Penggunaan Indikator MACD Dalam Saham

Bismillahirrahmanirrahim

Indikator mempunyai boleh dibahagikan kepada beberapa pengelasan iaitu Trend, Oscillator dan juga volume. Namun, ada juga indikator yang bersifat hybrid, iaitu menggabungkan antara tiga pengelasan ini seperti Ichimoku dan juga MACD. Artikel ini akan menjawab persoalan penggunaan indikator MACD dalam saham.

Apa itu MACD?

MACD bermaksud Moving Average Convergence Divergence. Ia merupakan sebuah indikator hybrid yang boleh digunakan untuk mengesan trend pasaran serta momentum pasaran. Jadi, MACD merupakan gabungan antara trend indicator dan juga Oscillator Indicator. MACD boleh bantu anda untuk mendapatkan maklumat berkenaan dengan trend semasa dan juga momentum sesuatu kaunter. Malah anda boleh mengesan divergence dengan menggunakan MACD memandangkan ianya salah satu daripada Oscillator Indikator.

Komponen Di Dalam Indicator MACD

Sebelum tahu penggunaan indikator MACD, anda harus tahu terlebih dahulu komponen-komponen yang ada di dalam indikator tersebut. Dibawah merupakan komponen yang ada beserta fungsi setiap komponen tersebut.

  1. MACD Line : Digunakan untuk mencari Signal Entri melalui Crossover
  2. Signal Line : Digunakan untuk mencari Signal Entri melalui crossover dengan MACD Line
  3. MACD Histogram : Digunakan untuk mencari trend sesuatu kaunter
  4. 0 Line : Sebagai satu panduan bacaan untuk menentukan kaunter sedang menaik atau menurun.
Image: MACD 1
Kredit : Fidelity.com

Bagaimana Penggunaan Indikator MACD Dalam Trading Saham

Memandangkan ianya merupakan indikator hybrid, maka banyak perkara dan maklumat yang boleh anda perolehi melalui satu indikator ini sahaja.

  1. Untuk mencari trend pasaran, anda boleh gunakan 0 Line dan MACD Histogram untuk ketahui apakah trend semasa sesuatu kaunter. Jika Histogram berada dibawah 0 Line, ia bermakna kaunter dalam keadaan downtrend, manakala jika berada diatas 0 line ia bermaksud kaunter dalam keadaan Uptrend
  2. Untuk mendapatkan signal untuk entri, anda boleh melihat kepada persilangan yang berlaku antara MACD Line dan juga Signal Line. Sekiranya terjadi Cross Up, ia adalah petanda signal Buy, manakala jika Cross Down terjadi, ia adalah petanda signal Sell.
  3. Anda juga boleh mencari petunjuk Divergence hanya berdasarkan Crossover yang terjadi antara MACD Line dan juga Signal Line. Hanya bandingkan antara dua Crossover dan juga dua titik harga ketika cross over berlaku boleh membantu anda untuk mendapatkan petunjuk divergence.

Strategi Penggunaan Indikator MACD Dalam Saham

Memandangkan MACD telah banyak memberikan maklumat tentang keadaan sesuatu kaunter apa yang anda harus lakukan adalah seperti ini.

  1. Tentukan dahulu trend sesuatu pasaran melalui kedudukan Histogram pada 0 Line. Jika Histogram berada diatas level 0 Line, barulah mula untuk mencari entri untuk Buy
  2. Setelah mengetahui trend, cari pula Cross Up antara MACD dan Signal LIne
  3. Untuk meletakkan SL, boleh gunakan candlestick formation yang berlaku ketika crossover berlaku. Selalunya, candlestick formation yang berlaku adalah Marubozu dan juga Bullish Engulfing. Maka anda boleh letakkan SL dibawah Low Candlestick
  4. Untuk TP boleh gunakan Risk and Reward ataupun apabila terjadi Cross Down antara MACD dan Signal Line.

Komen Penggunaan Indikator MACD

Walaupun ianya merupakan indikator Hybrid, secara personal saya tidak menggunakannya kerana signal entri beserta signal perubahan trend berlaku hampir serentak. Oleh itu, agak sukar untuk saya ketahui bilakah waktu sesuai untuk melakukan entri. Dalam erti kata lain, persilangan antara MACD Line dan Signal Line akan redundant dengan persilangan antara Histogram dan 0 Line.

Kesimpulan

Saya telah terangkan kepada anda semua tentang penggunaan indikator MACD baik dari segi komponen indikator itu sendiri, fungsi setiap komponen serta cara bagaimana untuk menggunakan indikator MACD. Diharap artikel ini dapat memberikan nilai tambah kepada anda bagaiamana untuk menggunakannya dengan lebih efisien. Sekian terima kasih. Alhamdulillah

Sumber : fidelity dot com, Investopedia

Baca Lagi : Cara Mengesan Sideway Dalam Trading

About Iqbal Aman

Assalamualaikum, saya Iqbal. Menjadi pelabur itu sukar. Jika ragu, sila pergi

View all posts by Iqbal Aman →