Crypto Staking Risiko Apa Yang Bakal Dihadapi

Bismillahirrahmanirrahim

Crypto Staking adalah salah satu cara bagaimana untuk menjana wang di dalam pasaran kripto. Mana taknya, dengan hanya “mengunci” crypto yang anda miliki dalam satu tempoh, anda akan mendapat bayaran berdasarkan persetujuan yang telah dimaterai. Tapi crypto staking risikonya harus diambil tahu juga. Artikel ini akan membahas persoalan tersebut.

Crypto Staking Risiko Dalam Senyap

Semua bentuk pelaburan mempunyai risikonya. TIdak kurang juga dengan crypto staking. Sekiranya anda ingin menjadi seorang pelabur crypto yang baik, maka anda harus jelas dengan risiko yang bakal anda hadapi. Secara amnya, risiko tersebut boleh muncul dalam dua jenis iaitu teknikaliti dan juga pasaran. Berikut merupakan crypto staking risiko.

  1. Harga crypto yang naik dan turun.
  2. Kecairan crypto yang rendah
  3. Locking Period
  4. Serangan Penggodam
  5. Slashing Validator
  6. Tempoh Penerimaan Bayaran

Crypto didagangkan secara aktif di dalam pasaran terbuka. Oleh itu, harganya juga akan berubah-ubah dari hari ke hari. Ia juga sama seperti pasaran yang lain ada naik dan ada turun dan takkan selama-lamanya naik walaupun mereka asyik menjerit HODL. Jadi, semasa anda melakukan staking, berkemungkinan harga crypto anda akan menurun dan penerimaan reward anda tidak berbaloi dengan kejatuhan harga coin tersebut.

Situasi tersebut kita boleh samakan dengan pasaran saham. Contohnya, anda membeli saham ABC disebabkan saham ABC gemar membayar dividen kepada para pelabur. Namun begitu, saham ABC selalu mengalami kejatuhan harga menyebabkan dividen yang diperolehi oleh pelabur tidak berbaloi dengan nilai kejatuhan tersebut.

Sehubungan itu, cara terbaik untuk anda meminimakan risiko ini adalah dengan melakukan fundamental analisis, teknikal analisis serta averaging. Malah dengan cara ini anda boleh memaksimumkan keuntungan yang bakal anda perolehi, tidak hanya pada staking sahaja tetapi pada capital gain coin tersebut.

Lower Trading Volatility in 2021 Crypto Bull Runs Signals Maturing Market

Seterusnya, isu yang perlu diberi perhatian adalah kecairan crypto yang rendah. Bila kita berkata tentang kecairan ataupun likuiditi, kita akan merujuk kepada volume transaksi pasaran terhadap crypto tersebut. Apabila likuiditi rendah, maka agak sukar untuk anda membeli atau menjual semula crypto pada harga yang anda ingini. Oleh itu, agak sukar untuk anda convert kepada fiat money untuk anda withdraw sekiranya anda terdesak untuk menggunakan wang.

Cara untuk mengatasi masalah ini adalah dengan memilih stable coin ataupun alternate coin yang mempunyai volume transaksi yang tinggi. Untuk mendapatkan maklumat berkenaan dengan jumlah volume sesuatu coin, anda boleh rujuk di laman web coingecko. Di sana semua maklumat berkaitan dengan coin seluruh dunia ada dipaparkan.

Guide to Cryptocurrency Liquidity: How to Measure Liquidity & Trade Well
Lihat pada part volume untuk dapatkan maklumat liquidity

Masalah ketiga adalah locking period. Bagi saya ia bukannya satu risiko pun kerana semakin panjang locking period anda semakin tinggi jumlah bayaran staking yang anda akan terima. Jadi, ianya berkadaran dengan reward yang bakal anda perolehi. Namun, ianya menjadi risiko bagi mereka yang menggunakan duit kecemasan sebagai tool untuk pelaburan.

Jika anda seorang yang menggunakan duit kecemasan untuk melakukan staking, maka anda boleh gunakan kaedah flexible staking yang mana ianya diambil dalam masa satu hari sahaja. Ia merupakan period yang paling pendek yang boleh anda pilih dalam mana-mana platform third party.

Masalah keempat pula adalah serangan penggodam. Serangan penggodam sangat signifikan kepada mereka yang memegang cold wallet. Semasa mereka ingin melakukan staking, maka “pintu wallet” mereka akan dibuka dan terdapat dua key yang akan dihasilkan bagi tujuan keselamatan. Ketika inilah penggodam akan cuba untuk mendapatkan key tersebut dengan pelbagai kaedah seperti hacking dan phishing.

Berlanjutan dengan masalah keempat, masalah kelima juga iaitu validator slashing turut menjadi risiko kepada pelabur crypto yang menggunakan cold wallet. Semasa anda melakukan staking, anda harus pastikan internet anda 100% dalam keadaan online kerana proses validating sedang berlaku untuk mengesahkan sesuatu block baru. Jika internet anda tiba-tiba terputus sambungan, maka anda akan dikenakan penalti. Sudahlah tak dapat reward, kena bayar penalti pula.

Bagi menyelesaikan masalah keempat dan kelima, anda disarankan untuk menggunakan platform third party yang kini boleh didapati banyak di pasaran. Antara rekomendasi saya adalah menggunakan platform huobi kerana ianya antara top 10 platform crypto yang terkemuka di dunia. Klik sini untuk daftar dan dapatkan discount caj setiap kali anda beli dan jual crypto

Daftar Akaun Huobi Bersama Iqbal

Yang terakhir adalah pembayaran reward selepas melakukan staking. Antara masalahnya adalah reward staking tersebut tak diterima secara real time dan memerlukan masa. Jadi, ini akan menyebabkan kerugian kepada anda jika anda ingin melakukan compounding. Jadi untuk menyelesaikan masalah ini, anda boleh pilih staking dengan locking period yang paling sekejap iaitu sehari. Kebiasaannya bayaran reward staking per hari adalah cepat dan anda boleh terus lakukan compounding selepas menerima reward.

Kesimpulan

Saya telah menerangkan crypto staking risiko yang akan anda hadapi semasa melakukan staking. Semua penyelesaian yang saya ceritakan merupakan cadangan sahaja. Anda boleh terima atau tidak menerima nasihat tersebut kerana

Rujukan : Coingecko, koinpro

Baca lagi : Cara membuat sistem trading saham

About Iqbal Aman

Assalamualaikum, saya Iqbal. Menjadi pelabur itu sukar. Jika ragu, sila pergi

View all posts by Iqbal Aman →