Belajar Chart Pattern Saham Dengan Pantas

Bismillahirrahmanirrahim

Chart pattern merupakan antara tajuk yang paling diperkatakan oleh para pelabur ataupun trader. Jika anda melakukan carian di google, anda akan dapati berbagai-bagai jenis chart pattern yang boleh anda lihat. Oleh itu, artikel kali ini akan fokus untuk belajar chart pattern saham, jenis jenis nya serta saya akan terangkan cara untuk menggunakannya.

Maksud Chart Pattern Saham

Chart pattern merupakan satu kajian pola graf yang sering kali muncul dan mempunyai kebarangkalian hasil berulang-ulang yang agak tinggi. Sebagai contoh, jika double bottom berlaku, maka para pelabur akan mula fokus untuk mencari Buy pada kaunter tersebut dan jika double top berlaku, para pelabur akan mula menjual pegangan sahamnya kerana kebarangkalian untuk harga jatuh lebih rendah adalah tinggi.

Jenis Chart Pattern Saham

Terdapat bermacam-macam jenis chart pattern yang akan anda jumpa. Secara umumnya, chart pattern boleh diklasifikasikan kepada dua bahagian iaitu :

  1. Reversal Pattern : Pattern yang akan melakukan reversal movement apabila ianya terbentuk. Sekiranya trend sedang uptrend, apabila muncul reversal pattern, maka trend akan berubah menjadi downtrend.
  2. Continuation Pattern : Pattern yang akan melakukan continuation movement apabila ianya terbentuk. Sebagai contoh ascending triangle. Sekiranya trend sedang uptrend, apabila muncul continuation pattern, maka trend akan terus kekal meneruskan uptrend.

Senarai-senarai chart pattern beserta klasifikasi adalah seperti berikut.

Reversal Chart Pattern

  1. Double Top
  2. Double Bottom
  3. Wedge
  4. Head and Shoulder
  5. Inverse Head and Shoulder

Continuation Chart Pattern

  1. Ascending Triangle
  2. Descending Triangle
  3. Cup and Handle

Boleh Jadi Continuation atau Reversal

  1. Penant
  2. Symmetrical Triangle
  3. Rectangle Pattern
Here are some chart patterns to keep in the back of your mind : Daytrading

Cara Menggunakan Chart Pattern Saham

Saya cuma akan menekankan beberapa chart pattern yang akan sering anda lihat.

  1. Double top / Double Bottom (Reversal)
  2. Rising Wedge / Falling Wedge (Reversal)
  3. Asymmetrical Triangle (Continuation)

Saya akan menggunakan contoh dari sudut Buyer. Untuk sell, anda cuma perlu terbalikkan sahaja fakta yang ada.

Untuk mengesan double bottom, pattern tersebut haruslah mempunyai ciri-ciri tersebut.

  1. Lower Low yang selari
  2. Neck Breakout

Setelah menjumpai kedua perkara tersebut, anda mempunyai pilihan sama ada untuk Buy ketika breakout ataupun tunggu price retrace sehingga terbentuk Candlestick Reversal Signal dikawasan Breakout terjadi.

Untuk mengesan Falling Wedge, perhatikan ciri-ciri tersebut

  1. Lower Low tidak selari, sentiasa membuat lower low terbaru tapi rapat-rapat
  2. Semakin menguncup

Untuk melakukan entry, anda harus menandakan kawasan SnR dan tunggu price melakukan pattern falling wedge hingga menghampiri kawasan SnR. Kemudian anda boleh BUY sekiranya muncul Candlestick Reversal signal dikawasan SnR

Untuk mengesan pattern Ascending Symmetrical Chart Pattern, perhatikan ciri-ciri berikut

  1. Higher high yang selari dan melantun 3 kali dan keatas
  2. Lower Low semakin meguncup
  3. Neckline berjaya break

Untuk trade dengan ascending symmetrical triangle, anda boleh untuk terus entry selepas break ataupun tunggu price retrace dan muncul CRS.

Kesimpulan

Mempelajari chart pattern memberikan kelebihan secara langsung kepada pelabur untuk mengagak sama ada harga untuk sesebuah kaunter akan terus menaik ataupun menjunam. Apabila pelabur mula mengesan sesuatu pattern ini, ia akan memberi keyakinan kepada pelabur sama ada untuk hold ataupun jual semula saham pegangannya pada nilai keuntungan yang paling optimum.

Baca : Cara Guna Canslim

Iqbal Aman

About Iqbal Aman

Assalamualaikum, saya Iqbal. Menjadi pelabur itu sukar. Jika ragu, sila pergi

View all posts by Iqbal Aman →