Tips Berjaya Dalam Forex

Bismillahirrahmanirrahim

Siapa sahaja yang tidak mahu berjaya dalam forex. Ianya sebuah cabang perniagaan yang sangat mudah namun menjanjikan keuntungan yang lumayan. Namun, dalam mengejar kegilaan tersebut, ramai yang kecundang dan akhirnya mengambil keputusan untuk berhenti. Jadi, hari ini saya akan terangkan serba sedikit tips berjaya dalam forex.

Realiti Trading Forex Hari Ini

Percayakah anda bahawa statistik 95% trader adalah trader yang rugi dan 5% trader adalah trader yang berjaya dan untung. Bagaimana ianya terjadi? Statistik ini berlaku kerana semua orang mempunyai akses untuk trading tanpa melalui disiplin ilmu yang ketat. Hanya berpandukan kepada sebuah panduan dan beberapa bulan training, maka mereka merasakan mereka mampu untuk trade.

Ya, trade forex itu mudah, semudah abc. Tengok A, tengok B, tengok C, masuk trade letak TP dan SL dan biarkan. Namun, perkara yang paling susah adalah mendidik psikologi untuk berjaya, menahan rasa sedih melihat loss berturut-turut dan rasa iri rakan-rakan yang post screenshot profit.

Statistik lose trader

Tips Untuk Berjaya Dalam Forex Dengan Pantas

Cari Mentor Yang Berkredibility

Tahukah anda, mencari seorang mentor yang betul-betul boleh mengajar adalah amat sukar. Jika ada mungkin mereka malas untuk mengajar ataupun yuran yang dikenakan adalah sangat mahal. Jadi, apakah yang boleh anda letakkan sebagai mentor yang berkredibility? Ini jawapannya.

  1. Teknik trading mentor tersebut konsisten, tidak berubah-ubah, mungkin ada sedikit ubah cara trading namun tidak secara keseluruhan sistem
  2. Teknik trading beliau jelas ada pengesanan trend, entri, TP dan SL beserta kenapa dan kenapa ia begitu. Jika mentor tersebut boleh menjawab semua soalan yang anda tanya seperti kenapa letak TP disini, kenapa letak SL disini, kenapa entry disini kenapa pakai lot besar begini menunjukkan dia amat pakar dengan apa yang dia buat. Jika dia boleh memberi sebab kenapa begitu dan begini, agak sukar untuk dia mengubah sistem trading yang sedia ada pada masa akan datang kelak.
  3. Mentor anda sering turun padang untuk membantu anda.
  4. Mentor anda lebih tekankan risk management berbanding profit probability

Dengan mendapatkan mentor yang berkredibiliti ia sebenarnya merupakan jalan shortcut untuk anda berjaya dalam trading. Percaya tak bahawa saya mengambil masa selama 4 tahun terumbang ambing secara sendiri, membaca berbagai-bagai panduan forex, mencuba sistem sistem trading yang ada diinternet tanpa sebarang bimbingan mentor. Jika saya mempunyai bimbingan mentor, pastu dalam setahun dua saya sudah boleh memahami gelagat market forex ini. Jadi anda boleh pilih untuk melalui jalan susah seperti saya ataupun jalan shortcut.

Set Target Bulanan

Untuk berjaya dalam forex atau apapun bidang perlu ada target. Tanpa target anda cuma akan didorong perasaan tamak sahaja dan akhirnya akaun anda blow. Saya telah melalui keadaan tersebut dan saya nasihatkan anda untuk set target bulanan. Kenapa bulan? sebab ianya jangka masa yang sesuai dan agak rapat dengan kita. Kita dapat gaji secara bulanan, dan jadikan sumber forex trading ini gaji secara bulanan.

Jadi, semakin tinggi target anda semakin tinggi risiko anda kerana hanya terdapat dua cara sahaja untuk mendapat gain profit yang tinggi iaitu anda menggunakan lot yang besar atau anda entri di dalam market. Kedua-dua cara ini akan menyebabkan anda terdedah kepada risiko loss yang tinggi.

