Cara Guna Canslim Dalam Fundamental Analisis

CANSLIM adalah antara contoh set analisa yang digunakan oleh ramai pelabur. Ianya diasaskan oleh WIlliam J. O’neil dalam melakukan screening terhadap ribuan saham yang didagangkan. Jadi, artikel kali ini akan membahaskan cara guna canslim beserta teori dan contoh penggunaannya.

Apa Itu CANSLIM

Canslim adalah sebuah akronim yang membentuk set analisa. Ianya menggabungkan analisa fundamental dan teknikal bagi mendapatkan saham yang baik untuk dimiliki berdasarkan set parameter yang diletakkan di dalam Canslim.

  1. (C) Current Earning
  2. (A) Annual Earning
  3. (N) New Product / Service Management
  4. (S) Supply and Demand
  5. (L) Leader
  6. (I) Institutional Support
  7. (M) Market Direction

Teori Canslim

Current Earning akan membahaskan tentang berapa banyakkan pendapatan yang dihasilkan oleh syarikat pada suku tahun terbaru. Antara benchmark yang diletakkan adalah sesebuah syarikat haruslah mempunyai current earning sekitar 10 – 20% untuk menentukan syarikat tersebut mempunyai prestasi yang tinggi untuk generate untung yang lebih tinggi

Annual Earning menceritakan berapa banyakkah pendapatan yang diperolehi dalam setahun. Sekurang-kurangnya, sebuah syarikat haruslah mempunyai rekod minimum 3 tahun dan mempunyai kadar pertumbuhan sekitar 20-25%.

New Product / Service akan menceritakan tentang adakah terdapat apa-apa produk terbaru yang bakal dilancarkan atau terdapat rombakan jawatan dalam pengurusan syarikat. Jika ada, ianya bermaksud halatuju syarikat mungkin akan berubah dan kadar keuntungan juga bakal berubah. Oleh itu, anda harus tahu latar belakang pengurusan terbaru serta kekuatan produk terbaru untuk meyakinkan anda bahawa syarikat mempunyai potensi untuk berkembang.

Supply and Demand merujuk kepada permintaan dan penawaran. Untuk menunjukkan bahawa sesuatu syarikat mempunyai kadar permintaan dan penawaran yang baik, anda boleh refer kepada volume transaction. Semakin tinggi volume transaction, maka semakin baik syarikat tersebut. Selain itu, anda boleh lihat sendiri berdasarkan paparan candlestick di dalam chart. Jika anda menjumpai chart yang hampir mustahil untuk anda tentukan bentuk candlestick serta banyak gap, maka ianya mempunyai permintaan dan penawaran yang rendah.

Leaders merujuk kepada status syarikat tersebut sama ada ianya peneraju bagi segmen pasaran tersebut atau tidak. Untuk menentukan syarikat tersebut adalah leaders atau tidak, anda boleh tengok berdasarkan Market Capital, kedudukan dalam papan bursa serta reaksi kepada catalyst. Sebuah saham bersifat leader mempunyai market cap yang besar, kebiasaannya berada di Main Board dan cepat bereaksi dengan catalyst.

Institutional Support menjelaskan adakah syarikat mempunyai hubungan dengan mana-mana agensi kerajaan atau swasta. Jika sesebuah saham syarikat dibeli oleh mana-mana badan berkanun, ia menunjukkan bahawa syarikat tersebut pasti mempunyai potensi yang lebih besar untuk berkembang kerana agensi-agensi ini biasanya melaburkan modal yang cukup besar untuk membeli saham syarikat tersebut dan syarikat tersebut berjaya meraih cash yang lebih banyak untuk mengembangkan perniagaan.

Market Direction akan menentukan adakah saham syarikat sedang uptrend atau tidak. Ianya merupakan analisa teknikal dan anda boleh gunakan sama ada trendline ataupun indikator seperti moving average untuk menentukan saham tersebut sedang uptrend atau tidak. Hanya beli saham syarikat apabila ianya sudah dalam keadaan uptrend.

Contoh Penggunaan CANSLIM

TopGlove

  • Current Earning : Terdapat peningkatan drastik dari QR 4,20 kepada QR 1 21 (Lulus)
  • Annual Earning : Kenaikan mendadak pada 2019 – 2020 (Lulus)
  • New Product : Tiada, hanya kekal membuat sarung tangan (Neutral)
  • Supply Demand : Peningkatan mendadak akibat COVID (Lulus)
  • Leader : Market Cap sekitar 50 bil, cepat react dengan catalyst, sebagai contoh isu pekerja (LULUS)
  • Institutional Support : KWSP beli saham Topglove
  • Market : Berdasarkan analisa teknikal, saham berada diatas Moving Average.

Jadi, Topglove salah satu syarikat yang berjaya melepasi saringan CANSLIM.

Kelemahan CANSLIM

Selalunya, syarikat yang telah ditapis menggunakan kaedah CANSLIM merupakan syarikat yang mempunyai harga saham yang mahal. Ianya tidak sesuai bagi pelabur yang mempunyai modal yang cukup terhad sekiranya anda seorang day trader. Jika anda seorang investor dan sememangnya menggunakan buy and hold strategies, maka anda tiada masalah untuk menggunakan CANSLIM.

Kesimpulan

Sekiranya anda seorang pelabur baru, maka teknik CANSLIM adalah salah satu formula yang baik untuk anda ikuti. Dengan menggunakan CANSLIM, secara tidak langsung anda telah pun melakukan dua jenis analisa iaitu teknikal analisis dan juga fundamental analisis. Selain itu, ia juga mencakupi quantitative analisis dan juga qualitative analisis. Saya berharap artikel ini telah menjawab cara guna canslim dalam analisis pelaburan anda.

Baca : Apa Yang Dimaksudkan Dengan ETF

About Iqbal Aman

Assalamualaikum, saya Iqbal. Menjadi pelabur itu sukar. Jika ragu, sila pergi

View all posts by Iqbal Aman →