Fungsi Volume Dalam Saham Untuk Trader

Bismillahirrahmanirrahim

Volume antara indikator serta elemen yang penting dalam merangka sebuah sistem trading. Dengan adanya volume, ia melengkapkan lagi cerita perjalanan sesebuah harga itu bergerak. Artikel kali ini akan menerangkan apa itu volume, fungsi volume dalam saham serta cara bagaimana untuk membaca volume dalam pasaran saham untuk kegunaan trading.

Maksud Volume Dalam Pasaran Saham

Volume bermaksud aktiviti transaksi yang berlaku ketika pasaran sedang aktif dan rancak. Transaksi tersebut mencakupi aktiviti buy dan sell. Apabila terjadinya sama ada buy dan sell, maka ia akan menyumbang kepada jumlah volume yang berlaku pada hari tersebut. Terdapat dua jenis volume iaitu Buy Volume dan Sell Volume

Buy Volume merujuk kepada transaksi yang berlaku pada harga bid. Contohnya, trader A meletakkan Pending Order Buy pada harga RM 1.00, jika ada seller bersetuju untuk jual saham mereka pada harga RM 1.00, maka transaksi itu akan direkodkan dalam Buy Volume. Berbeza dengan Sell Volume, jika trader A meletakkan pending order Sell pada harga RM 2.00 dan terdapat buyer yang setuju degan harga tersebut, maka transaksi volume akan di log dalam Sell Volume.

Fungsi Volume dalam Saham

Volume berfungsi untuk memberitahu berapa banyakkah transaksi yang berlaku pada hari tersebut. Kebanyakan trader akan cuba mencari saham yang mempunyai volume yang tinggi kerana volume yang tinggi akan menyumbang kepada kerancakan harga yang bakal bergerak. Kenapa? kerana ia menunjukkan ramai buyer dan seller yang berminat untuk membeli dan menjual dalam kaunter tersebut.

Seandainya volume dalam sesuatu kaunter tersebut telampau rendah, ia menyebabkan trader agak sukar untuk melakukan aktiviti jual beli kerana kurangnya pemain baik dari segi buyer atau seller dalam kaunter tersebut. Sebab itu, anda akan sering terjumpa Quote Price tak boleh match sebab tiada buyer atau seller yang boleh fill in order yang telah anda Que.

Jadi, anda dinasihatkan untuk mencari kaunter yang mempunyai volume average sekitara 1 juta keatas. Ia hanyalah cadangan, bukan satu hard rules yang perlu diikut berdasarkan kepada pengalaman pengalaman trader yang telah melalui masalah quote tak match ini. Anda boleh gunakan filter screener volume dan set kan 1 juta keatas menggunakan screener Tradingview.

Cara Membaca Volume Untuk Kegunaan Trading.

Terdapat banyak cara untuk membaca volume dan anda boleh gunakan maklumat tersebut dalam aktiviti trading anda. Ingat, volume adalah antara elemen utama yang perlu anda pertimbangkan dalam membentuk sesebuah sistem trading.

  1. Berdasarkan breakout average Volume
  2. Berdasarkan perbandingan antara volume semasa dan juga volume sebelum
  3. Sebagai divergence untuk detect perubahan harga pada masa akan datang.

Bagi cara yang pertama, anda boleh setkan berapakah MA average yang boleh diletakkan dalam indikator volume. Katakan anda letakkan setting MA 10, maka akan ada satu garisan yang merentangi volume bar. Untuk menentukan sama ada sesuatu volume tersebut adalah volume yang signifikan adalah apabila terdapat volume bar yang berjaya break line average tersebut.

Cara Kedua adalah anda bandingkan volume semasa dengan volume yang sebelumnya. Sekiranya volume semasa lebih tinggi daripada dua volume bar sebelumnya, maka anda tahulah bahawa terdapat volume yang signifikan sedang berlaku dalam kaunter tersebut.

Cara terakhir adalah anda menggunakan volume sebagai divergence untuk melihat tindakan harga. Divergence digunakan untuk mencari petanda awal sebelum price melakukan reversal, pullback ataupun retracement. Anda boleh bandingkan antara pergerakan harga semasa dengan pergerakan volume semasa. Jika harga semasa semakin menaik tetapi volume semakin menurun, ia menunjukkan divergence sedang terhasil dan harga mempunyai kebarangkalian yang tinggi untuk turun.

Kesimpulan

Secara peribadi saya menggunakan cara yang pertama. Namun terpulang kepada anda untuk memilih mana mana cara yang anda rasakan lebih sesuai dalam sistem trading anda. Semoga perkongsian tentang fungsi volume dalam saham ini dapat menambahkan lagi ilmu anda dalam trading. Inshaa ALLAH Alhamdulillah.

Sumber : Internet dan Pengalaman Sendiri.

Baca lagi : Teknik Cup and Handle Dalam Trading

About Iqbal Aman

Assalamualaikum, saya Iqbal. Menjadi pelabur itu sukar. Jika ragu, sila pergi

View all posts by Iqbal Aman →