Ini Cara Memilih Unit Trust Paling Senang

Bismillahirrahmanirrahim

Unit trust merupakan satu produk pelaburan yang menghimpunkan modal daripada orang ramai kemudian menggunakan wang tersebut untuk dilaburkan dalam pasaran saham, pasaran modal ataupun komodiit. Namun tahukah anda terdapat lebih kurang 700 lebih unit trust dalam pasaran Malaysia dan ianya sah. Artikel kali ini akan bantu anda cara memilih unit trust paling sempoi lagak seperti fund manager.

Perkara Penting Sebelum Memilih Unit Trust Yang Berpotensi

Sebelum kita pergi melakukan analisis cara memilih unit trust, ada beberapa perkara yang perlu kita perhatikan iaitu :

  1. Charge
  2. Status Syariah
  3. Keabsahan

Seperti dalam post yang sebelum ini, saya ada terangkan berkenaan dengan caj yang dikenakan semasa membeli sesuatu unit trust. Antaranya adalah Sales Charge, Redeem Charge, Annual Charge, Trustee Charge. Jadi, sebelum kita mengembangkan duit dengan unit trust, adalah satu keputusan yang bijak jika kita dapat kurangkan kos pembelian.

Seterusnya adalah status syariah. Tidak semua fund mempunyai status syariah. Oleh itu, sebagai umat islam adalah wajib untuk mencari fund yang tidak melanggar hukum hakam Islam. Fund tersebut dikira non compliance sekiranya membeli apa-apa saham yang melibatkan unsur seperti perjudian dan riba.

Yang terakhir adalah keabsahan. Adakah fund tersebut mempunyai kebenaran berlesen daripada Suruhanjaya Sekuriti untuk beroperasi. Jangan risau, dengan menggunakan lamanweb FSMone, semua fund yang dipaparkan adalah sah dan berlesen.

Cara Memilih Unit Trust Yang Berpotensi

Umumnya, ramai yang akan memberi cadangan untuk membeli unit trust yang mempunyai prestasi yang baik serta menunjukkan pulangan yang tinggi. Tapi, kita cuba untuk tweak sikit supaya kita dapat membeli unit trust yang mempunyai potensi untuk berkembang sebelum diberikan rating 5 star oleh laman web morning star ataupun Lipper Leader

Dibawah merupakan beberapa faktor yang perlu diambil kira untuk memilih sesuatu unit trust

  1. Risk Appetite
  2. Fund Size
  3. Track Record dalam 3 tahun
  4. Sharpe Ratio

Risk Appetite bermaksud berapa banyak risiko yang anda sanggup terima untuk mendapatkan keuntungan yang tinggi. Untuk makluman, unit trust sendiri mempunyai risiko yang sederhana disebabkan faktor diversifikasi yang telah sedia ada di dalam portfolio fund tersebut. Kemudian risiko yang sederhana itu pula dipecahkan kepada tiga iaitu Conservative (Low), Moderate (Medium) dan Aggresive (High)

Secara peribadi, bagi mereka yang inginkan keuntungan yang tinggi, saya sarankan untuk mengambil unit trust yang Aggresive. Unit trust yang aggersive bermaksud ianya diuruskan secara aktif oleh fund manager untuk memberikan pulangan yang tinggi kepada para klien mereka. Lihat gambar dibawah bagaimana anda boleh filter unit trust yang bersifat aggresive.

Layari link ini Helping Investors Around the World Invest Globally & Profitably | FSMOne

Klik pada More Filter
Kebiasaannya saya akan tick dari 5 sampai 10

Seterusnya antara cara memilih unit trust adalah lihat pada Fund Size mereka. Antara saranan am adalah fund saiz yang terbaik adalah melebihi RM 50 juta. Amaun ini dilihat agak logik dan mudah untuk fund manager untuk melakukan averaging terhadap portfolio sekiranya kebanyakan harga saham pegangan mereka jatuh. Jika mereka mempunyai fund yang sedikit, ia akan menyukarkan fund manager untuk melakukan averaging.

Klik pada mana-mana fund yang disenaraikan
Boleh tengok fund size. Jika lebih dari RM 50 Juta is okay

Kemudian kita tengok track record yang melebihi dari 3 tahun. Kenapa tiga tahun? Sebab dalam tempoh tersebut yang menentukan bahawa fund tersebut perform ataupun tidak. Kita takut jika kita memilih fund yang baru diterbitkan, ia tak mampu untuk menunjukkan prestasi yang sebenar. Malah lebih malang jika fund tersebut gagal untuk perform dengan baik. Berdasarkan gambar sebelum ini, anda dapat lihat yang mana fund yang mempunyai data 3 tahun dan 5 tahun ke atas menunjukkan berapa lama portfolio tersebut telah berada dalam pasaran.

Faktor terakhir cara memilih unit trust yang baik adalah sharpe ratio. Sharpe ratio ini digunakan untuk melihat performance sesuatu portfolio. Bacaan Sharpe ratio yang baik adalah 1.0 dan keatas dan jika bacaan sehingga 3.0 ia menunjukkan portfolio tersebut sangat baik. JIka berada dibawah bacaan 1.0 kita bimbang portfolio tersebut merugikan.

Bagaimana nak memahami Sharpe Ratio? Kita tahu unit trust mempunyai set saham atau kelas yang mereka beli secara lambak. Contohnya UT A ada 10 saham. 10 saham ini tidak akan kekal, ia mungkin akan berubah ubah. Oleh itu, kita perubahan milikan saham atau kita panggil sebagai rebalancing terjadi, Sharpe Ratio juga turut berubah. Jika rebalancing terjadi dan Sharpe Ratio jatuh, maka ia menunjukkan pilihan saham tersebut kurang baik.

Contoh sharpe Ratio oleh AIA PAM yang mana dibawah 1.0

Kesimpulan

Secara amnya, saya telah menerangkan cara memilih unit trust dengan kaedah yang paling mudah. Untuk dapatkan semua maklumat diatas, boleh layari website FSMONE dan semua yang anda perlukan ada di dalamnya. Jika anda seorang pelabur saham, ia bertindak seperti Screener.

Cara diatas merupakan cara memilih unit trust yang dipraktiskan oleh syarikat Philip Capital Management. Jika anda rasa tidak yakin, anda boleh menggunakan khidmat private mandate dari PCM untuk mereka uruskan duit anda dan memilihkan unit trust yang terbaik untuk anda. Hubungi saya Iqbal di 018-941 8731 untuk saya bantu anda melakukan pelaburan pertama anda.

Alhamdulillah

Rujukan : FSMONE

Baca lagi : Cara Memulakan Pelaburan Tanpa Modal

About Iqbal Aman

Assalamualaikum, saya Iqbal. Menjadi pelabur itu sukar. Jika ragu, sila pergi

View all posts by Iqbal Aman →