Apa itu Stable Coin Dalam Dunia Crypto

Bismillahirrahmanirrahim

Hingga ke hari ini, terdapat sehingga 10,000 coin yang boleh dijual beli dalam dunia kripto. Namun, tahukah anda, daripada jumlah tersebut, ianya boleh dikategorikan kepada beberapa jenis iaitu stable coin, alternate coin, dan meme coin. Artikel ini akan menjawab persoalan berkenaan dengan apa itu stable coin, mengapa ia diwujudkan serta kepentingannya di dalam ekosistem kripto trading.

Apa itu Stable Coin

Stable coin merupakan coin yang mempunyai pergerakan harga yang stabil, berbeza dengan coin-coin lain yang mempunyai harga yang terlampau rancak atau volatile. Dengan adanya stablecoin, ia akan memberikan kemudahan kepada trader kripto tentang benchmark harga yang mereka boleh beli dan jual kerana pergerakan harga stablecoin yang mudah dijangka.

Bagaimana Sesuatu Coin Dikatakan Stable?

Sesebuah coin boleh dikatakan sebagai stable apabila ia disandarkan kepada sesuatu aset yang berharga. Contohnya adalah USD Tether (USDT). Dengan menggunakan ratio 1:1 antara USDT dan juga wang USD, maka orang ramai akan melihat USDT sebagai wang fiat USD dan urusniaga mudah untuk dilaksanakan kerana wang fiat diterima secara global. Secara tidak langsung, USDT juga diterima secara global kerana coin tersebut disandarkan secara terus kepada matawang USD. Antara contoh sandaran aset lain adalah komoditi seperti Emas dan Perak.

Berikut merupakan faktor utama yang menyumbang kepada kestabilan sesuatu stablecoin

  1. Sandaran matawang
  2. Sandaran kepada Kripto
  3. Sandaran Algoritma Hak Milik
  4. Sandaran Matawang Digital Bank Pusat
  5. Sandaran kepada Komoditi
Learning the basics of Stablecoins | by Sean | Decentralize.Today | Medium
Contoh stablecoin berdasarkan kepada sandaran faktor yang menyokong kestabilan harga coin tersebut

Mengapa Stable Coin Penting Dalam Jual Beli Kripto

Selain mengetahui apa itu stablecoin, anda juga tahu kenapa perlunya stable coin dalam dunia kripto ini. Bayangkan anda gunakan bitcoin sebagai benchmark yang mana anda tahu bitcoin mempunyai pergerakan harga yang cukup volatile. Jika anda memiliki 1 BTC pada hari ini, boleh jadi harganya boleh melambung menggila ataupun menjunam jauh dari harga yang anda beli. Disebabkan ketidaktentuan inilah menyebabkan para pelabur agak takut untuk membeli sesuatu coin menggunakan BTC.

Maka muncullah istilah Stablecoin yang mana ia disandarkan secara terus kepada wang fiat. Ia diibaratkan sebagai alternatif matawang dalam dunia kripto. Oleh kerana harga stablecoin berteraskan kepada harga currency exchange sebenar, maka pergerakan harganya lebih stabil, jika naik tidak terlampau mendadak jika menurun tidak juga mendadak. Oleh sebab itu, ia menjadi ramai pilihan pelabur untuk menggunakan stablecoin bagi tujuan membeli coin-coin lain yang berpotensi. Contoh-contoh Stablecoin adalah seperti berikut

  1. USDT
  2. True USD (TUSD)
  3. Dai (DAI)
  4. USD Coin (USDC)
  5. Digix Gold Token (DGX)
  6. Terra USD (UST)
  7. Binance USD (BUSD)
Bitcoin Defi: Smart Contract Platform RSK Integrates ETH-Based Stablecoin  DAI – Technology Bitcoin News
DAI antara stablecoin yang wujud dalam pasaran kripto

Kesimpulan

Berdasarkan artikel diatas, saya telah terangkan apa itu stablecoin serta kepentingannya dalam dunia kripto. Keywordnya adalah kestabilan harga coin itu sendiri. Ramai yang menggunakan stablecoin sebagai alternatif staking yang mana mereka mendapat keuntungan berdasarkan aktiviti staking dalam sesuatu broker.

Sumber : Learncrypto dot com

Baca Lagi : Apa itu Defi dan Cefi

About Iqbal Aman

Assalamualaikum, saya Iqbal. Menjadi pelabur itu sukar. Jika ragu, sila pergi

View all posts by Iqbal Aman →