Broker Saham Terbaik di Malaysia

Bismillahirrahmanirrahim

Broker merupakan salah seorang pihak yang akan terlibat secara aktif semasa anda melakukan jual beli saham. Di Malaysia, terdapat banyak broker saham yang boleh dipilih dan kebanyakan bank di Malaysia menawarkan perkhidmatan broker saham kepada para client mereka. Jadi apakah ciri-ciri broker saham yang terbaik dan bagaimanakah untuk menentukan sama ada ianya berbaloi untuk anda gunakan?

Maksud Broker Saham dan Siapakah Mereka

Broker saham bermaksud pihak yang menguruskan jual beli saham anda di dalam pasaran Bursa Malaysia. Mereka bertanggungjawab dalam memastikan order anda dipenuhi dan mencari pembeli atau penjual yang sanggup memenuhi order anda. Pada zaman dahulu sebelum bermulanya era teknologi yang lebih membangun atau wujudnya platform online, kebanyakan pelabur akan menghubungi remisier mereka untuk beli atau jual saham mereka. Maka,remisier yang mewakili broker saham mereka akan bertanggungjawab untuk mencari buyer atau seller untuk memenuhi permintaan anda.

Caj Broker Saham

Dengan perkhidmatan yang telah diberikan kepada anda, pihak broker telah mengenakan caj kepada anda setiap kali transaksi berlaku sama ada anda membeli ataupun menjual. Caj broker saham adalah berbeza-beza mengikut syarikat masing-masing. Oleh itu anda harus bijak memilih broker manakah yang menawarkan caj broker yang berbaloi. Antara faktor yang dipertimbangkan adalah seperti berikut.

  1. Caj. Semakin murah caj broker, semakin mudah untuk anda mengaut keuntungan melalui jual beli saham.
  2. Perkhidmatan yang ditawarkan. Kebanyakan broker yang menawarkan caj yang sedikit tinggi adalah disebabkan kos perkhidmatan yang lebih daripada sekadar melaksanakan order anda telah diserap didalam caj broker. Sebagai contoh, Broker A menawarkan platform chart, screener dan market depth sehingga level 10 dengan caj sebanyak 1.2% per transaction berbanding Broker B yang hanya menawarkan platfrom chart asas dengan caj sebanyak 0.7% per transaction.

Ciri-Ciri Broker Saham Yang Terbaik

Sesebuah broker saham yang baik haruslah mempunyai ciri-ciri yang dinyatakan

  1. Sokongan khidmat pelanggan yang mantap. Ketika melakukan jual beli, anda akan sentiasa menghadapi masalah yang melibatkan transaksi. Oleh itu, dengan adanya khidmat pelanggan yang baik, maka semua masalah tersebut dapat diselesaikan dengan pantas oleh pihak broker.
  2. Sentiasa melakukan kemaskini sistem. Broker yang baik akan sentiasa meningkatkan tahap keselamatan laman web mereka dan server mereka untuk feed data daripada BSKL. Apabila broker anda kerap melakukan kemaskini sistem, ia menunjukkan bahawa broker tersebut amat komited dalam menentukan kelicinan proses jual beli saham oleh client mereka
  3. Telus dalam menerangkan produk. Kesemua maklumat yang anda inginkan berkenaan broker tersebut seperti alamat pejabat, caj perkhidmatan semasa dan no tel serta senarai remisier broker tersebut mudah untuk didapati sama ada secara online ataupun offline.
  4. Menawarkan pelbagai akaun seperti Cash Upfront atau Margin bagi memberikan pilihan yang lebih banyak kepada para client.
  5. Menyediakan akaun patuh syariah kepada client beragama Islam. Akaun ini secara langsung akan menapis kaunter yang tidak patuh syariah dan hanya memberikan senarai kaunter patuh syariah sahaja.

Jadi, untuk menjawab soalan apakah broker saham yang terbaik, ia adalah subjektif. Anda tidak boleh fokus hanya kepada caj yang ditawarkan sahaja tetapi anda harus peka dan tahu apakah keperluan anda. Sekiranya anda seorang pelabur yang ingin melabur di kaunter antarabangsa, mungkin anda harus dikenakan caj yang lebih tinggi. Ataupun mungkin anda memerlukan input maklumat yang tepat dan berkesan mungkin anda memerlukan broker yang berbeza.

Jika anda seorang trader yang mengamalkan FIFO, mungkin keperluan anda adalah broker yang menawarkan caj yang terendah. Mungkin juga anda tidak kisah dengan semua ini asalkan broker tersebut memberikan anda stress free dari segi teknikaliti, mungkin anda perlukan broker seperti ini.

Akhirnya ia berbalik kepada apakah yang anda perlukan ketika anda melabur. Jadi, pilih broker yang memenuhi keperluan anda dan sentiasa perhatikan ciri-ciri broker saham terbaik yang telah saya gariskan sebagai panduan untuk anda.

Senarai Broker Saham Malaysia Yang Aktif

Kini, anda tidak perlu risau kerana kebanyakan broker saham Malaysia harus berdaftar dengan Suruhanjaya Sekuriti. Dengan itu, mereka tidak boleh sewenang wenangnya untuk menipu anda dan jika anda tidak berpuas hati dengan perkhidmatan mereka dan merasakan anda tertipu, anda boleh menyalurkan komen anda kepada SIDC untuk tindakan lanjut. Senarai broker saham malaysia yang aktif boleh didapati di laman web BSKL.

  1. Mplus Online : Mempunyai kelebihan dari segi caj broker yang murah
  2. Rakuten : Mempunyai kelebihan dari segi caj broker yang murah serta kelulusan akaun yang pantas sekitar seminggu sahaja
  3. RHB Invest : Mempunyai kelebihan dari segi tool trading yang lebih advance
  4. UOB Kayhian : Mempunyai penawaran produk yang lebih banyak untuk dibeli seperti saham luar negara di Amerika, Thailand dan Singapura

Kesimpulan

Memilih broker saham Malaysia merupakan langkah pertama sebelum anda melakukan pelaburan. Oleh itu, pilihlah broker yang menepati keperluan anda dan sentiasa berhubung dengan remisier anda dalam hal hal teknikaliti seperti deposit and withdrawal, buy and sell kaunter, caj broker semasa dan sebagainya. Diharap artikel ini dapat memberi kefahaman kepada anda untuk memilih broker saham terbaik di Malaysia.

Baca : Money Management Saham

About Iqbal Aman

Assalamualaikum, saya Iqbal. Menjadi pelabur itu sukar. Jika ragu, sila pergi

View all posts by Iqbal Aman →