Bismillahirrahmanirrahim
Tahukah anda harga bitcoin kini telah mencecah All Time High di paras USD 60,000 purata untuk 1 bitcoin? Ia merupakan satu pencapaian yang agak phenomenal jika dibandingkan pada awal permulaan pengenalan bitcoin yang hampir tidak mempunyai harga. Selain bitcoin terdapat banyak lagi jenis coin crypto yang boleh anda beli dan mungkin ia boleh jadi the next bitcoin.
Senarai Jenis Coin Crypto
Alternate coin adalah coin-coin lain selain daripada Bitcoin. Hingga kini terdapat banyak jenis alternate coin yang boleh didapati dalam pasaran. Alternate coin menjadi kegilaan para pelabur kerana harganya yang terlampau murah dan volatiity yang agak tinggi. Jadi tidak hairanlah sesiapa yang berani untuk memegang alternate coin mampu untuk meraih keuntungan beribu percent dalam setahun.
Cardano, ADA, SHIBA antara contoh coin yang boleh dibeli oleh pelabur crypto. Sehingga hari ini terdapat ribuan coin yang wujud dan semua coin ini boleh diklasifikasikan kepada beberapa kelas. Setiap kelas akan diterangkan seperti dibawah :
- Stable Coin
- Security Token
- Utility Token
- Meme Coin
Stable coin bermaksud sesebuah cryptocurrency yang mempunyai nilai harga yang stabil dan juga asset sokongan. Kebiasaannya nilai harga stable coin tidak terlampau volatile sehingga menyebabkan para pengguna takut untuk gunakannya bagi tujuan pembelian atau penjualan. Selain itu, stable coin juga didasari dengan asset sokongan seperti USD atau emas. Jadi, ia mempunyai harga rujuk yang mana mudah untuk para pelabur dapatkan harga nilai semasa.
Bagaimana stable coin boleh mencapai harga yang stabil dan tidak terlampau volatile? Ianya kerana stable coin dikawal oleh centralized bank seperti coin USDT. Coin USDT mempunyai sandaran kepada duit USD dan ia juga sama dikawal oleh Fed Reserve, cuma dalam bentuk coin. Oleh sebab penghasilan coin USDT ini adalah terkawal, maka ramai orang berani untuk menggunakan USDT sebagai medium belian atau jualan berbanding coin-coin lain. Contoh-contoh stable coin adalah USDT, BUSD, USDC, Terra USD dan True USD.
Seterusnya adalah utility token. Ianya lebih digunakan sebagai medium bayaran di dalam sesuatu network sahaja seperti caj servis, caj network dan sebagainya. Kegunaan utility token tidak meluas dan terhad hanya dalam sesuatu network sahaja. Antara contoh utility token adalah Filecoin, yang mana digunakan untuk membeli space storage online. Secara ringkasnya, utility token digunakan untuk membeli sesuatu servis.
Security token pula antara salah satu jenis coin crypto yang berada dalam pasaran. Berbeza dengan utility token yang digunakan untuk membeli sesuatu servis, security token pula lebih kearah pelaburan. Orang beli dan peram token tersebut sehingga nilainya lebih tinggi dari harga awal belian. Security token ada asset sokongan iaitu saham. Dalam bahasa yang mudah, sekuriti token itu sama sahaja seperti membeli saham cuma kewujudannya sahaja berbeza iaitu satu milikan dalam bentuk token dan satu milikan pula dalam bentuk sijil.
Meme coin pula adalah coin yang dihasilkan sekadar suka-suka. Antara coin yang jatuh dibawah meme coin adalah SHIBA INU, DOGE, dan FLOKKI. Semua coin ini tidak mempunyai apa-apa maksud seperti utility, sekuriti dan aset sandaran. Ia lebih kepada hype sahaja. Namun, walaupun ia hanya berbentuk hype anda boleh lihat kenaikan yang agak gila bagi meme coin. Bagi saya meme coin ini macam fan based merchandised. Contohnya seperti jersi milik pemain bola yang popular, apabila dilelongkan, pasti ramai pembida yang ingin beli pada harga yang mahal padahal jika anda bukan peminat, anda pasti rasa membazir untuk menghabiskan ribuan ringgit untuk sehelai baju.
Kesimpulan
Artikel ini telah menerangkan jenis coin crypto yang anda boleh jumpa ketika melakukan pencarian coin yang berpotensi untuk naik. Ya, untuk kali pertama pasti anda akan rasa keliru tentang banyaknya coin-coin yang wujud tetapi lama kelamaan anda boleh nampak coin-coin tersebut boleh dikelaskan dalam beberapa kategori sahaja. Setiap kategori mempunyai kekuatan masing-masing
Bagi yang ingin membuka akaun huobi, yang mana merupakan top 10 exchanger crypto, boleh klik link ini untuk daftar Daftar Akaun Huobi Bersama Iqbal. Jika ada masalah boleh hubungi saya melalui tele atau whatsapp.
Rujukan : Investopedia, Cryptoslate
Baca lagi : Kajian Kaunter Krono