Apa itu Defi dan Cefi Dalam Crypto

Bismillahirrahmanirrahim

Dunia kripto menjadi hangat apabila ramai yang berjaya gain beribu-ribu percent hanya membeli dari coin dari ICO dan banyak juga yang menjadi jutawan segera. Tak perlu untuk tahu analisa teknikal yang teruk teruk, hanya melakukan strategi Buy and Hold, cukup untuk membuat mereka kaya raya. Post kali ini saya akan ceritakan apa itu Defi dan Cefi dalam dunia kripto.

Apa itu Defi

Defi merujuk kepada Decentralized Finance, bermaksud satu sistem kewangan yang berasaskan kepada blockchain tidak terikat dengan mana-mana orang tengah atau perantara. Ia hanya menggunakan blockchain melalui smart contract dan kod kontrak tersebut tidak boleh diubah oleh mana-mana pihak. Kata kuncinya adalah tiada orang tengah. Bagi mereka yang biasa dengan terma-terma digital, agak mudah untuk mereka memahami cara menggunakan Defi

Apa itu Cefi

Cefi pula merujuk kepada Centralized Finance yang mana terdapat orang tengah yang menguruskan jual beli coin atau token anda. Untuk lebih anda faham, Cefi menggunakan khidmat broker seperti Huobi, Kucoin dan juga Coinbase. Setiap transaksi yang anda lakukan akan dikenakan fee perkhidmatan bergantung kepada broker yang anda gunakan. Kebiasannya anda akan dikenakan sebanyak 2% caj apabila membeli token secara terus dengan broker namun hanya 0.2% sahaja apabila membelinya di dalam Spot Exchange.

Decentralised Finance (DeFi) in practice — when you have a spare ETH to  play with – Attack of the 50 Foot Blockchain
Sumber David Gerard. Rajah menunjukkan perbezaan Ekosistem antara Defi dan Cefi

Perbezaan Antara Kedua-duanya Defi dan Cefi

Selain mengetahui maksud apa itu Defi dan Cefi, anda juga harus tahu apakah perbezaan diantara kedua jenis konsep ini dan barulah anda ambil keputusan sama ada ingin menggunakan Defi ataupun Cefi untuk membeli token atau coin.

Kelebihan menggunakan Defi adalah anda tidak perlu menyerahkan data peribadi anda kepada pihak ketiga. Mengapa? Sekiranya data peribadi anda bocor, maka anda mempunyai kemungkinan untuk di hack oleh para hacker diluar. Kedua, anda mempunyai kawalan penuh terhadap coin atau token anda. Apa yang penting adalah smart contract yang direka untuk melakukan apa-apa transaksi. Ketiga disebabkan tiada orang tengah, kebiasaannya fee untuk melakukan transaksi adalah lebih rendah berbanding menggunakan Cefi.

Namun antara kekurangan Defi adalah anda agak sukar untuk melakukan crypto trading kerana protokol smart contract yang rumit. Malah jika anda bukanlah seorang yang jenis IT savvy, anda mungkin akan mengalami masalah teknikal seperti tersalah menghantar coin anda kepada address yang berbeza membuatkan coin anda akan terus burn di dalam blockchain ataupun tidak akan diserahkan terus oleh orang yang menerimanya.

Defi & Cefi: What's the Difference & how to approach them as a trader? -  CLEO.one Blog
Sumber CLEO One

Kelebihan Cefi pula adalah segalanya mempunyai peraturan yang telah ditetapkan oleh sesebuah pihak. Jadi, semua client yang berada di dalam exchanger tersebut akan patuh kepada peraturan tersebut menyebabkan ekosistem pasaran kripto menjadi lebih selamat kerana ada orang yang mengelola semua transaksi belian dan jualan. Malah antara kelebihan yang agak besar dalam Cefi adalah mudah untuk anda melakukan kripto trading. Anda boleh sahaja terus convert coin anda kepada wang fiat ataupun sebaliknya dengan hanya satu klik.

Kekurangan Cefi pula adalah anda terpaksa menyerahkan data peribadi anda kepada mereka bagi tujuan KYC (Know Your Customer). Oleh itu, data anda mungkin ada kebarangkalian untuk digodam oleh pihak yang bertanggungjawab. Selain itu, terdapat banyak caj yang dikenakan kepada para client demi untuk menyelenggara ekosistem pasaran di dalam exchanger itu sendiri.

Kesimpulan

Secara amnya, saya telah menerangkan apa itu defi dan cefi. Saya sendiri menggunakan Huobi iaitu Exchanger yang menggunakan konsep Centralized Finance kerana saya ingin melakukan spot trading dengan pasaran kripto. Oleh itu, tepuk dada tanya selera, apakah yang anda ingin lakukan dalam dunia kripto sama ada beli dan simpan, trading, stacking, atau farming.

Sumber : pluangdotcom, cryptoitunes

Baca Lagi : Penggunaan Indikator MACD Dalam Saham

About Iqbal Aman

Assalamualaikum, saya Iqbal. Menjadi pelabur itu sukar. Jika ragu, sila pergi

View all posts by Iqbal Aman →