Cara Melukis Trendline Dalam Trading

Bismillahirrahmanirrahim

Melukis trendline dalam trading merupakan antara topik paling asas yang didedahkan sewaktu anda mula menceburkan diri dalam bidang trading ini sama ada forex mahupun saham. Ianya merupakn sebuah analisa teknikal yang mana trader mendapat idea bahawa price masih dalam keadaan downtrend ataupun uptrend berdasarkan trendline yang dilukis. Oleh itu mari kita lihat cara tarik trendline untuk digunakan dalam dunia trading.

Kata Kunci Dalam Melukis Trendline

  1. Sekurang-kurangnya memerlukan dua titik untuk menyambungkan sebuah trendline
  2. Trendline haruslah dilihat sebagai area untuk diberi perhatian, bukan signal untuk entry.
  3. Trend tak selalunya cantik seperti buku. Kadang-kadang terdapat trend yang bergerak dalam keadaan choppy yang menyebabkan trendline sukar untuk dilukis
  4. Jangan paksa harga untuk masuk kedalam trendline yang dilukis.

Kata kunci pertama adalah sekurang-kurangnya ada dua titik untuk tarik trendline. Walaubagaimanapun, trendline yang dapat dibentuk melebihi dari dua titik swing hi atau low tidak menjamin bahawa price akan sentiasa dalam keadaan trend yang dilukis. Rule of thumb ini diwujudkan agar kaedah untuk melukis trendline ini tidak terlalu sukar.

Kata kunci kedua, kita haruslah melihat trendline sebagai area pemerhatian bukan signal. Terdapat beberapa golongan trader yang apabila melihat price menyentuh garisan trendline, mereka terus melakukan entry tanpa melakukan sebarang confirmation daripada indikator yang lain. Alasan yang sering didengari adalah yakin dengan pergerakan trend semasa, buy or sell pada the most hi or lo ketika itu dan ingin meminimumkan kerugian. Oleh itu, mereka sentiasa mengalami kerugian apabila market bergerak dalam keadaan choppy dan tidak menunggu confirmation signal dari indikator lain.

Ketiga, trend tidak selalu bergerak dalam keadaan yang cantik. Oleh itu, jadikan lukisan trendline sebagai satu trade idea, bukan satu kemestian. Sebagai contoh jika anda lukis trendline dan price dalam keadaan downtrend, anda boleh fokus untuk mencari entry Sell sahaja dan tidak menghiraukan signal buy yang dihasilkan oleh sistem trading anda.

Dan terakhir jangan paksa diri untuk melukis trendline. Sekiranya anda tidak berjaya untuk tarik trendline, itu bermakna market sedang bergerak dalam keadaan choppy. Sebaliknya, hanya pilih trend yang betul-betul obvious untuk dijadikan panduan untuk melukis trendline.

Cara Tarik Trendline.

  1. Dapatkan sekurang-kurangnya dua titik
  2. Sambungkan dua titik tersebut menggunakan tool trendline
  3. Gunakan timeframe yang besar, sekurang kurangnya TF H1 keatas
How To Draw Downward Trendlines
Sumber : swingtradingstrategies.com

Kesimpulannya, melukis trendline memerlukan latihan dan kesabaran yang tinggi kerana ianya merupakan satu skil yang tidak boleh diperolehi dalam satu malam. Walaupun caranya kelihatan agak mudah, namun ianya agak mencabar untuk diaplikasikan pada pergerakan market yang sebenar.

About Iqbal Aman

Assalamualaikum, saya Iqbal. Menjadi pelabur itu sukar. Jika ragu, sila pergi

View all posts by Iqbal Aman →