Kebaikan Raiz Sebagai Robo Advisor

Bismillahirrahmanirrahim

Platform Robo Advisor merupakan salah satu alternatif pelaburan yang ada dalam Malaysia kini. Dengan adanya Robo Advisor, ia dapat menggalakkan lagi rakyat Malaysia untuk melabur dan mendapat pelaburan yang lebih baik berbanding membiarkan ianya terperam dalam simpanan bank. Artikel kali ini akan menjelaskan kebaikan raiz sebagai salah satu robo advisor yang ada di Malaysia.

Apa itu Raiz

Raiz adalah platform Robo Advisor yang berpusat di Australia. Kini, ia menembusi pasaran Malaysia dan menjadi salah satu alternatif pelaburan yang sah di Malaysia. Raiz telah menjalinkan hubungan strategik dengan Permodalan Nasional Berhad (PnB) yang mana merupakan satu entiti pelaburan popular dengan produk ASBnya. Boleh daftar melalui link dibawah dan dapatkan RM 5.00 percuma dari Raiz untuk pelabur baru. Malah saya juga akan bantu anda dari daftar sehingga cara bagaimana untuk menjana untung dari Raiz.

Daftar akaun Raiz bersama Admin (Iqbal)

Kebaikan Raiz

Berikut merupakan kebaikan yang bakal anda perolehi apabila anda melabur dengan Raiz

  1. Platform pelaburan yang sah
  2. Robo advisor yang memberikan fee terendah pada pelaburan dibawah RM 100,000
  3. Compounding dividen
  4. Indirect pelaburan luar negara
  5. Patuh Syariah
  6. Tiada kos switching
  7. Pelaburan minima yang cukup rendah

Raiz telah didaftarkan dengan Suruhanjaya Sekuriti Malaysia. Ia secara tak langsung menunjukkan kredibiliti Raiz sebagai robo advisor yang sah di sisi undang-undang Malaysia. Dengan pengiktirafan dari Suruhanjaya Sekuriti, pihak Raiz telahpun melalui tapisan yang ketat sebelum ianya dibenarkan beroperasi di Malaysia. Jadi, jangan risau, duit anda tidak akan kena scam.

Carian raiz di dalam website SC

Mungkin ada yang tetap takut, kot-kot syarikat Raiz boleh bankrap atau lari dari Malaysia. Duit pelaburan anda tidak akan dipegang oleh syarikat tetapi di pegang oleh Pemegang Amanah (Trustee). Jadi apabila Raiz ingin melaksanakan pelaburan, mereka akan request dengan Trustee untuk pengeluaran wang tersebut dan digunakan untuk pelaburan.

Kedua, Raiz merupakan robo advisor yang memberikan fee yang paling rendah dengan pelaburan dibawah RM 100,000. Kebanyakan robo advisor yang lain akan menawarkan sekitar 0.39-0.8% untuk pelaburan dibawah RM 100,000 dan semakin mengecil apabila amaun pelaburan semakin besar. Namun, dengan Raiz mereka telah meletakkan flat rate iaitu 0.3% setahun walau apa jua amaun pelaburan anda.

See the source image

Ketiga, Raiz mengamalkan konsep compounding. Semua orang tahu kekuatan compounding ini. Apabila saham saham yang dilaburkan mula memberikan bayaran dividen, wang dividen tersebut akan dilaburkan semula membuatkan pegangan unit semakin banyak dan akan memberikan gandaan wang yang lebih banyak pada masa akan datang. Semua proses ini berjalan secara automatik dan anda tak perlu tahu pun teknikaliti nak buat proses compounding.

Kebaikan Raiz yang keempat adalah anda secara tak langsung mempunyai pelaburan luar negara melalui pembelian unit trust dalam negara. Jika anda membeli unit trust luar negara secara terus, anda akan terkesan dengan forex exchange beserta dengan charge yang dikenakan. Tetapi, jika anda membeli unit trust tempatan yang melakukan pelaburan luar negara, kos itu telah diserap dan anda tak perlu risau dengan semua pengiraan bayaran tersebut.

Raiz juga melabur dalam unit trust patuh syariah sahaja. Oleh itu, ia memberi peluang kepada orang Islam untuk melakukan pelaburan tanpa rasa ragu-ragu. Untuk menentukan sesuatu unit trust itu patuh syariah, terdapat satu garis standard yang perlu mereka patuhi. Sesuatu pelaburan tersebut haruslah tidak mempunyai unsur-unsur riba, gharar dan maisir. Dan ya, Raiz telah menentukan bahawa semua pelaburan adalah patuh syariah.

Lebih menarik lagi, kebaikan raiz yang seterusnya adalah tiada switching fee. Switching bermaksud anda ingin menukar portfolio pelaburan anda yang terdiri daripada conservative, moderate, aggresive ataupun custom. Mana tahu anda tiba-tba mempunyai risk apetite yang tinggi, anda ingin menukar dari mode conservative kepada moderate.

See the source image

Yang terakhir ataupun kebaikan raiz yang menjadi kekuatannya adalah pelaburan yang sangat minimum. Hanya dengan RM 5 sahaja, anda layak untuk membuat pelaburan. Jadi, jika anda seorang yang suka gunakan debit card dalam urusan pembayaran, Raiz akan buat round-up balance pembelian anda. Contohnya, anda beli tiket wayang harga RM 17.20, maka Raiz akan buat round up jadi RM 18 yang mana RM 0.80 akan masuk dalam akaun Raiz. Apabila cukup RM 5, barulah Raiz akan menambah pembelian unit amanah.

Kesimpulan

Jadi, dengan senarai kebaikan raiz yang telah saya terangkan, mungkin anda tertanya tanya siapa yang patut melabur dengan raiz bukan? Bagi saya, Raiz sangat sesuai untuk pelabur baru namun tidak sesuai untuk pelabur versatil kerana pemilihan fund yang cukup terhad iaitu hanya produk pelaburan PnB sahaja. Sekian terima kasih. Inshaa ALLAH

Rujukan : Website Raiz, Website Suruhanjaya Sekuriti

Baca lagi : Crypto Staking Risiko

About Iqbal Aman

Assalamualaikum, saya Iqbal. Menjadi pelabur itu sukar. Jika ragu, sila pergi

View all posts by Iqbal Aman →