Teknik 52 Week High

Bismillahirrahmanirrahiim

Teknik 52 Week High ni tak asing lagi dalam kalangan trader saham. Benda biasa je ni. Tapi apabila kena pada tempo nya, memang makan steak Wagyu kenduri. Sekali dia terbang pergh berdesup tinggal asap kat orang bawah. Tapi tak semua setup breakout 52 week highs ni menjadi. Ada yang dah beli lepas tu price jatuh sampai kita pun rasa gayat macam dekat kondo tingkat 50.

Apa itu Teknik 52 Week High

Kepada yang tidak tahu ataupun baru mengenali dunia pelaburan saham, teknik 52 week high adalah sebuah teknik breakout. Ianya adalah satu situasi yang mana harga berjaya menembusi harga tertinggi saham tersebut bagi tempoh setahun. Jadi 52 weeks itu bersamaan dengan setahun. Kalau kita lihat chart dan tukar kepada candlestick chart, kita akan nampak 52 batang candles Weekly yang mewakili setahun.

Bagaimana teknik ini diaplikasikan. Pertama sekali mereka akan marking durasi masa untuk setahun, Contoh tahun 2021. Selepas itu, mereka akan ambil harga yang paling tinggi sepanjang tahun 2021 kemudian mereka akan tandakan menggunakan garisan horizontal sebagai panduan. Seterusnya, mereka cuma perlu tunggu sahaja price untuk break line tersebut sebelum trigger apa-apa entry.

Apa Masalah Dengan Teknik 52 Week High

Masalah paling common dalam teknik ini adalah FAKEOUT. Ia bermaksud apabila price dah break line 52 week high, price berpatah balik dan turun lebih jauh membuatkan kadar floating menjadi terlampau tinggi. Malah, bila gunakan teknik ini, agak sukar kita nak agak dimanakah untuk meletakkan Stoploss yang terbaik disebabkan rata-rata harga yang break 52 week high ini akan membentuk satu candlestick marubozu yang panjang.

Jika kita silap letak SL, berkemungkinan kita akan terkena line Stoploss kemudian price terus meroket dan meninggalkan kita yang terpinga-pinga dan masih tidak percaya apa yang sedang berlaku. Ada juga style yang mana trader terus meletakkan Buy Stop Order di atas kawasan 52 week high dengan harapan boleh ride momentum seawal mungkin. Cara ini lebih bahaya kerana tiadanya confirmation dalam pasaran untuk menguatkan sebab mengapa boleh masuk entri. Malah cara tersebut boleh terdedah dengan spike harga yang membuatkan ianya berakhir dengan floating.

Tips Untuk Meminimakan Risiko Floating

Ada banyak cara sebenarnya, tapi aku ringkaskan dalam bentuk point supaya korang senang faham. Bagi yang newbies, kena work hard sikit nak faham sebab aku malas lak nak SS banyak banyak. Lol

  1. Guna kriteria breakout untuk justify candle yang break tu power. Rule dia adalah High Volume dan juga 2/3 body berjaya break
  2. Pastikan 52 week high tu adalah All Time High. Bermaksud dalam sejarah dia disenaraikan, 52 weeks tu lah yang paling tinggi. Ini menunjukkan harga diatas dia selepas itu tiada lagi resistance dan membuatkan harga senang untuk fly.
  3. Watchout dengan Big Round Number. Walaupun tiada Resistance, basically human psikologi akan take Big Round Number sebagai kawasan Resistance. Contoh singgit 1.10, 1.20, 1.30
  4. Guna Higher Time Frame seperti Daily dan Weekly.
  5. Jika takut untuk trade breakout, trade guna pullback, once pullback, baru reentry based on reversal
  6. Pastikan ada base sebelum break. Bila ada base baru tahu mana nak letak Stoploss

Tips-tips diatas ni korang boleh ambil salah satu atau boleh guna semua sekali. Tak ada masalah yang penting ia serasi dengan teknik korang sendiri.

Kesimpulan

Aku dah terangkan kepada korang apa itu teknik 52 week high dan cara macamana nak merendahkan risiko terkena fakeout masa guna teknik ini. Kalau korang penggemar teknik breakout, inilah cara yang paling super simple yang aku rasa boleh guna. Kau tak payah tengok market structure, kau tak payah pening nak pilih kriteria kaunter tu macamana, just set 52 weeks high dan here you go.

Sumber : Internet dan Pengalaman

Baca lagi : Apa itu Saham Warrant

About Iqbal Aman

Assalamualaikum, saya Iqbal. Menjadi pelabur itu sukar. Jika ragu, sila pergi

View all posts by Iqbal Aman →