Apa Yang Dimaksudkan Dengan ETF

Bismillahirrahmanirrahim

ETF ataupun Exchange Trade Fund merupakan salah satu alternatif yang cukup baik untuk para pelabur baru atau amatur. Malah, saya amat menyarankan kepada para pelabur baru yang baru sahaja ingin melakukan pelaburan pertama dalam saham untuk engage dalam ETF. Jadi, artikel kali ini akan menerangkan apa yang dimaksudkan dengan ETF serta perkara-perkara yang berkaitan dengannya.

Apa itu ETF

ETF merupakan satu set tompokan saham, bond atau aset yang diniagakan seperti saham. Kata kuncinya adalah TOMPOKAN, ataupun SET. Ini bermakna di dalam satu ETF, terdapat berbagai-bagai saham yang terkandung dalamnya. Sebagai contoh produk ETF A mempunyai saham AXIATA, FAJAR, GENTING, AT dan NESTLE. Oleh itu anda boleh jumpa berbagai jenis ETF di dalam BSKL seperti dibawah :

  1. ETF yang berasaskan saham teknologi
  2. ETF yang berasaskan kepada perindustrian
  3. ETF yang berasaskan bon bon kerajaan
  4. ETF yang fokus kepada diversifikasi (ada berbagai jenis sekuriti dari berbagai segmen)

Kelebihan ETF

ETF merupakan satu produk hybrid yang menggabungkan elemen saham dan juga unit trust. Oleh itu, ianya amat sesuai bagi para pelabur baru. Antara kelebihan ETF adalah.

  1. Kos Efektif : Sekiranya anda ingin membeli saham satu per satu, kos yang dikenakan adalah lebih tinggi kerana kos dikira berdasarkan berapa kali jumlah transaksi yang anda lakukan. Jika dengan ETF, anda hanya perlu melakukan satu transaksi dan kos dicharge sekali sahaja namun anda secara tak langsung mempunyai berbagai jenis saham dalam satu masa yang sama.
  2. Telus : Anda boleh ketahui apakah senarai saham-saham atau aset yang dibeli didalam ETF yang anda beli. Berbeza dengan Unit Trust, anda tidak ada akses untuk mengetahui apakah jenis saham dan aset yang mereka beli.
  3. Diniagakan di BSKL : ETF diniagakan secara terus di BSKL dan harga ETF ditentukan kepada dua faktor iaitu berdasarkan kepada Supply and Demand serta Net Asset Value (NAV). NAV dikira pada setiap hari sekali manakala prinsip Supply and Demand akan berterusan mempengaruhi harga pasaran.
  4. Diversiti : ETF secara tidak langsung telah mengaplikasikan konsep diversiti. Diversifikasi di dalam pelaburan saham merupakan satu konsep yang baik dan perlu untuk dipraktiskan untuk semua pelabur baru. Sekiranya Saham A tidak perform, mungkin saham B sedang mengalami kenaikan dan secara tak langsung mendapat keuntungan.

Keburukan ETF

Terdapat satu kekurangan ETF berbanding dengan unit trust iaitu faktor risiko yang dihadapi. Memandangkan ETF mengikut rapat performance sesuatu indeks segmen yang mereka pilih, maka anda akan menghadapi kerugian sekiranya keseluruhan segmen tersebut sedang berada dalam keadaan yang rugi. Sebagai contoh, anda memilih ETF berasaskan Energi. Pada tahun tersebut indeks segmen energi menunjukkan penurunan yang agak drastik. Oleh itu secara tidak langsung, anda akan menghadapi kerugian dari segi capital gain.

Cara Beli ETF

Anda boleh beli ETF dengan mudah melalui akaun CDS anda. Apa yang perlu anda tahu adalah nama ETF tersebut ataupun kod ETF tersebut. Anda boleh layari laman web BSKL untuk mendapatkan senarai ETF yang didagangkan di Malaysia.

Kesemua maklumat yang anda inginkan ada dilampirkan di dalam laman web BSKL. Untuk mendapatkan maklumat lebih lanjut, boleh download prospektus ETF yang anda inginkan di laman web mereka sendiri.

Senarai ETF Patuh Syariah

Bagi anda yang muslim, pasti faktor patuh syariah menjadi pilih utama. Jangan risau, terdapat banyak ETF patuh syariah yang didagangkan di papan BSKL. Senarai ETF patuh syariah sehingga tahun 2020 adalah seperti dibawah :

  1. MyETF-DJIM 25 : Terdiri daripada 25 syarikat terbesar patuh syariah
  2. MyETF-US50 : Terdiri daripada saham 50 syarikat terbesar patuh syariah di US
  3. MyETF-MMID : Terdiri daripada saham syarikat yang patuh syariah yang memberikan dividen yang tinggi
  4. MyETF-MSEAD : Terdiri daripada saham syarikat patuh syariah di Asia Tenggara yang memberikan dividen yang tinggi.
  5. MyETF-AGRI : Berasaskan Agrikultur
  6. GOLDETF : Berasaskan emas

Apakah ETF memberikan Dividen

Jawapannya Ya, pembayaran Dividen setiap ETF tidak sama, ada yang membayar secara tahunan, ataupun suku tahunan. Oleh itu, anda harus rajin untuk melihat prospektus yang diberikan didalam website syarikat yang menawarkan ETF tersebut.

Kesimpulan

ETF merupakan satu produk pelaburan yang sangat baik. Ianya adalah satu pendedahan awal kepada para pelabur sebelum melakukan pelaburan yang mempunyai risiko yang lebih tinggi dalam pasaran saham. Semoga artikel ini menjawab persoalan anda apa yang dimaksudkan dengan ETF. Sekian terima kasih.

Baca : Teknik Average Down Saham

Iqbal Aman

About Iqbal Aman

Assalamualaikum, saya Iqbal. Menjadi pelabur itu sukar. Jika ragu, sila pergi

View all posts by Iqbal Aman →