Bismillahirrahmanirrahiim
Di dalam bursa, terdapat hampir 1000 saham yang didagangkan dan para pelabur atau trader boleh memilih mana-mana kaunter yang dia sukai. Ada yang suka memilih saham di Main Board, ada juga yang suka pilih saham di Ace Board. Tapi, tahukah korang cara memilih saham untuk trading? Tak semua kaunter itu sesuai untuk trade. Artikel kali ini akan rungkaikan permasalahan tersebut.
Trading Vs Invest
Sebelum kita bahaskan tentang cara memilih saham untuk trading, jom tengok perbezaan antara kedua aktiviti ini. Kedua dua aktiviti ini nampak macam sama tapi sebenarnya sangat berbeza. Walaupun berbeza, ia melengkapi antara satu sama lain yang mana aktiviti trading akan provide liquidity manakala investing akan support harga daripada jatuh. So, bila ada orang yang trade dan invest tu, bermaksud ekosistem pasaran bursa tersebut sangat lah baik.
Selain itu, gameplan kedua duanya juga amat berbeza. Trading hanya fokus kepada pergerakan carta, manakala invest lebih concern dengan performance syarikat. Oleh itu, kita kena kenal diri serta objektif kita dahulu sebelum melangkah masuk dalam dunia pelaburan atau trade ni. Nak jadi trader atau investor. Bila kita kenal diri kita, barulah kita boleh stay dengan objektif yang kita gariskan.
Cara Memilih Saham Untuk Trading
Bagi mereka yang nak trading, ada dua kriteria utama yang perlu korang perhatikan sebelum ambil keputusan untuk beli sesuatu kaunter bagi tujuan tersebut. Kedua dua faktor berikut adalah seperti senarai dibawah :
- Volume
- Volatility
Ya, dua sahaja karakteristik yang perlu korang perhatikan. Dalam erti kata yang mudah, saham yang bagus untuk trading adalah saham yang mempunyai Volume transaksi yang besar serta volatility harga yang cukup rancak. Kita kena tahu, objektif trader adalah buy low and sell high. Keuntungan yang trader target adalah capital gain, bukan nya dividen atau apa apa exercise corporate.
Kenapa volume penting? Volume penting adalah disebabkan kita perlukan kecairan dalam kaunter tersebut. Ia bermaksud, jika kaunter tersebut mempunyai volume transaksi yang tinggi, maka mudahlah anda untuk Buy dan Sell. Bayangkan jika kaunter tersebut mempunyai volume yang rendah? Mesti sukar untuk buy atau sell anda untuk match. So itulah kepentingan kenapa perlu memilih saham yang mempunyai volume yang besar.
Jadi, berapakah filter atau julat volume yang kita boleh consider besar. Amnya, aku nak letak 1 juta vol transaction per day tapi disebabkan Bursa mempunyai kadar transaksi yang sederhana, tidak seperti market US jadi, aku bubuh lah 100k above pun dah ok. Boleh sahaja korang letak vol 1 juta ke atas, tapi takut masa screening tu sikit sahaja kaunter yang available untuk korang analisis.
Kedua, kita perlukan volatility. Semakin rancak sesuatu harga bergerak, maka semakin cepatlah proses untuk harga hit TP atau SL. Trading ni short term. Jadi, kita nak cepat. Bila dah sampai TP, duit tu boleh guna untuk trade kaunter lain. Bayangkan jika kita pilih kaunter slow, perlukan sampai 5 bulan baru sampai TP, basically kita dah rugi dari segi masa dan peluang untuk trade kaunter lain.
Jadi, bagaimana untuk menentukan volatility sesuatu saham itu tinggi atau tidak? Kita akan gunakan jumlah share floating yang diapungkan dalam pasaran. Share floating inilah yang available dalam pasaran bursa dan ianya akan digunakan untuk transaksi jual dan beli. Bagi saya share floating saham di bawah 1 Billion kita boleh consider sebagai high volatility. Tuan tuan boleh lah filter untuk pilih saham yang mempunyai share float dibawah 1 billion.
Kedua-dua faktor ini kita wujud, tak boleh ambil salah satu sahaja. Sebagai contoh, jika anda cuma ambil volume yang tinggi, tetapi share float terlampau berat, kebanyakan kaunter tersebut merupakan kaunter sikat. Kaunter sikat ni anda boleh tengok bila High Low candle tu sebaris. Bagaimana jika pilih kaunter yang high volatile tapi volume rendah? Biasanya korang akan jumpa kaunter tahi lalat. Candle dia asyik berbentuk dash.
Kesimpulan
Aku dah terangkan cara memilih saham untuk trading. Senang sahaja ada dua, iaitu volume dan volatility. Kat screener korang boleh setkan pada volume 100k and above manakala untuk volatility, cari shares float dan set 1 Bil and below. Then, semua kaunter yang menepati kritera tersebut akan terpampang untuk korang pilih bagi aktiviti trading. Alhamdulillah
Sumber : Pengalaman Sendiri
Baca lagi : Cara Set Stoploss dalam Trading