Keburukan Raiz Yang Perlu Anda Tahu

Bismillahirrahmanirrahim

Setiap platform pelaburan memberikan perkhidmatan dan akses kepada orang awam untuk melakukan pelaburan. Sama seperti Raiz, yang mana ia datang dengan konsep micro investing, iaitu melabur melalui baki terkumpul perbelanjaan harian. Walaupun begitu, anda harus tahu keburukan raiz atau kita panggil sebagai kekurangan yang boleh diperbaiki pada masa hadapan kelak.

Keburukan Raiz

Raiz telah bertapak agak lama di Malaysia yang mana berpusat di Australia. Ia juga telah mendapat lesen untuk menjalankan aktiviti pelaburan di Malaysia secara sah oleh Suruhanjaya Sekuriti Malaysia. Walaupun konsep micro investing yang diperkenalkan cukup menarik, anda harus tahu bahawa setiap platform pasti ada kekurangannya dan ianya tidak terlepas dengan platform Raiz. Berikut adalah keburukan Raiz daripada pendapat peribadi saya.

  1. Caj per bulan dan tidak sesuai untuk pelaburan yang terlalu kecil
  2. Limit kepada beberapa produk pelaburan sahaja seperti PnB, UOB dan Aberdeen
  3. Teknik pelaburan yang tiada transparency

Kita akan bincangkan tentang caj per bulan yang mana tidak sesuai untuk pelaburan yang terlampau kecil. Raiz menawarkan pelaburan serendah RM 5 dan caj yang dikenakan setiap bulan adalah minimum sebanyak RM 1.50 / 0.025%. Jadi, jika pelaburan bulanan anda terlalu rendah, maka bayaran caj yang dikenakan tidak berbaloii dengan jumlah pelaburan anda. Bayangkan anda melabur sebanyak RM 10 sahaja sebulan, bayaran yang dikenakan adalah RM 1.50 per bulan menunjukkan anda terpaksa membayar sehingga 15% daripada jumlah pelaburan anda.

Kenapa ada caj minimum? Caj ini digunakan untuk Raiz menguruskan pembelian dana-dana unit trust untuk pelaburan anda. Terdapat banyak indirect caj yang akan diserap tetapi bagi tidak mengelirukan pelabur baru, mereka cuma menunjukkan caj yang tertera iaitu RM 1.5 / 0.025% sebulan. Kita kena faham, untuk membeli unit amanah banyak caj-caj yang dikenakan dan adalah logik bagi saya untuk mereka mengenakan caj kepada kita.

Jadi, apakah nilai minimum yang paling baik untuk anda melakukan pelaburan berkala setiap bulan? Jawapannya adalah sebanyak RM 6,000 setahun ataupun RM 500 setiap bulan untuk pelaburan berkala. Oleh itu, barulah caj yang dikenakan berbaloi dengan pelaburan anda. Jika anda tidak mempunyai wang yang banyak, saya galakkan untuk anda simpan dahulu sebelum invest dalam Raiz.

Kedua, pelaburan Raiz hanya limit kepada beberapa fund sahaja. Fund-fund tersebut secara amnya daripada produk PnB dan kita tahu PnB antara syarikat pelaburan yang menawarkan caj yang rendah. Jadi, pilihan pelabur adalah sangat limited kepada :

  1. ASN Sara 1
  2. ASN Equity 3
  3. ASN Imbang 2
  4. UOB United i-Global Balanced Fund
  5. Aberdeen Standard Islamic World Equity Fund
  6. UOB High Quality Sukuk Fund
UOB Balanced Fund
Aberdeen World Islamic Fund

Jika saya lihat ianya bukanlah satu keburukan raiz yang terlalu dominan pun. Dengan enam fund ini sahaja bagi saya sudah memadai dan kebanyakan Fund-fund yang disenaraikan adalah fund yang baik yang mana setiap fund mempunyai objective tersendiri dan sudahpun mempunyai elemen diversifikasi. Sekarang yang tinggal hanyalah elemen averaging yang anda sendiri harus kawal

Yang terakhir adalah ketiadaan transparency dalam bagaimana robo advisor melakukan pembelian fund. Apa yang kita tahu, robo advisor Raiz mempunyai algorithma tersendiri dalam bagaimaan untuk membeli fudn-fund diatas berdasarkan kepada risk profile yang telah kita isi semasa sesi pendaftaran. Bagi saya algoritma itu sendiri sudah boleh dibaca kerana fund yang boleh dibeli oleh Raiz adalah terhad kepada 6 fund itu sahaja. Secara tak langsung bila anda melakukan pelaburan, anda tetap akan membeli dari 6 fund diatas.

Kesimpulan

Secara amnya, keburukan Raiz ini bukanlah memberi impak yang besar kepada pelaburan anda. Namun yang paling besar kesannya adalah jumlah minima pelaburan yang berbaloi untuk anda buat setiap bulan adalah sebanyak RM 500, bukanlah RM 5 kerana amaun yang terlampau kecil ini tidak berbaloi dengan caj yang dikenakan

Berminat untuk daftar dengan Raiz dan dapatkan RM 5 secara percuma? Klik sini : Daftar akaun Raiz bersama Admin (Iqbal)

Sumber : Raiz

Baca lagi : Cara Menggunakan Equidistant Channel

About Iqbal Aman

Assalamualaikum, saya Iqbal. Menjadi pelabur itu sukar. Jika ragu, sila pergi

View all posts by Iqbal Aman →