Teknik RSI Divergence Dalam Saham

Bismillahirrahmanirrahim

Divergence adalah salah satu teknik yang sangat digemari oleh ramai trader kerana jika berjaya, ia memberikan pulangan yang cukup lumayan. Ada banyak cara untuk mencari divergence dalam pasaran saham yang mana intinya indikator diperlukan untuk mencari keadaaan tersebut. Artikel kali ini akan menerangkan tentang teknik RSI Divergence yang boleh pelabur atau trader gunakan untuk mencari entri.

Apa itu Divergence

Divergence meerupakan satu keadaan yang mana pergerakan harga tidak selari dengan pergerakan indikator. Ia menimbulkan tanda tanya mengapa harga tidak selari dengan pergerakan indikator. Oleh itu ia boleh menjadi petanda awal bahawa harga akan mula melawan arah, sama ada membentuk reversal ataupun sekadar retracement sahaja. Terdapat dua jenis divergence yang boleh dipelajari iaitu

  1. Classic divergence (Bersifat Reversal)
  2. Hidden Divergence (Bersifat Continuation)
MACD Hidden Divergence Trading Strategy - Trading Setups Review

Antara senarai indikator yang biasa digunakan untuk mengesan divergence adalah seperti berikut

  1. Volume
  2. RSI
  3. Stochastic Oscillator
  4. MACD
  5. AO Oscillator

Secara amnya, indikator yang bersifat oscillator adalah yang paling mudah untuk digunakan dalam mengesan divergence. Jadi, RSI divergences adalah satu cara yang mudah untuk kita mengesan keadaan tersebut. Kenapa? Oscillator indikator mempunyai kawasan yang dipanggil sebagai Overbought dan juga Oversold. Oleh itu, trader hanya perlu untuk memberi fokus kepada U Turn yang terbentuk dikawasan tersebut sahaja dan boleh abaikan U Turn yang terjadi diluar kawasan tersebut.

Teknik RSI Divergence

Di dalam teknik ini, RSI merupakan indikator utama yang digunakan untuk mencari Divergence. Dibawah adalah langkah demi langkah yang perlu diambil untuk menentukan sama ada divergence telah terjadi ataupun tidak.

  1. Cari U Turn yang berlaku di dalam kawasan OB atau OS
  2. Kemudian, gunakan Vertical Line untuk mencari harga yang selari dengan U Turn yang berlaku.
  3. Tandakan dengan Horizaontal Line di dalam Carta Harga.
  4. Tunggu sehingga price berjaya break horizontal lain yang telah anda lukis
  5. Kemudian lihat di dalam RSI Oscillator adakah terjadi U Turn di dalam OB/OS selepas breakout berlaku
  6. Jika ada pastikan U Turn tersebut lebih rendah (untuk kes OB) atau lebih tinggi (untuk kes OS) daripada U Turn yang kita gunakan untuk tandakan horizontal line sebelum ini.

Anda boleh lakukan entri berdasarkan teknik masing masing ataupun yang paling biasa digunakan adalah candlestick reversal signal. Teknik RSI Divergence ini sesuai untuk mencari classic divergence sahaja bukan hidden divergence.

Kesimpulan

Teknik RSI Divergence ini walaupun simple, namun ia banyak membantu trader atau pelabur yang sukar untuk mengesan divergence sebelum ini. Ianya sukar kerana mereka tidak tahu dimanakah U Turn yang harus diberikan fokus untuk mengagak pergerakan seterusnya akan menyumbang kepada pembentukan divergence. Diharap artikel berkenaan dengan teknik RSI Divergence ini mampu bantu memberi nilai tambah dalam sistem trading anda. Inshaa ALLAH.

Sumber : Pengalaman Sendiri

Baca Lagi : Fungsi Volume Dalam Saham

About Iqbal Aman

Assalamualaikum, saya Iqbal. Menjadi pelabur itu sukar. Jika ragu, sila pergi

View all posts by Iqbal Aman →