Bismillahirrahmanirrahim
Di dalam pasaran terdapat tiga sahaja market structure iaitu uptrend, downtrend dan juga sideway. Ramai yang tahu teori untuk mencari atau mengesan sideway dalam trading adalah apabila harga bergerak dalam satu range tertentu hingga membentuk Support dan Resistance. Artikel kali ini saya akan kongsi cara untuk kita kesan sideway dalam trading menggunakan indikator atau lukisan.
Apa itu Sideways Dalam Trading
Sideways merupakan satu pergerakan yang terikat di dalam satu jarak harga. Contohnya saham ABC naik dan turun pada paras RM 1.00 sehingga 0.90 selama sebulan. Jadi, tempoh tersebut dipanggil sebagai sideways. Selain itu, Sideways membentuk Mini Trend yang berlaku di dalam range tersebut. Sekiranya tiada mini trend berlaku, ia dipanggil sebagai flat-ranging.
Keburukan Sideways Dalam Trading
Walaupun ramai yang beranggapan, sideways mampu memberikan poin yang jelas dimana untuk buy dan sell kerana pembentukan SnR yang cukup obvious, namun ia sangat merbahaya bagi trend following trader, iaitu trader yang mengikut arah pergerakan trend. Bayangkan, didalam sideway itu sendiri ada trend, jadi mereka akan sentiasa terperangkap sama ada nak buy atau nak sell kerana harga akan sering break indikator yang bersifat trend spotting ataupun line trendline yang mereka lukis.
Cara Mengesan Sideways Dalam Trading
Sebenarnya, ada banyak cara untuk mengesan sideways dalam trading. Sama ada anda ingin melukis ataupun menggunakan Indikator. Antara cara dibawah adalah seperti berikut.
- Jika anda melukis, pastikan anda kenalpasti High dan Low kemudian tandakan menggunakan garisan Horizontal. Selagi price tidak berjaya break salah satu SnR, ia bermaksud harga sedang berada dalam kedudukan sideways.
- Jika anda menggunakan RSI, anda boleh tengok pergerakan naik turun yang panjang berlaku dalam range sekitar bacaan 50.
- Jika anda menggunakan Average Directional Index (ADX) anda boleh tahu trend dalam keadaan sideways apabila bacaan dibawah ADX dibawah 25.
- Jika anda menggunakan Moving Average, sekiranya harga kerap break keatas dan kebawah secara kerap, anda boleh tahu harga sedang dalam keadaan Sideway.
Jadi, bagi mereka yang gunakan konsep trend following ataupun trend is your friend, anda harus tunggu sehingga price melakukan breakout dari kawasan tersebut sebelum trigger apa-apa order sama ada buy mahupun Sell.
Kesimpulan
Mahu tidak mahu, anda harus menghadap jua pergerakan sideways ini. Jika anda seorang trend following trader, maka anda wajib untuk tahu bagaimana untuk tentukan sideways dalam trading. Apabila anda sudah yakin price dalam keadaan sideways, jadi anda boleh ambil langkah untuk tidak mengambil apa apa keputusan trade sehingga breakout terjadi. Sekian terima kasih. Alhamdulillah.
Servis
- Buka akaun pelaburan Private Mandate
- Ebuku Short Swing Pedagangjawa
Sumber : Pengalaman dan Bacaan Di Internet
Baca lagi : Broker Terbaik Untuk Saham Global