Cara Membuat Sistem Trading Saham

Bismillahirrahmanirrahim

Trading saham merupakan satu aktiviti mencari keuntungan berdasarkan kepada konsep buy low and sell high. Ianya sesuai digunakan bagi jangka masa pendek dan kebiasaannya risiko adalah sangat tinggi. Oleh itu, jika anda ingin melakukan aktiviti trading, anda harus mempunyai sebuah trading plan. Artikel kali ini akan menerangkan tentang cara membuat sistem trading saham

Komponen Sistem Trading Saham

Untuk membangunkan sebuah sistem trading saham, anda haruslah mempunyai semua elemen yang saya tunjukkan seperti dibawah. Dengan adanya semua elemen tersebut, maka sistem trading saham anda telah lengkap dan anda hanya perlu lakukan backtest sahaja untuk pengesahan.

  1. Konsep Sistem
  2. Timeframe
  3. Trend
  4. Zone
  5. Signal Entry
  6. Volume
  7. Pattern

Terdapat tujuh benda yang anda kena pastikan dalam cara membuat sistem trading saham yang sempurna. Kita bermula dengan konsep sistem dahulu. Hanya ada tiga sahaja konsep sistem dan pilih yang mana anda rasakan sesuai dengan diri anda sama ada Buy on Dip, Buy on Pullback dan yang terakhir Buy on Breakout. Konsep sistem harus match dengan karakteristik anda supaya dari segi emosi nanti anda boleh lebih aman dan tenang.

Kedua, anda harus pilih timeframe mana yang anda ingin gunakan untuk trading. Jika anda memang aim untuk full time, mungkin Medium timeframe ataupun Low timeframe menjadi pilihan anda. Namun, anda juga harus sedar semakin kecil timeframe trading maka semakin tinggi risiko disebabkan noise daripada pasaran. Anda juga harus menggunakan multiple timeframe at least dua, yang mana satu timeframe yang besar akan menjadi overall picture dan satu timeframe lagi untuk anda mencari entri.

Ketiga, anda harus memilih indikator yang menentukan trend arah sesuatu kaunter. Terdapat banyak indikator yang bersifat trend spotting seperti Bollinger Band, Moving Average dan Parabolic SAR. Pilih salah satu indikator dalam kumpulan trend spotting dan jadikan ianya indikator mencari trend dalam sistem trading anda. Contohnya ramai trader memilih Moving Average sebagai indikator trend.

Keempat, pilih indikator yang boleh marking zon entri anda. Zon-zon ini akan digunakan sebagai kawasan pemerhatian anda sebelum anda melakukan entri. Senang cerita zon tersebut bertindak seperti Support and Resistance. Ada banyak indikator yang anda boleh gunakan untuk dapatkan zon SnR ini seperti Gann SnR, Pivot Line ataupun Fibonacci Tool

Pivot sebagai zon

Kelima signal untuk entri. Yang paling mudah dan selalu orang pakai adalah Candlestick formation. Anda boleh pilih sama ada ingin menggunakan traditional candlestick ataupun candlestick heiken ashi. Ikut mana yang anda rasakan bersesuaian dengan anda. Contohnya, saya suka menggunakan heiken ashi disebabkan formasinya yang cukup simple iaitu cuma ada doji, bullish HA dan bearish HA sahaja. Jika saya gunakan candlestick biasa, terdapat berpuluh puluh formasi yang perlu saya faham dan hafal.

Penggunaan Heiken Ashi sebagai signal entri

Keenam adalah dengan melihat volume. Anda boleh tengok sama ada terdapat adanya volume sebagai pengesahan kemunculan signal entri itu berperatusan tinggi untuk valid adalah tinggi. Namun anda harus faham volume sangat terkait dengan konsep sistem yang anda pilih terlebih dahulu. Jika anda menggunakan konsep buy on breakout, volume selalunya besar dan tinggi, manakala jika anda menggunakan konsep buy on dip selalunya volume adalah rendah dan rata.

Terakhir adalah pattern. Pattern ini anda akan lihat paling akhir sekali selepas keenam enam perkara diatas anda telah lakukan. Pattern yang anda boleh lihat adalah sama ada chart pattern ataupun divergence pattern. Pattern merupakan antara early signal entry mempunyai kebarangkalian yang tinggi untuk naik. Antara pattern yang popular adalah

  1. Double bottom
  2. Triangle (Ascending, Descending, Symmetrical
  3. Box
  4. Regular Divergence.

Contoh Cara Membuat Sistem Trading Saham Yang Lengkap

  1. Konsep : Buy on Dip
  2. Timeframe : D1 (Overall Picture) H1 (Entri)
  3. Trend Indicator : Moving Average 30
  4. Zon : Fibonacci Retracement Tool
  5. Signal : Candlestick Heiken Ashi
  6. Volume : Volume with Average
  7. Pattern : Double Bottom

Kesimpulan

Sekiranya anda telah mempunyai sebuah sistem trading saham namun anda rasa macam ada yang tak mencukupi, anda boleh refer pada senarai semak diatas. Kebanyakan yang saya lihat ramai trader mempunyai sistem trading saham yang tidak lengkap. Antara yang sering ditinggalkan adalah volume dan juga pattern ataupun mempunyai terlalu banyak indikator dari elemen yang sama seperti memakai Moving Average dan Bollinger Band dalam masa yang sama.

Rujukan : Pengalaman Sendiri

Baca Lagi : Cara Staking Crypto

About Iqbal Aman

Assalamualaikum, saya Iqbal. Menjadi pelabur itu sukar. Jika ragu, sila pergi

View all posts by Iqbal Aman →