Apa itu Saham Patuh Syariah

Bismillahirrahmanirrahim

Saham atau ekuiti merupakan peratusan pegangan syer seseorang terhadap sesebuah syarikat. Dengan memiliki sebahagian syer syarikat berstatus berhad tersebut, individu layak untuk mendapatkan dividen dari syarikat serta menikmati capital gain sekiranya harga meningkat. Namun, tahukah anda apakah itu saham patuh syariah? Kenapa anda perlu kepada saham patuh syariah dan bagaimana untuk mengenal pasti saham patuh syariah? Kita akan kupas semuanya sebentar lagi.

Maksud Saham Patuh Syariah

Saham patuh syariah bermaksud syarikat yang telah berjaya melepasi kaedah penyaringan syariah. Untuk mendapatkan status saham patuh syariah, sesebuah syarikat haruslah lulus dalam beberapa perkara pokok dalam aktiviti teras mereka iaitu :

  1. Perkhidmatan kewangan berasaskan riba (pinjaman, pembiayaan)
  2. Judi
  3. Produk yang tidak halal (Minuman keras / rokok)
  4. Hiburan
  5. Aktiviti-aktiviti lain yang dianggap tidak dibenarkan syariah.

Terdapat juga syarikat-syarikat yang secara tidak langsung mempunyai sedikit unsur daripada perkara diatas tetapi ia bukanlah teras kepada perniagaan mereka. Oleh itu, Majlis Penasihat Syariah dibawah kelolaan Suruhanjaya Sekuriti telah memberikan satu tanda aras dan sekiranya melebihi tanda aras tersebut, maka saham tersebut boleh berubah status kepada non-shariah compliance.

Sebagai contoh, syarikat A menjalankan aktiviti pembekalan barangan basah. Namun dalam masa yang sama syarikat A cuba untuk meningkatkan keuntungan dengan menjual rokok secara sampingan. Oleh itu, keuntungan daripada jualan rokok mestilah tidak melebihi 10% daripada keuntungan keseluruhan syarikat tersebut. Jika lebih, maka status patuh syariah akan ditarik semula.

Bagaimana Nak Mengenal Pasti Saham Patuh Syariah

Setelah menjawab persoalan apa itu saham patuh syariah, kita beralih dengan cara mengenalpasti saham saham ini. Statistik menunjukkan terdapat 75% saham yang patuh syariah ada di BSKL. Bagi memudahkan para pelabur untuk memeriksa status syariah saham tersebut, BSKL telah meletakkan indikator huruf “S” pada kod saham tersebut yang bermaksud syariah compliance. Oleh itu, jika anda melihat saham tersebut mempunyai indikator “S”, maka saham tersebut adalah saham patuh syariah.

Kenapa syarikat perlu untuk mendapatkan pengiktirafan patuh syariah ini. Umumnya, kita tahu bahawa agama rasmi negara ini merupakan agama Islam dan penduduknya juga ramai orang Islam. Memandangkan objektif syarikat adalah untuk mendapatkan dana orang ramai melalui penyenaraian awam di BSKL, maka mereka perlu untuk dapatkan status patuh syariah ini kerana ia dapat meningkatkan keyakinan pelabur muslim yang merupakan majoriti dalam negara ini untuk membeli saham mereka.

Senarai Saham Patuh Syariah

Anda boleh merujuk laman sesawang BSKL untuk mendapatkan senarai penuh saham patuh syariah. Klik sini untuk dapatkan senarai tersebut : Saham Patuh Syariah. Dibawah merupakan contoh senarai saham tersebut dan anda boleh perhatikan terdapat simbol “S” pada hujung nama saham tersebut.

Broker Saham Patuh Syariah

Untuk memudahkan para pelabur muslim memilih saham yang patuh syariah, maka wujud broker yang menawarkan perkhidmatan tersebut. Broker akan menawarkan kepada anda akaun yang patuh syariah, iaitu akaun yang hanya memaparkan saham yang patuh syariah sahaja dan saham konvensional akan ditapis awal bagi mengelakkan pelabur muslim terbeli saham saham mereka.

Selain itu, sebagai seorang pelabur muslim, mereka juga akan menyarankan agar anda menggunakan akaun jenis cash upfront dan tidak menggunakan akaun contra kerana akaun contra melibatkan pinjaman berasaskan riba. Oleh itu, dengan melakukan dagangan dengan broker saham patuh syariah, maka anda dapat elakkan diri anda dari terjebak membeli saham saham konvensional.

Kesimpulan

Mencari yang halal itu fardhu bagi umat Islam. Oleh itu, sebagai seorang pelabur muslim yang beriman, anda dinasihatkan untuk berhati-hati dalam melakukan pemilihan pembelian saham. Saya berharap artikel ini dapat menjawab persoalan anda iaitu apa itu saham patuh syariah. Like and Share jika anda suka dengan artikel ini.

Baca : Broker Saham Terbaik Malaysia

About Iqbal Aman

Assalamualaikum, saya Iqbal. Menjadi pelabur itu sukar. Jika ragu, sila pergi

View all posts by Iqbal Aman →