Bismillahirrahmanirrahim
Average down merupakan salah satu teknik yang amat disukai oleh para pelabur. Disebabkan ianya tidak memberikan penekanan kepada Cut Loss Small term, maka secara tak langsung ia diminati ramai. Sikap manusia secara azalinya tidak suka kepada kerugian dan juga kehilangan, oleh itu, dengan sedikit twist daripada kiraan matematik, ia mampu melegakan para pelabur yang akan beremosi sekiranya cutloss. Artikel kali ini saya akan terangkan teknik average down saham yang terbaik dan senang untuk anda ikuti.
Apa itu Average Down Saham?
Ianya merupakan satu tindakan untuk terus membeli saham sesuatu kaunter sama ada naik atau turun dan analisa awal hanya bersandarkan kepada nilai syarikat yang baik dan percaya harga akan terus naik disebabkan fundamental syarikat yang bagus dan nature market yang baik.
Rumus Average Down Saham
Dibawah merupakan rumus kepada average down saham
(Harga Saham (1) + Harga Saham (2) ) / 2 = Harga Purata
Untuk memudahkan pengiraan average down, sila lihat kepada contoh yang telah saya tunjukkan.
Bulan Januari : Ahmad beli kaunter Maybank berjumlah RM 1,000 pada harga RM 1 dan Ahmad memiliki 1,000 unit saham
Bulan Februari : Ahmad beli kaunter Maybank berjumlah RM 1,000 pada harga RM 0.50 dan Ahmad memiliki 2,000 unit saham.
Maka kiraannya adalah seperti berikut :
(Harga Saham (Jan RM 1) + Harga Saham (Feb 0.50)) / 2 = Harga Purata : 0.75
Oleh itu, Ahmad tidak perlu menunggu sehingga harga mencapai RM 1.00 untuk mengaut keuntungan saham kaunter tersebut. Kiraan keseluruhan adalah seperti berikut :
Harga Jual Saham Jan (1000 x 0.75 = RM 750) + Harga Jual Saham Feb (2000 x 0.75 = RM 1500) = RM 2250.
RM 2250 – RM 2000 = RM 250 keuntungan secara total.
Kesalahan Pelabur Dalam Melakukan Average Down
Kebanyakan pelabur suka untuk melakukan average down, namun mereka sering melakukan kesilapan ini.
- Terdapat pelabur fokus kepada pembelian Unit saham, bukan kepada jumlah amaun duit yang dikhaskan untuk average down. Sebagai contoh, pelabur konsisten untuk membeli 1,000 unit saham setiap bulan dalam apa jua kos yang akhirnya berakhir dengan kerugian sekiranya price tidak melepasi harga belian pertama. Cara yang betul adalah fokus kepada amaun duit yang dikhaskan untuk average down.
- Menghabiskan seluruh modal untuk melakukan average down. Ianya sepatutnya telah dipecahkan kepada beberapa bahagian. Sebagai contoh 10% modal untuk satu kaunter. 10% tersebut dipecahkan kepada 5x average down iaitu 2% setiap entry
Rahsia Teknik Average Down Saham
Secara amnya, anda harus mempunyai beberapa elemen yang perlu ada untuk melakukan average down.
- Modal yang diperuntukkan untuk average down
- Kaunter yang ingin dipilih
- Pecahan melakukan averaging
- Entri Plan
- Exit Plan
Untuk memahami semua kaitan antara semua elemen ini, jadi saya akan gunakan contoh dibawah.
Ali mempunyai modal sebanyak RM 50,000 dan akan menggunakan modal ini untuk melakukan averaging.
Modal untuk Averaging
Sebelum menetapkan berapa percent yang digunakan untuk averaging down saham sesuatu kaunter, anda harus pilih sekurang-kurangnya 3 atau 4 kaunter supaya anda dapat mematuhi konsep diversification dalam saham. Jika kaunter A sedang menurun, mungkin kaunter B sedang menaik. Maka anda secara tidak langsung mendapat keuntungan dividen dan capital gain dalam satu masa.
