Apa itu Cutloss Dalam Saham

Bismillahirrahmanirrahim

Dunia pelaburan atau perniagaan seringkali digandingkan dengan untung dan rugi. Ianya adalah satu norma biasa dan para pelabur harus tahu bagaimana untuk menguruskan dua faktor tersebut. Tapi tahukah anda apa itu cutloss dalam saham dan bagaimana ia dipraktiskan di dalam pelaburan sebenar? Artikel ini akan menghuraikan semuanya yang berkaitan cutloss dalam saham.

Apa itu Cutloss

Cutloss merupakan satu tindakan untuk menjual semula sekuriti sama ada saham atau bon dalam keadaan yang rugi dari segi capital gain. Sebagai contoh, jika anda membeli saham dari kaunter PWROOT berharga RM 10 seunit, kemudian menjualnya pada harga RM 9 seunit, maka anda telahpun rugi dalam saham sebanyak RM 1.

Bagaimana untuk Menentukan Aras Cutloss

Secara amnya, terdapat tiga cara mereka akan menentukan aras cutloss.

  1. Melalui analisa teknikal. Pelabur akan memilih poin harga yang dilihat untuk melakukan cutloss
  2. Melalui analisa fundamental
  3. Melalui risk percentage

Bila Perlu Cutloss

Terdapat banyak cara untuk menentukan bila perlu cutloss. Namun antara cara yang popular adalah seperti berikut.

  1. Berdasarkan kawasan Support. Jika harga saham berjaya break kawasan support, maka ia bermaksud price mungkin akan jatuh dengan lebih rendah. Oleh itu amat penting untuk mereka cutloss untuk mengelakkan kerugian yang lebih besar.
  2. Berdasarkan kepada percentage. Jika harga saham turun sebanyak 5-10 percent daripada harga yang anda beli, maka mereka akan lakukan cutloss untuk mengelakkan kerugian yang lebih banyak.
  3. Bagi para investor, mereka akan melakukan cutloss apabila value syarikat tersebut menurun. Sebagai contoh saham Syarikat A telah mempunyai penurunan profit sepanjang tahun membuatkan mereka tidak berminat dan ingin menjual semula milikan saham mereka di syarikat A.
  4. Berdasarkan sentiment pasaran. Sebagai contoh jika indeks FBMKLCI ditutup rendah pada hari tersebut, maka, pelabur atau trader akan melakukan cutloss untuk kaunter yang rugi.

Berdasarkan kepada senarai diatas. Point 1 dan 2 adalah cara yang paling selalu digunakan oleh para trader saham yang fokus kepada target capital gain manakala point 3 lebih biasa digunakan oleh para pelabur yang fokus kepada dividen yang diberikan oleh syarikat.

Mplus Stoploss

Di dalam broker mplus, stoploss atau cutloss function telah diberikan kepada para client mereka. Fungsi tersebut dipanggil sebagai Stoplimit. Pasti anda keliru kenapa dua type of order ini bergabung untuk membentuk stoploss. Kita recap semula apa maksud Stop Order dan Limit Order. untuk Sell

  1. Sell Stop : Apa apa price dibawah dari harga rujukan, order akan matched. Sebagai contoh harga saham adalah RM 1.10, anda letak Sell Stop pada RM 1, maka order akan matched bila harga saham jatuh kepada RM 1 kebawah
  2. Sell Limit : Apa apa price diatas harga rujukan, order akan matched. Contohnya, harga saham adalah RM 1.10 dan anda letak Sell Limit pada RM 1.20, order akan matched bila harga saham mencecah RM 1.20 ke atas.

Jadi, bagaimana fungsi mplus stoploss ini berlaku?, Sebagai contoh, anda buy saham A pada harga RM 1. So anda akan letakkan RM 0.90 sebagai aras cutloss anda. Sell Stop akan memberi arahan bawah dari RM 0.90, order kena close, then Sell Limit memberi arahan atas dari RM 0.90 order kena close. Anda juga boleh mencipta range untuk cut loss untuk memastikan order que anda boleh matched dengan lebih cepat. Sebagai contoh Sell Stop pada RM 0.90, Sell Slimit pada RM 0.85

sumber dari isaham

Kesimpulan

Memiliki aras melakukan cutloss adalah salah satu elemen yang sangat penting ketika anda ingin membangunkan sebuah investing/trading plan. Oleh itu. wajib untuk anda tahu apa itu cutloss dalam saham kerana terdapat satu ungkapan yang sangat popular iaitu “An investor is being paid via capital gain or dividend by managing risk”. Sekian terima kasih.

Jerung Dalam Saham Malaysia

About Iqbal Aman

Assalamualaikum, saya Iqbal. Menjadi pelabur itu sukar. Jika ragu, sila pergi

View all posts by Iqbal Aman →