Pengalaman Melabur Unit Trust

Bismillahirrahmanirrahim

Sapa je kan tak tau pasal unit trust ni. Produk pelaburan ni dah berkurun ada dalam pasaran. Bila korang dah meningkat dewasa, mesti tahu punya pasal unit trust, paling tidak pun Amanah Saham Bumiputera ASB. Itu pun adalah unit trust tapi kategori harga tidak berubah. So sebelum korang labur, apa kata korang tengok dulu penglaaman melabur unit trust oleh aku sendiri.

Kenapa Aku Pilih Unit Trust

Jadi, apa reason terbesar aku pilih unit trust sebagai alternatif pelaburan ye? Terdapat beberapa kriteria yang aku rasa sesuai untuk aku cerita. Yang pertama aku boleh start dengan modal yang cukup kecil, ada fund yang bagi untuk labur serendah RM 100 sahaja. Kalau dekat saham, pun boleh beli dengan harga RM 100, tapi sakit woo nak bayar brokerage charge.

Reason kedua aku pilih unit trust adalah, aku tak payah nak fikir pasal pembentukan portfolio macam dalam akaun CDS. Semua fund dah ada pre select produk pelaburan dan saham, jadi automatik, proses diversification tu dah berlaku. Plus, ada fund manager yang akan jaga portfolio tu untuk kita. Aku boleh la stay away dan keep investing je orang kata.

Ketiga, kadar return dia adalah sekitar 10-15%, bergantung pada jenis unit trust tu sendiri. Kadang-kadang, tahun tu tak dapat pulangan tapi tahun depan pulak untung sampai 20% or 30% jadi berbaloi kan? Memandangkan average keuntungan dia agak tinggi dari ASB, so aku pun sanggup untuk beli unit trust ni memandangkan ASB aku dah topup, jadi nak diversify sikit kepada portfolio lain.

Terakhir, bila kita cakap je unit trust, maksudnya risiko yang kita sanggup hadapi adalah risiko bersifat sederhana. Macamana boleh jadi sederhana, sebabnya diversification telah berlaku yang mana fund manager akan beli dan hold berpuluh puluh saham dalam unit trust tersebut. Oleh itu, jika ada yang jatuh, maka saham lain yang untung boleh cover yang rugi.

Pengalaman Melabur Unit Trust

Ok, aku dah cerita kenapa aku pilih unit trust, sekarang aku cerita pengalamannya pulak. Waktu aku nak labur unit trust, aku amik dua option, satu aku labur di Private Mandate, dan diorang akan uruskan Unit Trust yang nak dibeli. Produk UT je ada dekat 700 lebih tau di pasaran, jadi ada skill nya nak memilih tu. Aku tak nak pening kepala, aku bagi je geng2 fund manager kat Private Mandate ni buat keje diorang.

Private Mandate Quant - Alternatif Private Mandate DDNK - Visikewangan
Contoh senarai saham yang dibeli oleh Private Mandate, Kredit Visikewangan

Kedua, aku guna Robo Advisor untuk beli UT. Aku guna Raiz sebagai Robo Advisor. Robo advisor ni keje dia adalah belikan Unit Trust untuk korang berdasarkan setting yang korang dah buat. Dalam robo Advisor, dia ada bagi pilihan beberapa set iaitu Conservative, Moderate dan Aggresive. Conservative ni kira Low Risk, Moderate half half dan Aggresive ni yang High Risk. Kena tau la low risk low return high risk high return.

Aku tak pilih yang conservative sebab dia punya rate untung agak low. Kalau setakat 5-7% setahun, baik aku masuk ASB sahaja, tak pening kepala, harga pun tetap, tak berubah. Hari ni deposit, kalau nak bawak keluar esok hari pun nilai masih sama. So aku pilih high aggresive. Robo Advisor ni akan belikan dua jenis fund iaitu Aberdeen, UOB dan Sukuk untuk aku.

Tiga jenis portfolio dalam Raiz yang boleh dipilih

Memandangkan dalam private Mandate aku dah dump besar dan biar fund manager yang uruskan, untuk Robo Advisor ni aku manage sendiri. Next thing aku buat adalah dengan menerapkan konsep Dollar Cost Averaging. DCA merupakan satu teknik pelaburan secara berkala untuk mendapatkan median price harga belian. Aku tau yang unit trust ni harga dia berubah-ubah, tak sesuai untuk dump setepuk sebab takut terbeli pada harga yang tinggi.

Jadi, setiap minggu aku akan labur lebih kurang RM 200 dan aku akan deposit pada hari Jumaat. So lepas deposit, Raiz akan belikan unit trust untuk aku berdasarkan setting yang aku dah buat. Setting yang aku buat, 49% deposit beli Aberdeen, 49% beli UOB dan selebihnya beli Sukuk. So portfolio aku agak aggresif dan naik turun pun akan banyak berlaku. Tapi benda ni takde masalah sebab aku trade saham dan biasa dengan naik turun harga pasaran ni.

Keuntungan Macamana Pula?

Berdasarkan pengalaman melabur unit trust, buat masa sekarang ni semua portfolio aku dalam keadaan merah, baik private mandate mahupun raiz. Dalam Private Mandate, kerugian sekarang sekitar -6% manakala untuk Raiz -1% plus minus macam tu la. Tapi benda ni tak de masalah sebab aku memang project untuk long term period. Just sit back and kerja je macam biasa. Tak perlu nak monitor terlampau kerap.

Kesimpulan

Jika korang tak ada pengalaman untuk melabur dalam saham, atau takde kepakaran, maka unit trust adalah alternatif terbaik untuk korang labur. Ingat, tidak semua unit trust itu baik, jadi buat lah kajian sedikit bagaimana untuk dapatkan UT yang baik untuk korang beli. Kalau memang nak hassle free tak nak amik tau langsung, boleh PM aku untuk buka akaun Private Mandate di 018-941 8731. Aku harap pengalaman melabur Unit Trust kali ini dapat berikan sedikit idea kepada korang yang baru nak bermula.

Alhamdulillah

Sumber: Pengalaman Sendiri

Baca lagi : Kajian Kaunter Prestar

About Iqbal Aman

Assalamualaikum, saya Iqbal. Menjadi pelabur itu sukar. Jika ragu, sila pergi

View all posts by Iqbal Aman →