Tiga Teknik Money Management Saham Yang Terbaik

Di dalam sebuah trading plan yang baik, terdapat tiga elemen yang perlu digariskan iaitu Money Management, Analisa dan Psikologi. Terdapat berbagai cara untuk dan kaedah money management saham yang anda pilih tapi tahukah anda kesemua jenis money management tersebut? Artikel kali ini akan menerangkan tentang maksud, cara pengiraan serta contoh pengaplikasiannya dalam pelaburan.

Maksud Money Management Saham

Ia merupakan satu set peraturan dalam menguruskan modal pelaburan yang mana bersesuaian dengan skill pelaburan anda. Terdapat banyak faktor yang mempengaruhi pembangunan sesebuah model money management seperti faktor masa, risk apetite dan objektif pelabur itu sendiri.

Teknik dan Konsep Money Management Investasi Saham yang Popular

Dibawah merupakan senarai money management yang sentiasa menjadi pilihan orang ramai. Anda boleh pilih yang mana satu bersesuaian dengan objektif pelaburan anda.

  1. Dollar Cost Averaging
  2. Counter Based Percentage
  3. 2% Risk Per Trade

Dollar Cost Averaging

Ianya digunakan bagi mereka yang mempunyai kecenderungan untuk melabur kepada beberapa kaunter yang telah mereka kaji secara serius. Kebanyakan daripada mereka yang melakukan dollar cost averaging adalah dalam kalangan pelabur yang mempunyai objektif keuntungan jangka panjang. Ianya tidak sesuai bagi Day Trader.

Cara pengiraan dollar cost averaging adalah seperti berikut. Mereka akan sediakan sebahagian duit yang khusus untuk membeli kaunter tersebut. Kebanyakan dari mereka adalah pelabur yang bersifat contrarian yang bermaksud suka membeli ketika market sedang menjual dengan harapan mereka sentiasa dapat membeli saham tersebut pada harga yang murah. Kebiasaanya mereka akan pecahkan kepada 3 bahagian daripada modal tersebut dengan mengambil kira prinsip market berdasarkan Elliot Wave yang bergerak pada 3 impulsive wave yang kuat. Terdapat dua jenis pecahan yang umumnya mereka lakukan iaitu sama ada melalui pembelian pada modal yang sama ataupun melalui gandaan modal. Contoh seperti berikut.

Modal untuk membeli kaunter ABC adalah sebanyak RM 9,000. (Fix Amount)

  1. Belian pertama adalah sebanyak RM 3,000
  2. Belian kedua adalah sebanyak RM 3,000
  3. Belian ketiga adalah sebanyak RM 3,000

Kiraan jenis kedua pula seperti berikut (Pyramid Building)

  1. Belian pertama adalah sebanyak 20% dari modal
  2. Belian kedua adalah sebanyak 30% dari modal
  3. Belian ketiga adalah sebanyak 50% dari modal.

Counter Based Percentage

Ianya merupakan satu contoh money management saham yang mana telah mengasingkan pecahan modal kecil kepada kaunter-kaunter yang ingin dibeli. Dengan melakukan prinsip diversifikasi terhadap pembelian saham, kebanyakan pelabur yang menggunakan cara ini akan membeli sehingga 10 kaunter dan hold sehingga mencapai profit yang diidamkan. Mengikut teori, dengan membeli sehingga lebih dari 13 kaunter dari berbagai jenis saham sama ada bersifat Non Cyclical, Cyclical, Growth dan sebagainya akan memberikan pulangan keuntungan pada pelabur dalam jangka masa panjang.

Cara pengiraannya cukup mudah iaitu dengan membahagikan modal pelaburan kepada 10. Sebagai contoh modal pelaburan adalah RM 10,000 dan dibahagi dengan 10. Oleh itu, anda mempunyai limit sebanyak RM 1,000 pada setiap kaunter yang ingin anda beli. Selain mendapat keuntungan melalui dividen tahunan, saya sarankan untuk anda Sell semula melalui capital gain apabila mencapai growth melebihi 10% dalam setahun.

Yang terakhir adalah 2% Risk per Trade. Ianya satu set money management saham yang sangat sesuai bagi para trader atau pelabur yang inginkan keuntungan pada jangka pendek. Oleh itu, mereka yang suka untuk membeli di kaunter penny stock atau Ace Market disarankan untuk menggunakan money management investasi saham bentuk ini. Jika anda menggunakan set money management yang lain, berkemungkinan modal anda akan lebur kerana kebanyakan syarikat yang tersenarai dalam Ace Board masih belum mempunyai sejarah kekuatan kewangan syarikat.

Kesimpulan

Tidak semua orang mesti mempunyai money management yang sama kerana setiap pelabur mempunyai objektif trading yang berbeza, kesan psikologi yang berbeza dan pandangan yang berbeza. Masalah yang berlaku adalah apabila pelabur tidak tahu apa yang dia perlu pilih, apa objektif dia dan bagaimana untuk memanipulasikan setiap keadaan pasaran. Jadi tanya diri anda, dimanakah anda dan apakah objektif anda dalam pelaburan.

Baca : teknik analisis saham

About Iqbal Aman

Assalamualaikum, saya Iqbal. Menjadi pelabur itu sukar. Jika ragu, sila pergi

View all posts by Iqbal Aman →