Jadi saranan saya letakkan target bulanan yang mudah untuk anda dapat. Sebagai contoh seperti saya, saya cuma sasarkan maksimum 20% keuntungan dari jumlah modal sahaja. Sekiranya target bulanan mencapai pada masa yang terlalu singkat pada bulan tersebut, saya akan mula scale out lot saya menjadi lebih kecil. Saya menggunakan lot 0.10 untuk trade, bila sudah hit target bulanan, saya akan scale out sehingga 50% menjadikan lot trade saya menjadi 0.05 sahaja seterusnya 0.02 pada minggu berikutnya.

Mempunyai Modal Yang Logik

Jika anda ingin menjadikan forex trading sebagai part time sahaja, modal USD 1,000 kebawah sudah cukup sesuai kerana dengan keuntungan dari modal tersebut boleh anda gunakan untuk tambah tambah bagi kegunaan bayar hutang atau simpanan kecemasan. Namun jika anda memang trade for living, anda haruslah trade pada modal USD 1,000 ke atas.

Jika anda tiada modal tersebut, anda harus menjana keuntungan sampingan dalam forex seperti menawarkan copytrade dan juga menjadi Introducing broker kepada sesebuah broker. Malah keuntungan sampingan ini lebih lumayan berbanding anda trade. Jadi, misi anda adalah menjadi seorang trader yang profitable dahulu barulah anda mempunyai keyakinan untuk menawarkan copytrade ataupun IB.

Fokus Kepada Satu Teknik Dan Buat Sampai Jadi

Ya, fokus hanya pada satu set rules, sehingga anda rasa serasi dan buat sampai jadi. Itulah tips untuk berjaya dalam forex ini. Tiada istilah holygrail dalam trading ini. Yang ada hanyalah probability. Dengan adanya mentor, ia akan bantu anda untuk fokus pada satu teknik sahaja. Jika anda tiada mentor, sebab itu anda mudah terpengaruh untuk melompat teknik dan dipanggil sebagai butterfly trader. Malah sekiranya anda mula mengalami loss yang berturut-turut, anda akan mula untuk mencari teknik lain dan akhirnya anda akan mengulangi perbuatan yang sama sehingga akaun anda licin.

Percaya Bahawa Rezeki ALLAH SWT Yang Beri

Sebenarnya inilah yang paling penting. Ia menyebabkan anda meletakkan harapan terus kepada ALLAH SWT. Sekiranya anda profit anda akan bersyukur dan sekiranya anda loss anda akan redho. Anda tidak tertekan kerana anda percaya rezeki ALLAH Taala yang beri. Bukan sebab kita pandai analisis sebagainya. Itu hanyalah penyebab untuk ALLAH turunkan rezeki kepada kita.

Jangan Terlalu Berkomuniti di Dalam Forex Trading

Percaya atau tidak, anda tidak boleh terlalu engage dalam komuniti trader. Semua trader mempunyai personaliti yang berbagai-bagai. Jika anda lihat scalper mereka suka SS akaun mereka dalam keadaaan biru dan membuatkan anda teringin untuk mengikuti jejak mereka. Ada kalanya jika anda cuba post satu analisa dan kebanyakan komuniti tidak sependapat dengan anda, maka anda akan mula berasa sangsi dengan analisa anda sendiri.

Ingatlah, loss yang terhasil melalui analisa adalah lebih baik daripada profit yang diperolehi melalui ikut kata orang ramai.

Kesimpulan

Berjaya dalam forex itu adalah benar dan ada sahaja mereka yang telah pun hidup senang lenang melalui trading. Yang membezakan mereka dengan orang lain adalah mereka mempunyai disiplin yang tinggi, tahap tawakkal kepada ALLAH yang total dan tidak mudah terpengaruh dengan fikiran orang lain. Oleh itu saya berharap anda semua berjaya dalam bidang forex ini suatu masa akan datang.

About Iqbal Aman

Assalamualaikum, saya Iqbal. Menjadi pelabur itu sukar. Jika ragu, sila pergi

View all posts by Iqbal Aman →