabur.

Siapa Yang Mengeluarkan Bon

Pihak pengeluar bon dipanggil sebagai issuer. Biasanya, yang mengeluarkan bon adalah Kerajaan ataupun syarikat. Mereka mengeluarkan bon dengan tujuan untuk mendapatkan dana daripada orang awam, berbanding membuat pinjaman dengan mana-mana pihak yang memberi pinjam. Kerajaan adalah entiti yang kerap mengeluarkan bon kerana mereka mempunyai kapasiti serta jaminan yang tinggi untuk membayar kadar faedah kepada pelabur.

Apa Itu Bon atau Sukuk? - Majalah Labur
Contoh sijil bon yang diterima oleh pelabur pada zaman dahulu

Mekanisme Di Dalam Produk Bon

Terdapat 3 mekanisme yang perlu diambil berat ketika membeli sesebuah bon.

  1. Face Value
  2. Coupon (Interest)
  3. Maturity Date

Face value bermaksud modal asal ketika anda membeli sesuatu bon. Jika anda membeli bon dengan nilai RM 1,000, maka face value anda adalah sebanyak RM 1,000. Face value ini akan digunakan untuk menentukan jumlah interest yang akan anda terima dari pihak pengeluar bon.

Coupon atau interest pula adalah bayaran faedah kepada pelabur. Cuba anda lihat pinjaman perumahan anda. Anda harus membayar pokok serta faedah bukan? Jadi, ketika anda membeli bon, anda ibarat bank yang mana pihak pengeluar bon atau issuer akan membayar faedah kepada anda. Rate biasa pelaburan bon adalah sekitar 3-5% sahaja setahun.

Maturity Date pula adalah tempoh matang bon tersebut. Apabila sesuatu bon mencapai tempoh matang, maka anda akan dapat semula modal anda ataupun face value. Terdapat banyak bon yang mempunyai pelbagai maturity date antaranya adalah 1 tahun, 5 tahun, 10 tahun dan ada juga bon sehingga 20 tahun.

Risiko Pelaburan Bon

Di dalam bon, terdapat satu risiko sahaja iaitu credit risk. Credit risk bermaksud ketidakupayaan pihak pengeluar bon untuk membayar faedah seperti yang dijanjikan. Benda ini adalah risiko yang perlu anda hadapi namun bon antara produk pelaburan yang berisiko rendah kerana modal anda akan diterima semula selepas tempoh matang. Jadi anda mungkin akan rugi pada keuntungan sahaja, tidak pada modal pokok anda.

Kesimpulan

Bon antara salah satu produk yang harus dipilih ketika anda ingin membangunkan portfolio anda. Dengan adanya bon, ia dapat mengimbangi risiko portfolio anda agar tidak terlalu tinggi dan anda masih mempunyai sokongan modal yang lain jika pasaran saham tidak menentu.

Rujukan : Nota eFPMR

Baca lagi : Apa itu Index Bursa Saham

About Iqbal Aman

Assalamualaikum, saya Iqbal. Menjadi pelabur itu sukar. Jika ragu, sila pergi

View all posts by Iqbal Aman →