Bismillahirrahmanirrahim
Cryptocurrency kini menjadi alternatif perdagangan yang paling hot disebabkan ianya boleh bermula dengan cash modal yang kecil berbanding dengan belian saham. Malah, cryptocurrency mempunyai cara yang lebih luas untuk bagaimana membuat duit dengannya secara pasif. Artikel kali ini akan membincangkan tentang cara buat duit dengan cryptocurrency secara umum.
4 Cara Buat Duit Dengan Cryptocurrency
Terdapat banyak cara yang anda boleh pilih untuk menjana pendapatan melalui cryptocurrency. Malah tanpa modal sekalipun, anda boleh dapatkan crypto dan boleh laburkan semula crypto tersebut. Senarai caranya adalah seperti dibawah :
- Affiliate broker Crypto
- Trading
- Crypto Stacking
- Crypto Mining
Ok, affiliate broker crypto merupakan cara yang memerlukan zero modal untuk buat duit dengan cryptocurrency. Anda hanya perlu daftar dengan mana-mana broker crypto yang boleh dipercayai, dan kebiasannya mereka menawarkan referral program. Referral program tersebut amat menarik kerana anda dibayar berdasarkan kos transaksi yang dilakukan oleh client-client anda.
Bayangkan anda mempunyai 10 orang yang mendaftar menggunakan link anda, dan setiap seorang mempunyai paling kurang 10 transaksi sebulan, jadi anda mempunyai 100 transaksi yang akan dibayar kepada anda. Kebiasaannya banyak broker yang menawarkan profit sharing sebanyak 30% paling tinggi pada setiap kos yang dicharge kepada trader.
Contohnya, broker Huobi memberikan 30% commission setiap transaksi. Caj transaksi adalah sekitar 0.2%. Oleh itu anda bakal mendapat 0.06% pada setiap transaksi klien. Berbalik pada contoh diatas, jika ada 100 transaksi, maka anda akan dapat sebanyak 6%. Katakan transaksi keseluruhan klien pada bulan tersebut adalah sebanyak USD 1,000, maka anda akan dapat sebanyak USD 60%
Kedua adalah melalui trading. Cara untuk buat duit dengan cryptocurrency trading adalah dengan membeli pada harga yang rendah, kemudian menjualnya pada harga yang tinggi. Cara ini agak sukar kerana ia akan menyebabkan anda kehilangan modal. Oleh itu, anda harus persiapkan diri dengan berbagai ilmu analisa fundamental dan teknikal sebelum membuat keputusan trading untuk membeli mana-mana coin.
Ketiga adalah crypto stacking. Kenapa anda peram sahaja crypto anda, jika anda boleh stack? Anda akan dibayar dengan coin crypto apabila anda setuju untuk stack kan crypto anda pada pasaran. Konsepnya cukup mudah, ianya seperti fix deposit di dalam bank. Anda simpan dalam bank selama sebulan dan tak boleh untuk keluarkannya dalam waktu tersebut. Kemudian bank akan bayar faedah kepada anda dengan jumlah yang lebih tinggi daripada simpanan biasa.

Jika fix deposit, anda tahu keuntungan yang anda perolehi adalah hasil daripada transaksi dagangan oleh bank dalam pasaran modal ataupun money market, bagaimana pula dengan crypto stacking? Bagaimana mereka mampu untuk membayar keuntungan kepada anda?Jawapannya adalah Proof of Stack. Di dalam blockchain, untuk dapatkan lebih banyak coin, mereka memerlukan validator untuk unlock lebih banyak crypto. Oleh itu, dengan mencagarkan coin anda untuk dijadikan sebagai validator, maka anda akan dibayar atas kesanggupan anda.
Contoh mudah, untuk unlock 10 coin, memerlukan 1 validator, maka validator tersebut telah berjaya unlock 10 coin tersebut untuk dimasukkan dalam pasaran. Daripada 10 coin tersebut, anda akan mendapat sedikit percentage keuntungan sebagai bayaran menjadikan coin anda sebagai validator.
Terakhir adalah crypto mining. Ianya cara tradisional untuk dapatkan coin dengan menggunakan cara mining. Jika anda perasan, tiba-tiba harga graphic card meningkat secara mendadak. Ini adalah disebabkan ramai orang membeli grafik card untuk menjalankan aktiviti mining. Aktiviti mining adalah salah satu cara memperolehi coin dengan menyelesaikan algorithma yang disediakan. Jika algorithma tersebut berjaya diselesaikan, maka miner akan mendapat coin tersebut sebagai imbalan.

Cara ini memerlukan modal yang amat besar kerana anda perlu bangunkan satu rak mining, perlukan bilik yang mempunyai pendingin hawa dan tentu sekali bekalan elektrik yang tinggi kerana anda ingin run selama 24 jam tanpa henti. Sebab itu kita lihat ada kes orang tarik kabel secara haram dari TNB untuk melakukan operasi crypto mining.
Kesimpulan
Cara buat duit dengan cryptocurrency cukup banyak. Jika anda tidak ada modal, anda boleh mulakan dengan affiliate. Jika anda ada kepakaran trading, anda boleh terus trade dengan Huobi. Plaftorm ini merupakan platform top 10 dunia dan mempunyai caj yang terendah yang ada dalam pasaran selain Binance. Daftar bersama Huobi bersama saya dan dapatkan keistimewaan dibawah :
- Guide secara online/offline bagaimana untuk buat duit dengan crypto stacking
- Discount caj trading yang diberikan oleh Huobi kepada anda.
Klik sini sekarang. : Daftar Akaun Huobi Bersama Iqbal
Jika anda ada masalah dalam proses pendaftaran, boleh hubungi saya untuk sesi bantuan.
Rujukan : Huobi Official, Binansal
Baca Lagi : Cara Memilih Unit Trust