Teknik Cup and Handle Dalam Trading

Bismillahirrahmanirrahim

Di dalam chart pattern terdapat dua jenis iaitu continuation, dan reversal. Jika anda seorang yang sukakan continuation pattern, teknik cup and handle merupakan salah satu pattern yang mungkin anda perlu consider untuk pelajari dan kuasainya. Jadi artikel kali ini saya akan bahaskan tentang teknik cup and handle, karakteristik pattern ini serta cara bagaimana untuk mendapatkan entry serta target price.

Apa itu Cup and Handle Pattern

Ia merupakan salah satu jenis chart pattern yang bersifat continuation. Apabila muncul pattern ini, maka trend semasa akan meneruskan momentumnya. Jika kaunter sedang uptrend, maka price akan terus naik, berbeza dengan kaunter yang sedang downtrend, price akan terus menurun apabila munculnya pattern ini.

Kenapa ia disebut cup and handle? Ia kerana bentuk chart pattern ini seperti sebuah cawan yang bertangkai. Apabila dilukis, maka anda akan dapat melihat sebuah cawan sama ada terbalik ataupun dalam keadaan yang sebenar. Dibawah adalah contoh bentuk cup and handle yang telah dilukis bagi membantu visualisasi anda.

Cup and Handle Chart Pattern: How To Use It in Crypto Trading - Bybit Learn
Sumber bybit learn

Karakteristik Cup and Handle Pattern

Jadi, untuk mengabsahkan adakah sesuatu pattern itu boleh dipanggil sebagai Cup and handle, terdapat beberapa ciri atau karakteristik yang perlu diambil perhatian.

  1. Base : Ia adalah satu tindakan harga yang sedang retrace daripada trend semasa. Jika price sedang uptrend, maka downtrend retracement akan membentuk base. Base ini juga akan dirujuk sebagai Cup
  2. Handle : Untuk mendapatkan bahagian handle, biasanya price akan retest kawasan Swing High terkini untuk melengkapkan Cup yang sedia ada. Kemudian price akan melakukan pullback sedikit. Pullback tersebutlah yang akan dinamakan sebagai handle.

Jadi secara amnya untuk mencari Cup and Handle, pastikan price retrace terlebih dahulu, kemudian naik semula dan retest Swing High. Seterusnya tunggu price melakukan pullback, barulah anda boleh membuat perkiraan untuk melakukan entri. Ketika handle ingin terbentuk, anda akan menjumpai continuation pattern yang lain seperti rectangle ataupun descending triangle.

Teknik Cup and Handle

  1. Saya andaikan tuan telah menjumpai bahagian Cup
  2. Apabila Cup telah complete, pastikan price sedang membuat retracement
  3. Kemudian, tunggu sehingga price break kawasan Swing High yang membentuk Cup.
  4. Untuk target price, boleh ambil range dari bottom cup sehingga swing Hi dan jadikan sebagai panduan untuk TP
  5. Untuk SL, boleh letak pada Swing Low terdekat

Teknik ini tidaklah seratus peratus tepat, tapi boleh digunakan sebagai idea untuk anda dapatkan entri, TP dan SL. Jika cara ini serasi dengan anda, maka boleh gunakannya dalam sistem trading masing masing. Antara cara untuk anda melakukan entri selepas breakout adalah dengan menggunakan candlestick pattern. Candlestick pattern yang paling sesuai untuk dijadikan signal entri selepas breakout adalah Bullish Engulfing bagi pendapat saya. Bullish engulfing terdiri daripada satu candlestick kecil diikuti dengan candlestick bullish yang menelan candle kecil. Nak lagi cantik, pembentukan bullish engulfing disusuli dengan volume yang dominan.

Kesimpulan

Teknik cup and handle bagi saya adalah satu gabungan antara retracement and projection wave dan akhirnya membentuk pattern ini. Teknik ini bagi saya bagus bagi mereka yang takut bila harga dah naik melambung. Jadi, boleh gunakan pattern ini untuk confirmkan adakah price boleh naik lebih tinggi. Alhamdulillah, terima kasih ALLAH.

Sumber : Google

Baca Lagi : Apa itu Stablecoin

About Iqbal Aman

Assalamualaikum, saya Iqbal. Menjadi pelabur itu sukar. Jika ragu, sila pergi

View all posts by Iqbal Aman →