Cara Membaca Annual Report Syarikat Secara Pantas

Bismillahirrahmanirrahim

Di dalam dunia perniagaan terdapat dua jenis report yang akan dikeluarkan oleh sesebuah syarikat bagi mengenal pasti adakah syarikat mereka sedang melakukan keuntungan atau kerugian. Dua report tersebut adalah annual report yang dikeluarkan setiap tahun dan quarter report yang dikeluarkan setiap 3 bulan. Laporan kewangan biasanya tebal dan tahukah anda terdapat cara pantas untuk membaca annual report syarikat tanpa perlu anda baca setiap baris perkataan yang dicetak?

Mengapa Annual Report Syarikat Tebal?

Mungkin ada yang tertanya tanya mengapa ianya terlalu tebal? Di dalam laporan tersebut, syarikat akan menceritakan secara terperinci apakah yang telah dilakukan oleh mereka dalam menghasilkan keuntungan. Sebagai contoh, syarikat ABC telah membuat pinjaman perniagaan dengan bank tempatan. Pihak syarikat akan menerangkan sebab mengapa ianya diambil dan apakah progress semasa yang telah dilaksanakan berdasarkan perancangan syarikat tersebut.

Cara Pantas Baca Annual Report Syarikat

Sebagai seorang pelabur, anda tidak perlu tahu secara terperinci setiap keputusan yang dilakukan oleh syarikat tersebut. Apa yang penting bagi seorang pelabur adalah mereka perlu tahu adakah syarikat tersebut sedang dalam keadaan untung, rugi, atau sedang mengalami kerugian jangka pendek demi keuntungan jangka panjang ataupun kerugian yang terus menerus. Oleh itu pelabur hanya perlu fokus terhadap beberapa key factor untuk menentukan syarikat tersebut untung atau rugi.

  1. Perutusan Pengerusi (Chairman Insight)
  2. Lihat kepada net sales
  3. Lihat kepada debt company
  4. Cashflow Statement

Perutusan pengerusi atau chairman insight merupakan satu quote yang diambil dari kata-kata pengerusi yang secara tidak langsung akan memberikan idea secara kasar tentang kebolehan syarikat mereka. Biasanya anda akan dapat mengesan didalam insight tersebut adakah syarikat tersebut sedang untung atau rugi, serta cabaran yang dihadapi oleh syarikat tersebut. Sebagai contoh :

“Saya berbangga dengan pembentukan sebuah tim pengurusan elit yang diperolehi oleh syarikat, serta keputusan untuk meneroka pelaburan luar akhirnya memberikan pulangan yang memberangsangkan pada tahun ini”

Pengerusi Syarikat ABC

Contoh statement diatas menunjukkan syarikat tersebut sedang mengalami keuntungan atas faktor tim pengurusan yang amat cekap sebagai faktor utama beserta keputusan untuk membuat pelaburan diluar negara membuatkan syarikat memperolehi keuntungan yang memberangsangkan.

“Syarikat ABC tetap komited dalam memastikan jenama ini sentiasa dikenali walaupun impak daripada penularan wabak dunia menjadikan pertumbuhan syarikat agak perlahan. Namun, kita masih berada di landasan yang sebaiknya dan akan terus menerajui syarikat ini dengan penuh ikhlas”

Pengerusi ABC

Di dalam statement diatas menunjukkan pertumbuhan syarikat pada tahun tersebut agak terbatas dan mungkin terdapat kerugian yang dialami disebabkan faktor wabak global. Sekiranya pengerusi mengeluarkan insight seperti ini, adalah perlu untuk anda lakukan kajian yang mendalam sebelum melabur.

Seterusnya lihat kepada net sale yang telah dilakukan oleh syarikat. Ianya boleh diperolehi pada bahagian income statement. Antara indikator yang boleh anda gunakan adalah bandingkan net sale semasa dengan net sale sebelumnya. Adakah terdapat peningkatan, statik ataupun penurunan. Selain itu anda boleh melakukan perbandingan jumlah net sales dengan tahap inflasi. Adakah net sales mampu untuk mengatasi inflasi rate yang dihadapi oleh negara atau tidak. Sekiranya net sales adalah positif iaitu melebihi net sales sebelum dan mengatasi inflasi rate negara, maka ianya adalah sebuah syarikat yang baik.

Kemudian, lihat pula kepada debt company. Kebiasaannya anda boleh lihat kepada debt to equity dan ianya diberikan dalam bentuk ration. Sekiranya company tersebut mempunyai debt to equity kurang dari 1.5, ia menunjukkan syarikat tersebut mempunyai hutang yang sihat dan kadar pertumbuhan mampu untuk membayar hutang dan memperolehi keuntungan. Sekiranya sesebuah company mempunyai debt to equity yang terlalu besar iaitu ratio 2 ke atas, sebuah company kecil mungkin akan terus bungkus, manakala syarikat besar pula mungkin sedang membuat pelaburan yang besar demi membesarkan skala syarikat mereka. Jadi pilihan terbaik adalah memilih company yang mempunyai hutang yang sihat dan jangan gamble untuk memilih syarikat besar yang mempunyai hutang yang banyak.

Dan yang terakhir adalah cashflow statement. Antara aspek yang perlu diambil kira adalah :

  1. Cash flow from operating activity : Ianya adalah berkaitan dengan perbelanjaan operasi syarikat tersebut seperti pembelian barang pejabat, pembelian minyak petrol untuk kenderaan syarikat dan sebagainya.
  2. Cash flow from investing activity : Ianya berkaitan dengan perbelanjaan pelaburan yang diambil oleh syarikat seperti membeli saham di syarikat XYZ
  3. Cash flow from financing activity : Ianya berkaitan bagaimana syarikat menaikkan capital syarikat untuk membayar dividen kepada pelabur.

Kesimpulan

Dengan mengambil kira semua aspek diatas, ia telah membantu para pelabur cara membaca annual report dengan menggunakan masa yang lebih singkat berbanding membelek satu persatu helaian laporan tersebut. Diharap perkongsian kali ini dapat membantu pelabur baru untuk membaca laporan kewangan syarikat.

About Iqbal Aman

Assalamualaikum, saya Iqbal. Menjadi pelabur itu sukar. Jika ragu, sila pergi

View all posts by Iqbal Aman →