Teknik breakout merupakan salah satu analisa teknikal yang terdapat di dalam dunia trading saham. Selain teknik breakout ataupun dipanggil buy on breakout, teknik buy on dip juga antara teknik yang popular dalam kalangan pelabur saham. Jadi, mari kita teruskan uraian berkenaan teknik breakout dalam saham ini.
Apa itu Teknik Breakout
Teknik Breakout saham merupakan suatu teknik yang mana para trader menunggu price keluar daripada satu range harga. Apabila harga telah keluar dari range harga tersebut, itulah dinamakan sebagai breakout. Para pelabur saham percaya apabila price telah berjaya breakout, ia menunjukkan bahawa price akan berada dalam keadaan trending ditambah lagi dengan indikator sokongan volume yang menunjukkan kadar volume yang tinggi semasa breakout terjadi.
Jenis-Jenis Breakout
Secara amnya, terdapat dua jenis breakout, iaitu:
- False Breakout : Ianya terjadi apabila price telah break sesuatu range kemudian berpatah balik memasuki kawasan range sebelum itu
- True Breakout : Ianya terjadi apabila price telah break sesuatu range kemudian gagal memasuki semula kawasan range sebelum itu dan membuat pergerakan Higher High dan Lower Low.
Keburukan Teknik Buy On Breakout
Terdapat beberapa keburukan yang perlu dihadapi oleh para pelabur yang menggunakan teknik breakout, ianya dapat disimpulkan berdasarkan point point yang ditunjukkan.
- Mempunyai nilai risiko yang terlalu besar yang mana kebanyakan pelabur saham meletakkan target cutloss mereka pada swing low range tersebut.
- Kerap terdedah kepada fake breakout yang mana pada akhirnya para pelabur membeli pada harga yang terlalu tinggi
- RR yang selalunya tidak cantik, sebagai contoh RR yang biasa digunakan adalah 1:1.
Cara Untuk Mengatasi Masalah Teknik Buy on Breakout
Bagi menangani masalah buy on breakout ini, maka wujudlah buy on dip iaitu beli ketika harga retrace. Oleh itu, apabila price melakukan breakout, para trader akan tunggu terlebih dahulu untuk price turun dan mula membeli apabila terdapat signal buy sama ada daripada candlestick reversal signal ataupun sokongan indikator yang lain. Dengan ini, sekiranya false breakout terjadi, maka para pelabur hanya terpaksa menanggung sedikit kerugian berbeza mereka yang terus buy ketika harga breakout terjadi.
Walaubagaimanapun teknik buy on dip ini pula mewujudkan suatu masalah yang dipanggil sebagai Fear of Missing Out (FOMO). Terdapat keadaan yang mana apabila price breakout, kaunter tersebut tidak retrace dan meneruskan perjalanan uptrend menyebabkan para pelabur terpaksa melopong melihat kenaikan harga tersebut dan tertinggal bas untuk turut serta.
Jadi, saya telah berjaya untuk develop sebuah teknik ataupun strategi bagaimana untuk counter kedua-dua masalah ini. Kaedah tersebut digunakan untuk mengesan potensi harga dikawasan resistance sebelum breakout besar terjadi. Dalam erti kata lain, sebelum breakout besar terjadi, price akan menunjukkan tanda resistance yang melemah dan ready untuk break pada next candlestick. Kaedah ini hanya akan saya sampaikan kepada mereka yang berminat dengan menghubungi saya di 018-9418731.
Kesimpulannya, teknik breakout mempunyai kebaikan dan keburukannya yang tersendiri. Oleh itu, sebagai seorang pelabur yang celik anda harus mahir untuk menentukan sama ada breakout tersebut adalah true breakout ataupun false breakout. Sekian terima kasih.