Bismillahirrahmanirrahim
Ok, kalau korang orang baru, mesti korang pun akan rasa banyak sangat loghat pasar dalam komuniti kripto. Contohnya To the Moon la, Moonboy, Bearboy, Whale, Diamond hand dan sebagainya. Semua terma itu ada maksud tersendiri tapi artikel kali ini aku nak terangkan apa itu shill dalam crypto. Jadi tak lah korang pelik bila da netizen dok jerit SHILL SHILL SHILL dalam group telegram kan?
Maksud Shill dalam Crypto Menurut Wikipedia
Ok, dalam wikipedia yang kita selalu kopipes untuk assignment tu, Shill bermaksud membantu seseorang dalam meningkatkan kredibiliti sasaran tanpa menyebutkan mereka juga sebahagian daripada kelompok sasaran tersebut. Dengar macam pening nak faham kan? Tapi jangan risau, meh aku bagi contoh yang senang nak hadam tanpa guna khadam.
Contoh begini, ada sorang salesman kereta, dalam Facebook dia tak mention pun dia jual kereta, tapi dia selalu bagi review positif pasal kereta ABC dekat Taman Shamelin. Hari-hari cerita yang best je pasal kereta kat kedai Taman Shamelin tu. Pasal senang apply loan kereta la, after service best la, dapat free gift payung dan sebagainya. Tapi dia tak bagitau orang pun rupanya dia salesman kedai tu.
Jadi, bila hari hari dia asyik post benda best je, orang nampak macam apa yang dia bagitau geniune pada permulaannya. Jadi orang pun pergi lah ke kedai sasaran yang dia bagitau tu. So, bila orang datang, automatiknya dia dapat customer dan akan meraih komisen. Kira dia ni macam keyboard warrior gitu.
Macamana Shill Dalam Crypto Bergerak
Ok, sekarang korang dah tau maksud Shill dan kenapa orang bersungguh untuk shill gila gila coin yang dia pegang. Meh aku terangkan dulu sebab utama shill ni merata rata korang boleh jumpa untuk coin yang pelik pelik tak pernah dengar.
- Diorang dah beli coin pada harga mahal, jadi terpaksa Shill so, bila orang beli, harga akan naik dan dia pun akan meraih keuntungan.
- Diorang memang orang dalam, diorang dah hold berbillion coin, jadi bila shill, harga naik walau 10 sen pun diorang dah jadi millionnaire
- Diorang memang dibayar oleh owner coin untuk shill. Kira macam promoter.
So, geng geng shill ni ada tiga kategori la, iaitu orang dalam, promoter dan orang yang tersangkut bila harga mahal. Shill bebeh shill.
Apa content yang selalu diorang akan shill untuk korang yakin dengan coin coin yang diorang promote tu? Biasanya diorang akan terangkan pasal
- Projek yang diorang buat untuk coin tersebut sama dalam erti kata lain utility coin itu. Contohnya coin ini digunakan sebagai currency dalam online game ataupun beli domain dan sebagainya.
- Berapa ramai komuniti yang HOLD coin tersebut. Bila komuniti mantap dan hold coin yang dipegang maka harga akan susah nak jatuh, kalau tak naik, mungkin akan stagnant sahaja.
- Sekuriti coin tersebut. Contoh guna blockchain ETH
Tapi basically diorang akan promote projek dan komuniti mereka. Hari-hari bagi expectation price boleh to the moon dalam masa sekian sekian dengan profit projection tinggi tinggi macam 1000%. Benda ni tak mustahil dalam kripto, dan banyak kali terjadi dekat coin coin alternatif ni. Sebab tu ramai yang tiba tiba jadi jutaria walau modal setakat 10 20 ribu dollar.
Jadi, platform-platform yang biasa akan korang jumpa geng-geng Shill ni adalah :
- Social Media macam Facebook Group dan Twitter. Kalau tengok, profile diorang sendiri memang direka untuk Shill. Takde langsung update pasal hidup ke apa, just shill je.
- Forum. Mungkin tak popular tapi komuniti forum ni strong dia lain macam. But dia akan jadi lubuk gak untuk geng geng ni shill.
- Telegram group
- Chat Box atau DM
Tak salah sebenarnya shill dalam crypto ni. Yang problem adalah jenis jenis coin yang hit and run ni dan buat naya kepada pembeli pembeli coin tersebut. Ko bayangkan orang tu cakap coin ni best la akan jadi utility untuk certain web bla bla bla tapi akhirnya developer cabut lari terus harga jatuh melantai atau istilahnya dipanggil sebagai rugpull.
Kesimpulan
Aku harap, korang faham la apa maksud shill dalam crypto ni. Sebelum invest atau beli apa apa coin, terus buat dulu kajian korang. At least sikit pun jadi la. Amik maklumat dari website website yang ada kredibiliti contohnya CMC, Coingecko ataupun website coin tu sendiri. Stay Invest, Stay Safe
Alhamdulillah
Sumber : Blockchainisme
Baca lagi : Teknik RSI Divergence Dalam Saham