Bismillahirrahmanirrahim
Raiz invest kini mendapat tempat dalam kalangan rakyat Malaysia disebabkan features Robo Advisor ini yang unik iaitu pelaburan mikro. Manakan tidak, serendah RM 5 anda boleh memiliki unit-unit amanah saham dari PnB tanpa perlu isi apa-apa dokumen. Post kali ini akan menerangkan cara daftar raiz invest melalui laman web dengan mudah.
Cara Daftar Raiz Invest
Dibawah saya akan tunjukkan tutorial bergambar cara daftar raiz invest dari langkah pertama sehingga langkah terakhir. Teruskan membaca dan boleh rujuk semula gambar sekiranya tertinggal mana-mana langkah yang diperlukan.
Klik pada link ini untuk daftar Raiz : Daftar akaun Raiz bersama Admin (Iqbal) . Raiz akan memberikan RM 5 secara percuma kepada anda apabila anda memulakan pelaburan yang pertama. Kemudian klik pada Sign Up
Kemudian masukkan email anda beserta password anda. Password menggunakan kombinasi alphaneumeric ya.
Selesai daftar email, pilih bank yang akan anda gunakan untuk transaksi deposit dan withdrawal. Anda dikehendaki untuk aktifkan dahulu kad debit ataupun kad kredit untuk pengesahan.
Kemudian, isikan semua detail kad kredit/debit anda dalam ruangan yang disediakan
Kemudian anda akan dibawa kepada page ini biarkan sahaja ia loading untuk proses seterusnya
Masukkan MSOS Code anda. Ianya akan dihantarkan ke nombor telefon anda seperti anda request TAC Number. Selepas terima kod tersebut, isikan ruangan MSOS Code dan klik Submit.
Selepas berjaya, pilih akaun yang anda ingin gunakan untuk proses withdrawal kelak.
Masukkan sahaja no akaun bank anda dan klik ADD
Isikan semua detail maklumat peribadi dan klik Next
Isikan alamat rumah anda, dan tidak perlu tick di ruangan I am US Citizen. Kemudian klik NEXT.
Sama juga, tak perlu tick dan teruskan klik Next
Tick semua bahagian agreement. Jika anda ingin baca semua agreement boleh klik pada hyperlink yang pertama iaitu Platform Agreement, Account Opening Agreement, Disclosure Agreement serta Privacy Policy
Isikan lagi semua maklumat kewangan anda dan klik Next
Upload gambar IC anda. Untuk result yang lebih baik adalah dengan menggunakan Scanner.
Ok lepas setel Raiz akan amik masa 3 hari maksimum untuk approvekan akaun anda.
Kemudian anda harus pilih mana-mana portfolio yang anda ingini sama ada Conservative, Moderate, Aggresive ataupun Custom. Semua detail portfolio ditunjukkan kepada anda. Jika anda sudah berpuas hati terus tekan save changes.
Kesimpulan
Saya baru sahaja menerangkan secara lengkap Cara Daftar Raiz invest melalui website. Anda patut berbangga kerana telah mengambil satu langkah yang baik untuk mula melabur. Jangan risau, wang anda selamat dan anda boleh sahaja untuk keluarkan duit anda pada bila bila masa sahaja yang anda inginkan. Langkah seterusnya adalah anda harus melakukan deposit kedalam akaun Raiz anda untuk mula melabur.
Diingatkan setiap kali anda ingin login, Raiz akan menghantar verification code melalui email. Oleh itu, anda harus peka dengan password email anda supaya tidak mudah digodam dan anda boleh ingat password anda sendiri. Sekian terima kasih.
Inshaa ALLAH
Rujukan : Website Raiz
Baca lagi : Keburukan Raiz Yang Perlu anda Tahu