Apa Itu Slippage Dalam Forex

Bismillahirrahmanirrahim

Di dalam dunia trading, selain daripada risiko ketidaktentuan pasaran dan juga kematangan teknik, teknikaliti dalam pasaran juga adalah salah satu risiko yang perlu dihadapi oleh trader. Antara risiko teknikaliti tersebut adalah slippage. Jadi, saya akan kupas apakah itu slippage dalam forex dan bagaimana anda boleh terkesan dengan slippage tersebut.

Maksud Slippage Dalam Forex

Secara istilahnya, slippage bermaksud perbezaan harga yang ditawarkan dengan harga yang diinginkan. Sebagai contoh, anda ingin melakukan entry pada harga 1.1000 namun price telah tersasar kepada 1.1005. Perbezaan lima pips tersebut dinamakan sebagai slippage. Perbezaan price ini tidak termasuk dengan penolakan spread yang dikenakan oleh broker.

Apa Akan Berlaku Sekiranya Slippage Terjadi

Jika slippage berlaku, broker akan mengeluarkan satu kotak arahan di dalam MT4, iaitu reqoute price. Ianya bermaksud anda bersetuju atau tidak untuk Buy atau Sell pada harga terbaru, bukan harga yang anda inginkan. Kita ambil contoh tadi, anda nak Buy EUR/USD pada 1.1000 tapi harga requote sehingga 1.1005. Jika anda setuju, maka akan akan terus buy pada harga tersebut dan jika anda tidak bersetuju, maka tiada entry yang akan dilakukan pada ketika itu.

Namun, perkara tersebut hanya berlaku pada waktu volatility bersifat normal. Jika ianya berlaku pada masa news news high impak dikeluarkan, maka requote tersebut tidak akan keluar dan broker akan melaksanakan arahan buy atau sell berdasarkan pada harga terbaik yang ditawarkan oleh Liquidity Provider pada ketika itu.

Untuk melakukan slippage tolerance yang mana anda terus bersetuju jika price slip sekitar beberapa pips yang anda rancang, anda boleh tick box Enable Maximum Deviation from Quoted Price dan anda boleh letakkan berapakah pips yang anda setuju untuk slip. Dengan ini, broker akan secara automatik meneruskan order anda tanpa perlukan persetujuan anda melalui requote price.

Tick box ini untuk menentukan slippage tolerance yang anda setuju.

Jenis-Jenis Slippage Dalam Forex

Terdapat dua jenis slippage dalam forex iaitu

  1. Slippage Positive
  2. Slippage Negative

Slippage positive bermaksud anda buy atau sell pada harga advantage membuatkan entry anda terus dalam keadaan untung. Kebiasaannya, slippage positif sering terjadi kepada mereka yang menggunakan Limit Order sama ada Sell Limit ataupun Buy Limit. Apa yang akan anda lihat, price akan dilakukan pada harga yang lebih rendah (Buy Limit) dari harga yang anda order ataupun harga yang lebih tinggi (Sell Limit) dari harga yang anda order. Ianya berlaku pada waktu volatility sedang berada di puncak iaitu sewaktu pengumuman news bertaraf high impact.

Slippage negatif pula bermaksud anda buy atau sell pada harga disadvantage membuatkan kadar floating negatif anda lebih besar dari yang anda jangkakan. Kebiasaannya mereka yang terkena slippage negatif adalah mereka yang menggunakan Stop Order sama ada Buy Stop ataupun Sell Stop. Harga akan dilaksanakan pada harga yang lebih tinggi dari harga yang anda inginkan (Buy Stop) dan pada harga yang lebih rendah dari harga yang anda inginkan (Sell Stop).

Menghindari Slippage Forex

Untuk menghindari slippage dalam forex, cara terbaik adalah tidak meletakkan sebarang order sewaktu news bertaraf high impact diumumkan. Anda boleh tunggu sekitar 30 minit selepas news diumumkan untuk memberi laluan pergerakan volatity yang tidak menentu berlaku terlebih dahulu supaya anda tidak terkena slippage akibat volume jual beli yang terlampau pantas.

Kesimpulannya, tidak semua jenis slippage adalah tidak baik. Slippage juga tidak terlalu mempengaruhi gaya trading anda melainkan anda merupakan trader yang menggunakan teknik straddle iaitu meletakkan Stop Order di atas dan dibawah harga semasa. Sekian terima kasih.

About Iqbal Aman

Assalamualaikum, saya Iqbal. Menjadi pelabur itu sukar. Jika ragu, sila pergi

View all posts by Iqbal Aman →