Bismillahirrahmanirrahim
Staking adalah salah satu cara bagaimana untuk buat duit dengan kripto. Ia merupakan satu janaan pendapatan pasif, yang mana anda cuma park sahaja duit anda di dalam broker, kemudian anda akan dibayar berdasarkan keuntungan yang dipersetujui. Konsepnya sama seperti fix deposit, jadi artikel kali ini saya akan terangkan cara staking crypto menggunakan broker huobi.
Cara Staking Crypto
Untuk melakukan staking tidak sesukar mana. Hanya perlu lakukan beberapa langkah dan anda pun telah berjaya melakukan crypto staking. Kali ini saya akan tunjukkan cara staking crypto menggunakan broker Huobi. Jika anda belum mempunyai akaun Huobi, daftar sekarang menggunakan link dibawah dan nikmati discount caj pembelian kripto.
Daftar Akaun Huobi Bersama Iqbal
Klik pada bahagian Finance dan Huobi Earn
Anda akan nampak fixed, flexible dan juga first timer. Untuk yang dah lama, anda disarankan untuk pilih flexible, sebab tempoh hold cuma sehari sahaja, berbanding dengan fixed yang mana ada tempoh yang anda perlu hold. Ada 7 hari, 14 hari atau 21 hari
Kelebihan pilih flexible adalah anda boleh berhenti daripada untuk lakukan staking, sekiranya anda tidak mahu, tetapi kekurangannya adalah flexible mempunyai kadar APY yang rendah berbanding fixed. Selepas itu anda boleh klik pada deposit. Tapi sebelum memilih coin yang anda ingin untuk staking, anda harus lihat beberapa perkara.
Dividen yang diterima anda boleh tentukan sama ada ingin masuk wallet ataupun auto compounding. Jika anda rasa nak simpan lebih lama, maka compounding adalah salah satu cara yang terbaik, Saya juga saranakn untuk anda gunakan compounding concept.
Pengesahan Coin Tersebut Sesuai Untuk Staking
Jadi, bagaimana untuk memilih Crypto yang baik untuk staking. Jawapannya adalah seperti berikut
- Mempunyai Annual Percentage Yearly (APY) yang cukup baik
- Mempunyai volume liquidity yang tinggi
- Jika ianya stablecoin adalah satu bonus
Kesemua maklumat boleh didapati dalam laman web coingecko. Bagi contoh diatas, kita ambil USDT coin sebagai kes study. APY USDT agak baik, mempunyai liqudity yang agak tinggi dan ianya tergolong dalam stable coin. Jadi, USDT sangat sesuai untuk anda jadikan sebagai staking coin.
Pengiraan APY
Ok, anda dapat lihat APY dan mesti anda confius bagaimana kiraannya bukan? Ianya mudah sahaja, katakan contoh seperti dibawah
- Coin : USD Theter
- APY : 5 %
- Period : 1 Day
Anda beli USDT dengan nilai USD 100 dan dapat USDT 100. Kemudian anda staking untuk satu hari, dengan APY 5%, jadi berapa yang anda dapat?
- (5/100)xUSDT 100 : USDT 5
- (1/365)xUSDT 5 : 0.0136 USDT
Oleh itu coin tambahan yang akan anda terima adalah sebanyak 0.0136 USDT. Lebih kurang 1 sen sehari.
Kesimpulan
Staking memang mudah. Namun, setiap cara buat duit tentu ada kelemahannya. Artikel ini hanya fokus untuk cara staking crypto dan pada artikel akan datang saya akan terangkan apakah kelemahan yang ada dalam crypto staking ini. Sekian terima kasih.
Inshaa ALLAH
Rujukan : Huobi, Coingecko
Baca lagi : Cara buat duit dengan cryptocurrency