Bismillahirrahmanirrahim
Equidistance Channel adalah indikator percuma yang diberikan oleh man-mana platform trading pada ketika ini. Namun, indikator ini bukanlah antara kegemaran para trader kerana rata-rata ramai yang hanya menggunakan trendline sahaja untuk melukis trend. Artikel kali ini akan menerangkan cara menggunakan equidistant channel dalam trading atau pelaburan.
Apa itu Equidistant Channel
Equidistant Channel digunakan untuk menentukan trend channel, berbeza dengan trendline yang hanya menentukan trend sahaja. Apabila anda melukis equidistant Channel, ia secara tidak langsung akan muncul garisan atas dan bawah, lalu jika anda menarik line tersebut, kedua-dua line akan selari dan membentuk sebuah laluan channel.
Cara Menggunakan Equidistant Channel
Cara menggunakannnya tidak susah. Asalkan kita tahu bagaimana untuk melukis equidistant channel itu sendiri. Tool yang memerlukan lukisan antara cabarannya adalah berkemungkinan akan berdepan dengan ralat iaitu tidak konsisten dalam melukis trendline. Namun, saya akan terangkan beberapa peraturan yang boleh diambil kira untuk dijadikan sebagai panduan untuk anda.
- Apabila melukis Equidistant Channel, pastikan anda menyambungkan dua titik dari poin A ke poin B
- Ketika mencari Uptrend, fokus kepada dua poin support
- Ketika mencari Downtrend fokus kepada dua poin resistance
Selepas anda tahu cara menggunakan equidistant Channel iaitu melukis, anda juga secara tidak langsung telah mendapatkan zon untuk melakukan entry dan juga zon untuk take profit. Apa yang anda perlu lakukan adalah menunggu sehingga price berada dikawasan support (line bawah) dan cari signal untuk melakukan entri menggunakan candlestick formation.
Selepas itu anda boleh gunakan kawasan resistance (line atas) sebagai target price anda. Kebiasannnya risk and reward dia agak baik. Secara tak langsung risiko anda agak rendah kerana anda trade mengikut trend, dan beli ketika harga berada di paras support. Malah risk and reward juga kebiasaannya adalah OK. Jika anda memang suka buy on dip, maka cara ini agak berguna untuk anda.
Tapi, bagaimana pula jika anda suka kepada teknik breakout? Kita cuma terbalikkan sahaja cara menggunakan equidistant channel ini. Jika Buy on Dip akan lukis uptrend equidistant channel, maka anda yang suka breakout pula akan lukis downtrend equidsitant channel. Kemudian apa yang anda perlu lakukan hanyalah menunggu price break keluar daripada channel.
Tetapi, menggunakan teknik breakout ini kekurangannya adalah risk and reward kerana peletakan SL yang paling optimum adalah dibahagian swing low. Harga yang breakout pula sudah terlalu jauh dengan level swing low. Walaupun begitu, anda merupakan antara orang yang terawal detect perubahan trend dan boleh ride pada jangka masa yang agak lama.
Kesimpulan
Saya telah menerangkan cara menggunakan equidistant channel dengan dua kaedah sama ada melalui breakout ataupun melalui buy on dip. Terpulang kepada anda untuk anda pilih yang manakah bersesuaian dengan karakteristik anda. Saya doakan supaya anda berjaya dalam dunia trading dan pelaburan ini. Jika ada yang tidak faham boleh tanya segala soalan di dalam group telegram
Rujukan : Seputar Forex
Baca lagi : Kebaikan Raiz