Kaunter Yang Ingin Dipilih.
Kriteria kaunter yang ingin dipilih adalah seperti berikut :
- Mempunyai dividen yield yang tinggi
- Mempunyai fundamental syarikat yang kuat
- Berada dalam Main Board
- Setiap kaunter tidak tergolong dalam segmen yang sama.
Jadi, Ali telah melakukan fundamental analisis dan memilih untuk buy kaunter AXIATA, TOPGLOVE, NESTLE dan PETDAG. Sekiranya anda merasa mahal, saya sarankan untuk anda beli ETF kerana secara tidak langsung, ETF telah mematuhi syarat diversification kerana ETF merupakan tompokan saham dari berbagai kaunter yang dibeli pada satu harga.
Pecahan Melakukan Averaging
Terdapat dua style averaging yang boleh anda pilih.
- Standard Percentage : Anda akan stick pada satu amaun pada setiap tingkat belian. Tingkat belian yang anda boleh set lebih banyak dan saya sarankan 5 set ke atas
- Pyramid percentage : Anda akan menggunakan formula 20/30/50. Max tingkat belian hanya 3 kali sahaja. Belian pertama ada 20% dari modal, kemudian 30% dari modal dan akhir sekali 50% dari modal.
Ali memilih untuk menggunakan standard percentage. Ali pecahkan 25% setiap kaunter dan mendapat RM 12,500 pada setiap kaunter. Dari RM 12,500, Ali akan gunakan sebanyak RM 2,500 pada setiap tingkat belian maksimum sehingga 5x.
Entri Plan
Gunakan analisa teknikal yang simple dan saya sarankan gunakan Moving Average 20 sahaja. Apabila price cross Buy sahaja, boleh terus entry. Gunakan TF D1 kerana anda lebih kepada seorang swinger. Sekiranya price tidak terus naik tetapi terus jatuh, anda harus mematuhi kriteria dibawah untuk mengelakkan anda terperangkap daripada Sideway :
- Jarak price untuk belian seterusnya, mestilah melebihi 2% dari harga semasa untuk mengelakkan anda terperangkap dalam ranging. Sebagai contoh harga beli adalah RM 2 dan anda tidak boleh melakukan belian pada harga RM 1.96 atau RM 2.04
- Telah terjadi signal buy iaitu price cross atas MA.
Exit Plan
Anda hanya akan Sell position yang profit apabila price cross MA dalam keadaan SELL ataupun mencapai 10% daripada harga saham. Ataupun anda boleh jadikan kawasan entri pertama sebagai kawasan Take Profit. Anda juga boleh memilih harga purata sebagai target TP
Dengan cara ini anda position anda yang sedang berada dalam keadaan paper loss boleh di concentratekan sehingga harga mencapai harga belian asal atau harga average dan menunggu keuntungan dari dividen dalam jangka masa panjang, dalam masa yang sama anda berjaya mengumpul keuntungan daripada capital gain untuk jangka masa pendek.
Dengan memilih kaunter yang berbagai dari segmen yang berbagai, anda pasti akan mengalami capital gain dalam masa yang singkat dan terdapat juga kaunter yang terpaksa floating loss kerana market cycle tidak memihak kepada mereka. Dan benda tersebut akan bersilih ganti antara kaunter.
Berdasarkan contoh diatas , dengan modal sebanyak RM 7500, Ali berjaya untuk mendapat keuntungan sebanyak RM 256 ataupun 3.4% selepas close semua position
Kesimpulan
Anda akan menjadi seorang pelabur short term dan long term dalam masa yang sama. Oleh itu anda tidak perlu lagi risau sekiranya posisi anda salah kerana dengan cara averaging, anda secara tidak langsung dapat close dan cut semua posisi anda dalam keadaan profit secara keseluruhannya.
Baca : Apa itu Trend Dalam Saham